Fikir manusia berbagai-bagai bentuk

Posted by sazali

Salam

Manusia terkenal sebagai makhluk tuhan yang mempunyai daya fikiran yang kuat, tajam dan kritikal.  Dengan    nikmat ini manusia telah berjaya membina berbagai-bagai bangunan pencakar langit di seluruh dunia seperti KL Towers di Kuala Lumpur,  Muzuem Tsunami di Acheh dan Time Tower di London.  DEngan fikiran yang baik juga , manusia boleh mencapai ketinggian dalam berbagai-bagai disiplin ilmu merentasi sains, teknologi dan ilmu sosial kemanusian.

Tanpa daya fikiran yang kuat ..  manusia akan hilang arah kerana ciptaan manusia bukan setakat yang membawa kebaikan tetapi kemusnahan manusia itu sendiri.  Contoh dengan ciptaan ubat HIV, manusia terselamat dari penyakit HIV dan melalui sejenis ubat Vigra manusia mampu tersenyum lebar walaupun usianya sudah mencicah 60 tahun ke atas. Ciptaan yang membawa tragedi ialah bom atom yang memusnahkan Hiroshima pada tahun 1944 - 45 dan melalui ciptaan senapang otomatik ..  ada pemuda pemudi di Amerika Syaraikat dan Eropah sanggup membunuh ibu bapa, guru-guru dan rakan rakan seperjuangan.  Di Malaysia, dengan bom jenis C4 ada manusia melayu sanggup meletup mendiang Antantuya  Syukurlah dengan harapan dapat menutup segala rahsia si anu bin si anu.  Ini semua nikmat kurnian tuhan Robbal alameen dipanggil 'hasil fikiran'.

2)  Allah Taala menyanyangi manusia melebihi 70 kali ganda cinta seorang ibu kepada anaknya.  JIka kita tengok ibu kucing ...  sayangnya seperti seorang ibu dari golongan manusia.  Ibu kucing akan berusaha sedaya upaya memberi susu dan memastikan anak anaknya sentiasa selamat dari manusia dan musuh-musuh disekelilingnya sepanjang masa.  Tetapi cinta Allah .. melebihi semua itu.

70 kali ganda cinta tuhan kepada makhluk bernama manusia.  Oleh sebab itu .. Allah menurunkan lebih dari 100,000 Nabi-nabi dan 25 orang rasul dan terakhirnya Baginda Rasulullah Nabi Muhammad s.a.w.  agar mereka menyeru manusia untuk  taat kepada suruhan tuhan bergelar Allah Azawajalla.  Mengapa?  Allah tak mahu manusia dimasukkan ke dalam neraka di mana bahan bahan pembakarnya terdiri dari manusia dan batu bata, tulang temulang.  Tahap kepanasan api dalam neraka adalah 300 kali ganda kepanasan tertinggi api di dunia yang sementara itu.

Fikir Nabi Muhammad s.a.w ialah bagaimana menyelamatkan manusia dari azab api neraka .. dan membolehkan manusia menuju ke syurga tempat terbaik di mana manusia dapat hidup aman, nyaman dan berbahagia sampai bila bila.  Waktu pada masa itu ialah infinity.  Tak ada akhirnya.

Manusia diseru oleh Nabi supaya taat kepada semua perintah tuhan,  menjauhkan diri dari larangan dan maksiat (judi, arak, berzina, bertenung nasib dan syirik)  dan berbuat baik kepada ibubapanya sendiri sepanjang masa.  Ganjaran pengabdiaan manusia kepada tuhan sepanjang hidupnya di dunia sementara ini  ialah syurga firdaus di mana terdapat 7 jenis sungai mengalir di bawah istana syurga dan ditemani oleh bidadari bidadari tersedia untuk melayan kehendak manusia bergelar lelaki beriman soleh, shidiq dan tabligh.  Begitu juga perempuan solihah, muslimah, mukminah dan tabligh.

Rujuk Al Quraan nur Kareem.

Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. umat islam diamanahkan untuk membentuk fikir seperti nabi .. kerana itu umat islam diberi gelaran umat terbaik , mengajak manusia lain kepada kebaikan, mencegah kemungkaran  dan beriman dan terus bersabar dengan semua dugaan hidup sebagai mukmin/ mukminah sejati.  Untuk membentuk fikir, kita hendaklah melalui .. satu bentuk kurikulum ..keluar dari ruang lingkup rumah tangga dan suasana opis seperti alam sekolah, universiti, kedai, kebun sawit, ladang getah, laut terbuka luas , sungai, tanah air  ... semata mata membentuk satu fikir .. bagaimana menyelamatkan diri kita dari azab Allah dan ini semua disebut  kerja dakwah Rasulullah s.a.w.  Dalam kurikulum pembentukan fikir islamik dan tabligh..  kami didedahkan dengan perkara asas seperti mengapa perlunya manusia beriman kepada Allah, kepentingan solat 5 waktu sehari semalam, berilmu merentasi fardhu ain dan fardhu khifayah , kepentingan bermasyarakat secara ikram muslimin , betapa pentingnya kepada usaha mualamat yang ikhlas dan sanggup berkurban untuk agama dan bangsa  sepanjang masa.

Misalan:  Jika kita mahu anak kita menjadi seorang akitek tersohor di dunia .. kita sanggup menghantarkannya belajar di USA, Eropah atau India untuk satu tempoh masa yang panjang dan kita sanggup mengorbankan duit dan perasaan rindu kpd anak-anak .. tetapi iman kita ialah itulah cara  untuk membentuk fikir menjadi seorang akitek.  Fikiran kita ini disokong oleh semua ahli masyarakat tempatan dan dunia.

JIka kita mahu anak kita menjadi seorang guru matematik, kita sanggup berpisah dengan anak perempuan kesayangan kita selama 3 - 4 tahun tanpa paksa .. untuk membentuk satu fikir seoarng guru yang terbaik.

JIka kita mahu anak kita menjadi seorang tukang masak terkenal dengan masakan asia cina, india ...kita akan hantarkanya ke satu sekolah masakan dikelolakan oleh Chef Wan contohnya  ..  untuk satu tempoh masa yang panjang ..semata mata keimanan kita ialah ini lah cara terbaik untuk anak kita menjadi seorang tukang masak istana baginda.

Mengapa .. untuk membentuk fikir Rasulullah s.a.w.  kita tak sanggup .. kita memberi 1001 alasan dan kita menunjukkan betapa susahnya / gilanya  cara di mana kita terpaksa menghantarkan anak anak kita ke tempat .. satu usaha para para anbiya alihisalam .. dalam satu tempoh masa tertentu 3 hari, 40 hari, 4 bulan .. 2 tahun ..  agar anak kita mempunyai ..satu fikir yang disanjung tinggi oleh Allah Taalla  ..pencipta kita semua bersama sama dengan segala bentuk bangunan pencakar langit, kapal terbang dan macam macam lagi. Fikir ini adalah fikiran yg terhebat kerana apa yang ada dalam tubuh badan nabi Muhamad s.aw.  kita telah yakini bahawa ini lah cara / manusia terbaik diutuskan kepada manusia.  Tak cukup dengan itu, kita sanggup panggil orang kampung untuk sama sama meraikan maulidul rasul (hari kelahiran) nabi besar Muhammad S.a.w.  Mengapa kita taksub benar  meraikan maulidul rasul setiap tahun , berarak arak ke sana sini dalam Stadium, luar stadium, berarak dalam cuaca panas terik dan kadang-kadang kena hujan hingga basah kuyup Pak Menteri BN.. tetapi sayang 1000 kali sayang nampaknya kita tidak bersungguh sungguh mengambil fikir nabi tersayang ini?  Apakah fikir nabi?  Taat kepada Allah dan menyampaikan risalah yang haq kpd seluruh manusia tanpa mengira bangsa, kaum, warna kulit dan lain-lain.

Adilkah kita kepada Pencipta kita .. untuk membentuk fikir untuk jawatan dunia .. kita sanggup berpisah sementara dengan anak anak kita .. tetapi untuk membentuk fikir agama ..

kita dengan bongkaknya .. mengaku kita boleh membentuk fikir anak kita sendiri mengikut stail kita tersendiri seperti memberi kemudahan  TV, TV ASTRO, komputer, internet, fon bimbit dan segala hiburan yang ada ...

Tidakkah kita ..telah menzalimi diri kita sendiri?

Ayuh tuan hamba .. jom kita bentuk fikir kita dan anak anak kita sendiri supaya beriman dan mati dalam keredhaan Allah Taala.  Jangan berlengah lagi.  Buatlah sekarang semasa hayat dikandung badan.  Buatlah semasa kita masih kaya, berkuasa, badan sihat, masa lapang dan .. semua kita ada ini.

Fikir nabi adalah satu fikir yang teragung tajam, bernas, fokus, terbimbing untuk keselamatan manusia keseluruhannya.  Tidak pentingkah ini?

Anda bagaimana?

SEkian.

Walalhu aklam.

0 comments:

Post a Comment