Salam
Semua staf kerajaan bercita-cita untuk memegang pangkat yg lebih/palingg kanan sebelum mereka bersara. Tidak ada orang pun yg tidak mempunyai cita-cita sedemikian. Begitu juga sipenulis ini.
Esok .. saya dijemput untuk menghadhiri sesi temubual dgn orang besar universiti.
Diharapkan berjaya. Untuk itu , saya rancang malam ini untuk :
(i) menyusun bukti sebagai sokongan kes kenaikan pangkat ini
(ii) sembahyang hajat banyak banyak agar Allah Taala murahkan rezeki saya sedikit
(iii) hubungi bonda tersayang .. supaya mendoakan saya berjaya dan terus berjaya. Doa ibu tidak ada hijab di sisi Allah Taala dan
(iv) bertawakal kpd Allah Taala .. sebanyak-banyaknya
--------------------
Mengapa kita mahu pangkat tersebut?
Ada 2 sebab:
(i) sekarang penjawat awam bergelar guru siswazah lebih senang naik pangkat dari warga akademik universiti. Mereka pakai time based. Oleh itu peluang naik pangkat DG41 hingga DG54 adalah cerah sekali memandangkan majoriti mereka adalah staf di bahagian bawah piramid perjawatan kerajaan. Pihak kerajaan terpaksa melayan kerenah mereka .. sepanjang masa. Jika tidak , mereka tidak akan mengundi dan menyokong parti kerajaan. Lain pula dgn kami staf universiti di mana ramai kawan kawan saya pencen dgn DS45 sahaja walaupun mereka memasuki dunia universiti dengan sijil Masters. Kami tak seramai warga guru dalam piramid kerja staf kerajaan. Sokong atau tidak parti kerajaan .. tidak akan membawa kesan apa apa pun.
(ii) untuk maksud memotivasikan diri sendiri. Bila kita ada pangkat .. seronok sedikit nak bekerja .. rajin dan terus rajin sampai mati. Jika tidak kita akan merasakan 'demotivated/ lemah semangat'. Orang yg lemah semangat .. bahaya dalam mana mana organisasi. Cuba rujuk kepada mana mana buku 'motivasi kerja dalam organisasi kerajaan'.
Oleh itu .. jom doakan saya berjaya. JIka saya berjaya pun .. saya punya pendapatan tidak sebanyak .. orang orang bisnes tebang balak / politik pun.< ketawa>
Sekian. Maaf dari saya ..jika ada tersalah bahasa selama ini. He..he.. mana ada orang yg 100% sempurna kecuali saya mengambil keputusan untuk menyembunyikan diri dalam gua Hira'.
Saya pasrah jer. Dapat bagus .tak dapat pun ..apa boleh buat. Tetapi saya akan mencuba habis habisan agar kawan kawan saya DG54 di kampung/ taman perumahan di kota bharu, kelantan .. tidak akan memandang rendah kpd saya semasa saya sudah bersara kelak maklumlah saya telah belajar ke peringkat yg lebih tinggi dari ijazah sarjana muda dan diploma pendidikan dibandingkan dengan mereka. Doakanlah. Ameen.
Wallah hu aklam.
Al Fatihah.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
in shaa Allah.wishing all the best to you,Dr.semoga dipermudahkan urusan,dimurahkan rezeki,dan diberkati Allah sokmo..amin
tq so much bu/
may god bless u n family/ is it a boy there?