Salam.
Pernah anda dihadiahkan dengan sehelai kain baru untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri? Apa rasa? Seronok kan? Mengapa yer? Kerana mungkin ada orang mengenang kita .. jasa baik kita. Dalam dunia perguruan, tak selalu saya dapat hadiah sedemikian. Seronok rasa tak terkira lah .. kadang-kadang berhari-hari kita ceritakan tentang kain baru, cantik warnanya, lembut kain suteranya, dan bermacam-macam lagi keistemewaan si pemberi dan kainnya.
Apa kata bila masa berlalu selama 30 tahun? sudah tentu kain tadi akan dimakan usia. Keadaan kain tadi tak sebaru lagi. Warnanya pudar. Kadang-kadang disebabkan terlebih bahan kimia (pembasuh) mungkin ada beberapa kawasan tompokan warna yg taik sedap disebut disini. Bila keadaan sudah .. mungkin kain tadi akan menjadi pengelap kaki kita di dapur atau di hadapan tandas rumah. Betul tak? mengapa yer? dulu kain yg sama dipuja berhari-hari ..sekarang nasib nya tidak cemerlang dan indah seperti dahulu lagi. Sudah berpindah sifat ..dari tahap kain wangi, crispy dan cantik warnanya kepada tahap bawahan kat kedudukan kaki-kaki manusia memijak sesedapo rasa hingga kaki basah menjadi kering. Jika ini dibiarkan berminggu-minggu, mungkin kain ini akan berkesudahan sebagai punca kain untuk dibakar di luar kawasan rumah kita.
Begitulah nasib sehelai kain.
Bagaimana pula dgn nasib kita seorang manusia? Boleh kita fikirkan? masa org sayang..wah ..seronoknya ..kita dipuja, dimanja, disayangi gila dan gila tetapi bila perkhidmatan kita sudah tak diperlukan lg .. macam kain tadi lah. Orang akan mula melupakan kita.
So akhir kalam .. jgn kita seronok sgt dengan kemewahan dan pangkat kuasa kita yg sementara ini. Bertakwa dan ingatlah kepada Allah yg Esa.
Sekian. Bawa diri kita berpada-pada. buat baik berpada-pada dan buat jahat jgn sekali.
Wallah huaklam
Salam
Istilah ini sama ertinya dengan 'kain buruk'. Maknanya sesuatu yang tak berguna lagi. Dulu orang tua melayu tersangatlah marah di saat-saat dia menceraikan isterinya yg paling dia sayangi. Maka terciptalah istilah sebegini. Dalam erti kata lain , bekas isterinya itu akan melalui zaman susah nanti lantas akan dibuat sesuka hati oleh lelaki-lelaki lain. Di sini saya ingin bawa pembaca kepada sesuatu .. episod sejarah tanah air. Untung kita masih hidup ini. Deng-deng deng.
Kasihan mantan TPM itu. Dia dikutuk habis-habisan oleh PM terbaru kita malam tadi 10 Julai 2011 jam 0800 hingga 0830 mlm (Berita Perdana) angkara BERSIH 2.0. Macam-macam dia kata. "kena sedikit gas pemedih mata ...lakonannya berlebih-lebihan macam dia kena dibelasah oleh polis .. belum syahid lagi itu..". Nada perli tu dari PM kita.
Rumusan cerita dari ini semua ialah orang melayu kita semua kecam , kutuk habis-habisan se orang anak melayu yang lain. Bila kita memerintah, kita akan gunakan peluang ini untuk melakukan bermacam-macam. Dalam satu paragraf dari buku dakwah "The Teaching of Islam" oleh Maulana Ilyas .. dia ada menyebut ..bila umat islam saling hina-menghina antara satu sama lain ..tunggulah satu hari di mana .. orang kafir akan memerintah kamu .. di mana kamu akan dihancurkan sehina-hinanya.
Katakan kita ada 3 kumpulan manusia di dalam kampung kita. Pertama kumpulan Melayu, kedua kumpulan Cina dan ketiga kumpulan India. Bila kamu menghina orang melayu sebagai sahabatmu, saudara se islam mu.. secara logik .. kamu akan memuliakan kumpulan kedua dan ketiga. Berbahagialah kamu dgn 2 kumpulan itu siang dan malam mu. Lupakah kamu? Jika kamu mengecam kumpulan melayu yang pertama ..sudah tentulah kamu dan kuncu-kuncu mu akan memandang tinggi kumpulan kedua dan ketiga. Nah..siapa dia itu kumpulan kedua dan kumpulan ketiga di negara ini? Kebetulan Pemangku Ketua Polis Negeri KL pada masa ini ialah seorang berbangsa Singh. He..he... sah hari ini PM puji melangit kecekapan dan ketangkasan Singh ini menutup semua laluan utama Kuala Lumpur pada Sabtu 9 Julai 2011. Maka mengikut ilmu akal manusia, perhimpunan Bersih 2.0 gagal mencapai matlamatnya.
Yes. kita tanpa menyedarinya .. kita mengagung-agungkan kumpulan orang-orang yang bukan dari gulungan yg diredahi oleh Allah.
Bila itu trend hidup mu .. tunggulah ..satu masa nanti (sudah dekat dah ni) ..Allah akan hancurkan kita .. secara terang-terangan/ senang senangan/ ..dan bila itu berlaku ..negara ini akan jadi ..macam Yugoslavia dan Bosnia CRotia. Cuba google lah peristiwa peperangan persaudaraan islam kafir di Bosnia, Croatia pada tahun 1980'an - 1990'an dulu. Orang kafir akan menyembelih kita dari semua kumpulan - anak kecil, anak muda , tak kira lelaki dan perempuan , kita sendiri ..dan semua keturunan kita. Astagh firu llah. BEtul kata tok nenek aku
Jika kita benci pun .. janganlah melampau-lampau. Mesti ada ..sesuatu yg baik sahabat itu ada. Dan jika memuji-muji pun ..jangan lah melampau-lampau.. mungkin ada tersimpan kekurangan nya.
Bersederhanalah.
Saya tak puas hati lah dengan TV3 .. asyik menumpukan semua berita anti pembangkang. Saya pun rakyat yang membayar cukai pendapatan. Tak boleh kah kita mendapat berita yang seimbang jam 0800 mlm? TV3 patut bergelar "lidah UMyO 110%". Sekarang tak syok lagi baca berita di Malaysia. Too much ampu gila-gila. Kuasa kita tak lama! Mana ada orang kekal dengan kekuasaannya dari sekarang sampai bila-bila. Satu hari nanti sudah tentu akan tiba.. hari kita akan tersungkur sama ke bumi. Jangan leka bangsa melayuku!
Wallahu aklam
Salam.
Begitulah lagu sebuah ayat terpampang depan mata ku semasa saya sedang melepaskan 'hajat ' di dalam tandas awam STESYEN BAS BATU PAHAT, JOHOR. Darul Takzim.
Ayat tu ditulis oleh seseorang manusia yang mestinya tidak berpuas hati yang melampau-lampau dgn keadaan tandas awam ini di Negeri Johor. Sebuah negeri yang mana lahirnya ramai pemerintah bergelar menteri-menteri kabinet dan Perdana Menteri.
Mengapa yer? tak nak kah Pak menteri menjenguk nasib anak-anak orang dari jauh yang belajar dan bekerja di batu Pahat ini. Bila Pak Menteri datang , sudah pasti semua akan sedar tahap kesedaran sivik rakyat bergelar 'pengusaha tandas awam ' atau nama gelimour usahawan tandas ini. Kutip banyak dah untung tetapi ..tiap-tiap hari kena sumpah .. oleh semua oarng yang bertandang ke sini. Bandar Penggaram.
2) Pada keesokkan malamnya pula bila tamat sudah tugas ku di Politeknik Kulim .. saya berada di surau stesyen bas utama di BUTTERWORTH. Penat saya bawak macam-macam seperti beg komputer, pakaian, durian sebiji dua buah tangan untuk anak biniku di Johor, ..tiba -tiba orang di dalam surau .. berteriak celakanya .. tak ada air langsung. Macam mana nak ambik air sembahyang ni? Saya bergegas ke surau kerana waktu keberangkatan bas dari Butterworth ke Johor ialah Jam 0815 malam. Nasib baik aku beli satu botol besar air mineral RM2.20 .. boleh jugak aku gunakan untuk mengambil wudhu dan terus bersembahyang maghrib dan Isha' Jamak Takdim. Tengok ..gitulah sikit sebanyak sketsa hidup kami rakyat Malaysia di sebuah negara islam tercontoh di dunia ini.
Satunya saya bentangkan nasib / keadaan tandas yang paling kotor .. busuk.. berair, gelap.. dan satu lagi .. keadaan surau di stesyen bas terminal di Butterworth.
Sama jer negeri berkiblat BN atau PKR. KeDua-duanya .. menunjukkan kepada kita .. keadaan sebenar .. dan faktor utama mengapa anak-anak muda jauh dari agama dan ini melahirkan banyak kes maksiat .. Maksiat terbesar ialah "Tidak menunaikan sembahyang 5 waktu sehari".
Bila tandas kotor, ramai orang akan pulang ke rumah .. masing-masing .. tetapi anak dagang macam saya yang selalu bergerak menggunakan bas ekspress, terima sajalah nasib .. sebagaimana rakyat jelata yang lain.
Sekian. Renungkanlah tuan tuan dan puan puan sekelian. Orang senang tak apalah .. terbang jer sana sini ..tandas kat KLIA dan Lapangan Terbang LCCT Tambang Murah semua terkawal ..imej negera.. tetapi kami orang susah ni .. terpaksa bergantung sepenuhnya kepada sistem perkhidmatan awam dengan surau sepenuhnya.. gitulah.
Wallahuaklam.