Salam
Kita bermula dari pertemuan ibu ayah kita yang disahkan dalam agama Islam yg suci.
Selepas titik tolak perkhawinan mereka itu, lama kelamaan .. lahirlah kita. Syukur ..ada rupa dan ada sifat yang penuh ( ada tangan, biji mata, senjata masing-masing, ada kaki, ada otak, ada rambut dan lain-lain).
Di saat ini , saya ingin menulis mengenai tajuk di atas. Jika anda masih ada ayah lagi d samping anda.
2) Mengikut bancian , di dalam kebanyakan kampung melayu .. majoriti warga tua adalah orang perempuan. Ini bermakna .si ayah sudah lama mati/ meninggal / dan .. habis riwayat mereka.
Mengikut hukum statistik, tempoh hayat orang lelaki bernama sang ayah .. sekejap sahaja jika dibandingkan dengan sang ibu. Sang Ibu ..lainlah .. dalam Al Quraan Yang Suci . mereka diberi status yang hebat. Syurga di bawah tapak kaki ibu. Yang saya ingat .. sang ayah pula kan .. tubuh kereta berada di atas perut ayah jika ayah seorang mekanik upahan dari muda hinggalah ke saat kematiannya. Kasihan dia .. dia bekerja kuat untuk mencari makan untuk seluruh keluarganya.
3)OLeh itu fahamilah .. tempoh masa anda bersama dengan ayah .. lebih pendek / singkat dari tempoh masa berdampingan dengan ibu anda.
Oleh itu buatlah yg berikut:
3.1 tanya kahbar ayah? selalu selalu lagi bagus
3.2 kalau ada duit lebih, belilah .. pakaian baru untuk ayahmu seperti satu set pakaian barat untuk dia pergi bekerja .. dari rambut kepada kakinya.. tak mahal kot ? RM500 - RM1000 alright punya. What say u?
3.3 beli kereta baru untuk ayah/ jgn biarkan ayah membawa motosikal sepanjang hidupnya di Felda Sawit ini, kawasan pesisir pantai atau ... seorang guru di kawasan pendalaman ..
3.4 belikan ayah sebuah rumah yg boleh dipanggil 'rumah'. Boleh you?
3.5 hantar ayah ke Mekah untuk ibadat haji atau umrah
3.6 hantar ayah melancung ke Pulau Corfu, Greece. Rasa rasa boleh .. mu? he..he..
3.7 belanja ayah makan pagi di coffee house Hotel Perdana , Kota BHaru sekali sekala
3.8 bawa ayah melancung ke Medan, Bandung, Acheh, Surabaya.. kalau kau tanya abahh.. saya nak ke Australia lah . Tasmania. Can?
3.9 belikan ayah handphone / tablet ke
3.10 cakap elok elok dgn ayah mu.. setujulah banyak banyak ..idea ayahmu example: nok cari mok muda seorang lagi kor? Cari orang kelate pulok kor? why not daddy! Brilliant! u deserve that ..u knowwwww..
3.11 layan ayah dgn baik jika kau tak mampu buat semua yg di atas tadi. Layanan baik ini ..merangkumi semua perkara .. dari titik mata dia celik hinggalah matanya padam buat selama-lamanya
3.12 kesat air mata ayah dlm kesakitan/ cari pembalut baru .. kakinya kena diabetes dahhhh.. u can do that, can't u?
3.13 sembahyangkan ayah ..jika dia dah meninggal pada saat pertama ..dia diberi gelaran 'gemuloh'.
---------------
Sepanjang persahabatan ayah / abah dengan kawan kawan ..yg ada ijazah, sarjana, PhD, ada bungalow besar besar , kereta besar besar , kawasan rumah yg besar besar besar juga, saiz isteri mereka pun more besar than them .. mereka sangat sangat keberatan untuk mintak duit 'elaun' dari anak anaknya yg sudah berjaya bekerja ..
Saya rasa mereka 'bodohlah'. Maaf menggunakan istilah ini .. Tak akan aku nak gunakan istilah 'kau bijak sekali....". He..he..
Mengapa tak mahu mintaknya? BUkankah mereka itu .. anak anak kpd tuan hamba. Bukan selama ini ..kau yg susah payah membesarkan mereka .hantar mereka ke asrama penuh, hantar mereka ke Subang International Airport, KLIA, konvokesyen luar negara , .. time time mereka dah senang .. mintaklah sikit bahaigan tuan hamba itu. Kalau tak mintak .. saya yakin ..mereka akan melupakan anda sebagai orang tua mereka. Dalam budget .. bulaanan wajah anda tidak akan muncul walaupun satu saat .. mereka draft budget atau .. proses membeli belah di hujung bulanan. Percayalah? kau kena mintak. Pakai slow talk method. Sure u know ma?
Saya mintak .. saya selalu mintak punya .. secara langsung atau tidak langsung. When? semasa kita pergi surau .. masjid.. taman permainan kanak kanak (cucu cucu saya lah ini) .. kita discuss .. can you spare me a bit of this/ that ..ingat nak pakai McIntosh Apple lah...? Acer computer abah tu nampak chap koddi jer lo ni.. like that lah..
Jika mereka tak dapat layan permintaan kita hari ini .. mungkin satu hari nanti mereka akan berkorban sedikit untuk melayani permintaan ayahanda mereka yg pemalu ini. Pemalu kononnnnnn?
He..he..
4) Rugi sangatlah kalau sang ayah tak demand sikit sikit dgn anakanda ankanda yg sudah berjaya .. dalam kehidupan mereka. Jangan tunggu mereka dah kahwin. Kalau dah khawin .. mungkin duit mereka diselia ketat oleh drebar mereka jer. (laugh). Demand itu ini semasa merea belum khawin lagi. PLesae ..for goodness sake!
Untung besarlah . orang kampung yg tak ada degree, tak ada masters, tak ada PhD ... yang mana anak anak mereka memberi hadiah macam macam kat ayah mereka di hujung hujung bulan. Senyum lebar mereka. Lubang hidung pun .. saiz lubang kalahkan tunnel kat Karak Highway itu .. sure happy si ayah ini. Jealous nya kita.
Ada member saya kata ".. kalau mereka tak menyusahkan aku ..sudahlah ... yang penting mereka tak menyusahkan aku lagi ".
Alahhhhhh .. tanda kau penakut nak mintaklah ini. (ketawa). Kau gagal dalam membina peribadi dan sahsiah agung untuk anak anak anda sendiri. Kasihan kau lah.
Sahsiah agung anak anak ialah ..mereka mmapu mengenang jasa baik kita (ayah) sebelum kita mati atau tidur kaku dimakan ulat dalam lubang kubur itu.
Oleh itu dengarlah .. wahai pembaca sekalian. Pandanglah ayahmu dgn pandangan kasih sayang. Tak ingat kau .. di saat kau mintak duit dgn dia .. kau nak ambik exam MCE, HSC, BA(HONS), nak sambung belajar ITM Shah Alam, nak keluar dgn Tijah anak penghulu kampung makan ice cream Sun Tooo KOta Bharu one fine day , kau tak ingat jali, .. semua duit ayah tau? Now .. ur turn pulak. Bayar balik time please...
Susah sangatkah itu?
Orang berbudi kita berbahasa
Orang memberi kita .. gunakanlah sebaik mungkin. Exploitation kah ini wahai anak anak ku / anak anak kau sekalian?
Ingat .. janda ramai dalam kampung kita. Janda panjang umur lagi kerana ..ramai anak anak sokong mereka dari A sampai ke Z. Semua dilayan dgn baik. Abah? he..he.. call him in the grave. Did u do the same thing as what ur mum got so far .. Self Reflection. Muhasabah Diri.
Ayah kau dah lama meninggal dunia. Untuk memberhentikan trend si ayah yg cepat cepat mati ini .. lakukanlah perkara perkara dalam perkara 3 di atas. Tak banyak ..13 sub-perkara jah.
Sekian.
Maaf jika terkasar bahasa. Aku menulis mewakili hati semua sekali si ayah dalam zaman payah ini. Moden katakan ...
Wallahu hu aklam.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment