Salam
Dalam Bahasa Melayu ada kata lawan. Contoh .. gemuk lawannya kurus.
Kaya lawannya miskin.
UMNO lawannya PKR
begitulahuntuk topik kita hari ini berjudul ibu bapa zaman la ni dgn ibu bapa zaman dahulu 1957 - 1990 (katakanlah).
---------------
Zaman dahulu (1957- 1980)
Ibu bapa dibesarkan dalam keadaan yg agak susah seperti
mereka pergi sekolah dengan sendiri/ kayuh basikal / jalan kaki / naik bas macam sardin
mereka jarang dapat hadhir kelas tuisyen kerana .. duit pada masa itu, susah nak dapat
kalau mereka dapat sambung belajar ke ITM sahaja pun .. sudah tentu seekor lembu jantan ditumbangkan oleh orang kampung .. tanda mereka sama sama menumpang gembira. Namanya terkenal merata riti
Dalam akademik, peperiksaan SPM/ MCE ..pelajar terbaik hanya mampu membawa pulang 4A sahaja iaitu Ilmu Hisab Tambahan, Fizik, English dan Geografi sedangkan subjek lain hanya credit C3, C4 termasuk pengajian agama islam.
tetapi pada zaman sekarang ni
1981 - 2013
ibu bapa cuba :
besarkan anak dlm keadaan mewah sedikit dari apa yg mereka alami zaman terdahulu
mereka cukup gemar hantar anak bertuisyen. Silap silap mak bapa yg berlebih lebih sedangkan anak anak buat 'don't know jer'. Bayngkan sekarang ustaz / ustazah kena datang sendiri mengajar ngaji Quraan di rumah murid murid dgn janji .. kau bayar aku tau?
sekarang anak yg berjaya ke Scotland, Edinburgh , Sterling, Glasgow .. masyarakat tak hairan sangat kerana dah ramai sangat anak anak org kampung (ala bandar) yg dapat melanjutkan pelajaran keluar negara
Dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM .. keputusan 9A, 14A .. sudah menjadi sesuatu yg lumrah. Terlampau pandai anak anak ini berkat susu lembu, susu kambing dan banyak lagi susu berformula
-------------------
Oleh yang demikian
masyarakat melayu sudah banyak berubah seperti:
1) tak hairan ..siapa YB tersebut yg beriya iya sangat nak tabur duit sempena PRU13 yg bakal menjelma
2) tak peka -- jika jiran sebelah sudah dibunuh orang lain ; jatuh sakit hingga ke tahap .. semi mati
3) tak kesah sangat dah.. skil memasak tak penting kerana .. kedai mamak 25/7 sedia menunggu sampai bila bila
4) tak hirau .. klau guru guru merotan kerana .. kat rumah mereka pun .. tak ada rotan pun untuk mendisiplinkan anak anak jika berkelakuan tak sopan
5) anak anak moden tak tahu sangat apa itu disiplin/ derhaka/ kurang ajar / tak reda / dan banyak lagi istilah terdpat dalam kitab kitab agama. Adakah istilah disiplin satu menu dlm makanan McD, fast food KFC ?
6) membekalkan peralatan moden sepeti internet, ASTRO dan FB.. bahkan anak-anak yg tak tahu FB pun ..ibu bapa mereka akan ajar .. semua supaya .. mereka terhibur dgn sendirinya
7) anak anak tak kenal bila berlaku waktu siang dan bila bertukar jadi malam
8) perut anak anak mereka .. hampir kpd peringkat obese / gemuk/ perut burai walaupun umur baru jer 11 tahun ke atas
9) anak anak berumur 15 - 17 tahun sudah cekap memandu kereta ... hingga satu hari itu.. polis tersilap pandang.. hingga polis tembak mati pelajar berumur 15 tahun jer .. polis tembak kerana ingat pemandu tersebut orang terror dlm Formula 1 dgn Iswara jer
10) di saat kematian, anak anak mereka sibuk menonton ASTRO sedangkan orang orang lain sibuk nak melakukan sembahyang jenazah untuk bapa mereka yg baru mati terkena current letrik di bawah meja komputer di rumah
Memandangkan senario sebegini , sistem pendidikan di negara ini ..hendaklah .. diuruskan .. supaya .. walau macam mana moden pun anak anak kita ... mereka mesti ada jati diri, kuat mental untuk berhadapan dengan musuh musuh islam. Sistem sekolah yg pro kepada cara org perempuan belajar dan mengajar hendaklah .. bertukar sedikit sebanyak .. resipinya agar .. pelajar pelajar lelaki tidak tercicir begitu sahaja. Kita kena jaga anak lelaki kita / cucu lelaki kita ..kerana mereka adalah ketua keluarga masing masing. SEkarang anak anak lelaki kita sudah terlalu biasa dengan guru guru perempuan sejak tadika lagi. Ngaji Quraan pun dgn ustazah ... masuk universiti pun .. masuk fakulti yg mana majoriti adalah kaum wanita. Dengan keadan begini tak hairanlah .. sifat kejantanan anak anak kita .. semakin terhakis dan hilang di bawa arus , gelombang 4D yang tidak ada kesudahan.
Sebagai ayah kita kena latih anak anak lelaki kpd keadaan lasak seperti : pergi sekolah naik basikal sendiri, nak tusisyen biar dia pergi sendiri, kalau shopping biar dia yg tahu ..budget dan uruskan sendiri. Jauhi dari terlampau memanja-manjakan anak anak lelaki ini. Why? untuk kebaikan masa hadapan mereka juga. Insya allah. Asuh anak lelaki gi sembahyang berjamaah di masjid dan surau surau/ galakkan dia bermain bola sepak, hoki, volleyball, .. dan bukan ping pong dan indoor games termasuk brick games. Dengan cara demikian, dia akan kenal dunia lelaki yg sebenarnya. He..he.. dalam kitab imam ghazali .. ada menyebut .. org lelaki akan kekal macho jika dia kurang bersosial dgn kaum hawa. See?
Begitulah lagu nya.
Sekian.
Wallahu aklam
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment