salam
Semua kita suka mempunyai tetamu yang mengunjungi rumah kita. Apatah lagi rumah kita tersergam indah di atas sebuah bukit dikelilingi beribu ribu ekar kelapa sawit dan berhadapan dgn lautan samudera seluas mata memandang. Ini adalah tabiat manusia termasuk mukmin . dalam satu hadish Nabi Muhamaad (s.a.w) .."jika ada tetamu ke rumah mu . percayalah kamu didatangi rezeki dan keberkatan .oleh itu layanilah tetamu mu sebaik yg mungkin". Mahfumnya lah. (nearest meaning ).
2) Dalam hidup ini . saya pernah ada tetamu dari banyak negeri dan negara .. seronok dapat berkongsi-kongsi ideas, pengalaman dan macam macam lagi.. / ini semua memperkayakan diri kita dgn nikmat Allah dipanggil 'berkawan, bersaudara, berbesan, beripar duai' dan dari situ kita berdakwah tanpa kalian sedaripun.
Tanpa kawan kawan siapalah kita .. hidup seseorang akan menjadi tegang dan membosankan tetapi untuk menjadi tuan rumah kita dikehendaki mempunyai beberapa sifat seperti terkandung dalam kitab Bimbingan Mukminin .. iaitu :
(i) murah hati
(ii) sanggup berkorban untuk melayani tetamu jika mahu shopping di Kota Bharu, Kelantan ini
(iii) sanggup kurangkan masa tidur dan isterehat jika tetamu mahu mendengar / menadah telinga mendengar Tuan Guru Nik Aziz memberi ceramah agama pagi Jumaat di Kelab Pas , Kota Bharu, Kelantan dan menjadi makmum Masjid Tuan Guru Nik Aziz Pulau Melaka di waktu subuh
(iv) mintak kita jadi teman .. dia nak khawin di Thailand (ketawa).. why not?
(v) bertolak ansur seperti jangan melawan cakap kawan/ musuh dalam kebanyakan idea/ pengalaman
(vi) menghidangkan masakan istemewa org kelate kito seperti laksam, lakso, tom yam, nasi kerabu hitam, daging bakar, budu, ulam daun ketereh, som tam dan lain-lain lagi
(vii) kena ada tolak ansur dari isteri dan anak anak kita juga.. tanpa sedar anak anak kita pandai berbahasa inggeris tanpa tuisyen pakar pun
-----------------
Bila berkawan kita membina .. banyak sifat yg mulia. salah satunya ialah sabar, istiqamah, murah hati, dermawan, bertimbang rasa dan .. open hearted and open ur palms ...
bayangkan jika rumah kita dikunjungi oleh si peminta sedekah .. di waktu siang hari matahari yg panas terik .. jika kita dapat tawarkan 1 gelas air sejuk .. FOC .. itu pun sudah menjadi modal kita di akhirat. Insyallah dan Alhamdulilah. Ingat saudara saudari ..cerita seorang pelacur ..diampunkan Allah kerana ..dia melayani se ekor anjing yg terlampau haus .. dahaga.. di sebuah padang pasir di Afrika/ Arab sana. Syurga tuan hamba!
Allah Hu Akbar.
---------------------------
Rugi sangatlah orang melayan tetamunya ..sekadar di coffee house di hotel - hotel ternama sahaja. Memang .. nampak hebat .tetapi .saya yakin .. "khir nya di sisi Allah Taaala" tersangat lah kurang. Dia tidak melayan pun tetamunya kerana tukang angkat air ialah
(i) orang Bangladesh yg tampan tanpa misai
(ii) perempuan Indonesia yg tergedik-gedik di hadapan mata lelaki
(iii) perempuan Filipina, Vietnam, Russia yg seksi
Lagipun kos ini tersangatlah mahal. Bayangkan 1 piring roti baar harganya RM50 di Hotel Terbesar Kuala Terengganu. See?
Sekian. Jom raikan kawan kawan dlm segala keadaan. Bila lagi mau buat begitu jika umur sudah terlalu banyak ... menghampir 100 tahun ..(ketawa).
Wallahu aklam.
yg baik dari Allah , yg buruk itu semua kelemahan saya sendiri.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment