Musim orang khawin sekarang ..

Posted by sazali

Salam

Sekarang musim orang khawin.  Tak menentu musim orang khawin ini.  Dulu masa time Hang Lekir dan Hang Lekiu .. orang buat kenduri khawin pada musim menuai padi, jual getah dan sawit.  Sekarang ..  kad jemputan khawin datang pada bila bila masa sahaja.

2)  Yang penting , ada pasangan pengantin tersebut.  Dan semua pihak sudah bersetuju untuk buat kenduri tersebut dari peringkat 'A' ke 'B'.

3)  Tetapi dalam sudut terhad ini ... elok juga kita berkongsi pengalaman dan ilmu iaitu

3.1  kalau boleh dari kawasan geografi yg sama / dekat
Mengapa?  senang ..kita berurusan sehidup dan semati

3.2  kalau boleh satu bangsa yang sama iaitu melayu lawan melayu.  Melayu Kelantan lawan Melayu Ggganu ok lagi kot.

Mengapa?  kalau melayu kelantan lawan melayu mindanao .. payah sikitlah.

Nak boook tiket Air Asia ..bukanlah senang ..  payah jika duit tak ada/ kad kredit tak cukup balance
Lagi pun .. kalau orang kelantan khawin .. mereka nak pergi satu kampung ma.

Tok Penghulu nak gi, isteri muda ketiganya nok gi jugak/  mak saudara kita pun nak join jugak/  atuk .. yg selalu sihat time kenduri dan leh jalan jalan pun nak pergi jugak..

tetapi tukang handle booking tiket Air Asia dari KB ke Mindanao .. kita seorang diri sahajalah.

So kos banyaklah.

3.3  payah berkomunikasi antara tok tok besan.

Seorang kecek kelate berbau budu .. dan seorang lagi talk talk .. ala American maklumlah Filipina ini ..di bawah penjajahan Amerika selama 300 tahun yg sudah,

Payah lah...

itek serati nak paham 'coding'  dari itek filipina ini.

3.4  kalau jadi jugak..  cuba kita fikirkan

jumlah masa ..  perjalanan ikut darat ini membawa kereta dari tahun ke tahun.

Bahaya?  bawak keereta jauh jauh dari pucuk semenanjung Kampung Bunuhan , Tumpat , Kelantan  ke Tanjong Pia, Johor.
Duit perbelanjaan transport dan macam macam lagi lah ?
Saya rasa jika kita kiro ..  duit gi mari gi mari ..musim hari raya puasa/ haji/ sakit demam org org kampung kita yg kita sayangi ..  jumlah kos itu sudah tentu dah boleh settle kos buat jambatan utama kota bharu - sultan yahya petra ... kat lembah sireh itu.  He..he..

RM1,000 setahun * 30 tahun * 50,000 rakyat kelantan nok main org luar =  1,5 00,000,000

mu napok tok?

Nombor tu ................................................ 1point 5 bilion ringgit malaysia.

p/s:  angka 30 tahun itu ialah tempoh perkahwinan dari zaman muda trang tang tang ke titikk kita berpisah kerana mati  after pencen.

50,000 orang jantan kelate dulu ..  kito kiro ni.  Belum termasuk tino kelate nikah dgn pemuda tampan dari Serawak / Johor.  He..he..

4.0  Penutup

Sebelum berundur diri ..  saya syorkan ..  pasangan muda .. selepas musim konvokesyen UUM, UKM, UPM,  MTUN, politeknik atau maktab perguruan ..  mintak pertimbangkan angka  RM1.5 juto itu.

Buat sembahyang istikharah 2 minggu turut turut ..  ambik gambar hero/ heroin luar dengan hero/ heroin  dalam kampung kita sendiri. Tampal kat bilik tidur mok ayah kito itu.

Apa yg beza antara kedua-duanya?  Rasa rasa kesemuanya itu jika berpeluh .. baunya tak enak jugok.  Kalau tak gosok gigi ..  bau mulut cukup lah busuk.(oops ..maaf tuan hamba).  keTinggian tubuh badan?  rasa rasa payoh nok cari org jantan/ tino kelate tinggi 6 kaki 5 inci macam Tiger Woods itu.  Mengikut projek statistik dengan data data terkumpul dengan SPSS Version 17.0  selama 30 tahun itu , ketinggian tubuh orang jantan melayu 5 kaki 8 inci ke bawah jahhhhhh.... kalau napok tinggi jugok gak .. mungkin pakai kasut tumit tinggi lah tu.  (ketawa).

Mu faham anak anak ku sayang?
Suara hati abahmu ini.
Baguhhh lah kalau mu ngerti maksud hati abahmu ini. Hidup mati, jodoh pertemuan ..semua kerjo tuhan.  Orang tok leba  atas madrasah wayak tu tetapi TV3 kata ..'kita mampu mengubahnya..'
Hok mana satu nok ikut ni?


Sekian.

Wallahu aklam.


0 comments:

Post a Comment