Matahari dan kesan kebaikannya

Posted by sazali

Salam

Tadi ..Alhamdulilah .. syukurlah saya sempat membaca 20 ayat awalan Surah Kaffi (5 pemuda tertidur di dalam GUA selama 309 tahun) ... sempena hari yg penuh keberkatan ini iaitu Hari Jumaat penghulu segala hari dalam seminggu.

Selepas membaca ayat-ayat suci Al Quraan tersebut ..  saya membaca sedikit komentar di tepi frame utama surah ini.  Terdapat satu sudut berkenaan dengan 'matahari/ the bright sun on the horizon'.

2)  Terkandung di dalam nya ayat ayat seperti berikut:

2.1  matahari adalah ciptaan tuhan.
2.2  matahari membawa kesan kepada bulan
2.3  dari matahari , manusia keseluruhannya mampu menjalankan tugas harian dengan sempurna
2.4  saiz matahari dan bulan dibandingkan.  Mestilah besar matahari dari bulan
2.5  dari matahari datangnya siang untuk kita mencari makan dan melalui bulan ..datangnya malam untuk kita beristirehat untuk kebaikan tubuh badan yg keletihan
2.6  bila manusia memahami tujuan matahari dan bulan diciptakan oleh Allah yang Maha Agung .. tuhan meminta kita memikirkan satu istilah perbandingan secara relatif iaitu matahari dan bulan .  Dua objek berlainan tetapi satu memecahkan kegelapan seluruh benua bumi dan satu lagi mendatangkan cahaya untuk menyinari bumi dari pagi hinggalah ke saat sore (penhujung siang = maghrib)

3)  Selepas itu, komentar bergerak dari titik 'matahari yang menyinarkan bumi ' kepada satu konteks lain iaitu
tujuan dan peranan muslim/ mukmin/ mukminah sejati.  Mukmin hendaklah memberi manafaat kepada seluruh manusia sejagat dengan cara menyebarkan ilmu, memudahcarakan penjelmaan ilmu itu kepada satu bentuk aktiviti yang mana semua manusia mampu melakukan .. seperti berbuat baik sesama manusia tanpa membezakan warna kulit, kefahaman agama, tahap kebangsawanan kita masing-masing dan bermacam-macam lagi.  But masa ini .. ramai muslim  telah gagal menjalankan tugasan paling asas dalam agama iaitu menyampaikan risalah yang hak iaitu 'berdakwah' sebagaimana dilakukan oleh para para anbiya alahis salam dari Nabi Adam hinggalah ke Nabi Muhammad s.a.w.

Ramai dari kalangan muslim gagal melihat dirinya seperti matahari yg memberi sinaran cahaya kpd manusia manusia yg lain.  Kita gagal memahami siapa diri kita sendiri secara relatif ..   mukmin / kafir.

Beruntung besarlah orang yg memahami konsep matahari ini.

Wallahu aklam.  p/s:  Al Fatihah untuk penulis blog ini dan tuan hamba yg sudi membaca penulisan dari org yg serba kekurangan dari semua aspek kehidupan.

0 comments:

Post a Comment