Salam.
Begitulah lagu sebuah ayat terpampang depan mata ku semasa saya sedang melepaskan 'hajat ' di dalam tandas awam STESYEN BAS BATU PAHAT, JOHOR. Darul Takzim.
Ayat tu ditulis oleh seseorang manusia yang mestinya tidak berpuas hati yang melampau-lampau dgn keadaan tandas awam ini di Negeri Johor. Sebuah negeri yang mana lahirnya ramai pemerintah bergelar menteri-menteri kabinet dan Perdana Menteri.
Mengapa yer? tak nak kah Pak menteri menjenguk nasib anak-anak orang dari jauh yang belajar dan bekerja di batu Pahat ini. Bila Pak Menteri datang , sudah pasti semua akan sedar tahap kesedaran sivik rakyat bergelar 'pengusaha tandas awam ' atau nama gelimour usahawan tandas ini. Kutip banyak dah untung tetapi ..tiap-tiap hari kena sumpah .. oleh semua oarng yang bertandang ke sini. Bandar Penggaram.
2) Pada keesokkan malamnya pula bila tamat sudah tugas ku di Politeknik Kulim .. saya berada di surau stesyen bas utama di BUTTERWORTH. Penat saya bawak macam-macam seperti beg komputer, pakaian, durian sebiji dua buah tangan untuk anak biniku di Johor, ..tiba -tiba orang di dalam surau .. berteriak celakanya .. tak ada air langsung. Macam mana nak ambik air sembahyang ni? Saya bergegas ke surau kerana waktu keberangkatan bas dari Butterworth ke Johor ialah Jam 0815 malam. Nasib baik aku beli satu botol besar air mineral RM2.20 .. boleh jugak aku gunakan untuk mengambil wudhu dan terus bersembahyang maghrib dan Isha' Jamak Takdim. Tengok ..gitulah sikit sebanyak sketsa hidup kami rakyat Malaysia di sebuah negara islam tercontoh di dunia ini.
Satunya saya bentangkan nasib / keadaan tandas yang paling kotor .. busuk.. berair, gelap.. dan satu lagi .. keadaan surau di stesyen bas terminal di Butterworth.
Sama jer negeri berkiblat BN atau PKR. KeDua-duanya .. menunjukkan kepada kita .. keadaan sebenar .. dan faktor utama mengapa anak-anak muda jauh dari agama dan ini melahirkan banyak kes maksiat .. Maksiat terbesar ialah "Tidak menunaikan sembahyang 5 waktu sehari".
Bila tandas kotor, ramai orang akan pulang ke rumah .. masing-masing .. tetapi anak dagang macam saya yang selalu bergerak menggunakan bas ekspress, terima sajalah nasib .. sebagaimana rakyat jelata yang lain.
Sekian. Renungkanlah tuan tuan dan puan puan sekelian. Orang senang tak apalah .. terbang jer sana sini ..tandas kat KLIA dan Lapangan Terbang LCCT Tambang Murah semua terkawal ..imej negera.. tetapi kami orang susah ni .. terpaksa bergantung sepenuhnya kepada sistem perkhidmatan awam dengan surau sepenuhnya.. gitulah.
Wallahuaklam.
0 comments:
Post a Comment