Salam.
Semalam dalam perjalanan menghantar mak mertua ku ke Johor Bharu..saya ternampak budak COURIER ... berdiri tegak di tepi jalan PLUS Skudai, Johor.. dalam malam gelap gelita. Kasihan dia. Mungkin Van kauriernya ..mampus .. tak bergerak apa apa. Kami sekeluarga berbincang dalam EXORA yang segar bugar hidup sihat sejahtera melunjur laju atas PLUS Highway ..kasihan dia ..tentu miss makan malam dia ni.. budaknya muda ..van kaurier nampak uzur jer.
2) Saya suka bercakap dan beri ingat sikit sikit kat anak-anak ..see susah org lain cari duit nak sara hidup .. seharian ..tengok budak tu .. tetap setia pegang satu bungkusan besar hantaran pos laju siapa-siapalah ..takut-takut terlupa ... bila sudah jauh malam dan tak ada orang datang membantunya. kau ada pengalaman kerja begitu e-in? a-a? mana leh mereka jawab ..mak dia menyampuk .. hiss sibuk dia ..org soal kat orang lain ..mak dia jugak yg sibuk menjawab. Diam-diamlah u tu (tanda kena siku lah aku malam nanti). He..he..
3) Pengalamn mencari kerja, wang , ..semua ini menjadi guru terbaik pengalaman kita ..untuk mensyukuri nikmat tuhan bila kita semakin dewasa. Tak ada dalam buku ..nilai pengalaman memegang amanah orang di waktu malam .. gelap gelita ..di tepi PLUS Highway ..dengan van buruk company mana tah...
Saya ada juga pengalaman sikit-sikit macam tu. Dulu bila dah khawin .. ada baby dalam perut isteri .. study degree plus khawin .. tiba2 putus budget wang di United Kingdom ..kita berhari-hari tak makan.. tunggu orang lain datang membantu. Dok overseas malu bin segan gila nak tadah tangan pinjam duit orang lain ..yg mana mereka pun bukan loaded macam org bekerja di Malaysia. hidup kami .. kais bulan makan bulan. Kerja kita ..study study memanjang while yg dah khawin .. jaga amanah Allah pelihara bini dan anak ..amanah tuhan. Ingat tu selalu?
Saya takut satu benda jer ..dapat anak kat UK .. degree tak leh bawak pulang .. sure mak mertua aku akan tembak aku dengan senapang gajah berserta dengan peluru hidup tembak tupai-tupai di Subang Airport. . laugh.
Amanah itu tersangatlah besar. Lebih besar dari bukit bukau. Dulu org tua kata ..jgn khawin lagi ..tunggu kerja dulu ..wat umah besar-besar, drive lori besar-besar baru khawin ..tak nak dengar ..kan ker susah bila putus beras di tanah orang putih penjajah keparat tanah melayu kita..
Tetapi syukur .. kerana tuhan sangat lah sayang kat .. aku .. boleh jugak lulus exam finals degree dan hampir hampir daftar ke UNIversity Manchester buat Diploma Education .. dapat lah saya bawa pulang isteri, anak pertama kami dan segulung ijazah .. buat tunjuk bukti .. aku tak hampakan kalian dengan amanah dengan nama Allah (akad nikah) .. he..he..
tetapi ..amanah tu perit anak-anak ku ooi. Jika diberi amanah tetapi sia-siakan ..tu senang ..
macam budak courier tadi if dia tak kesah ..and just left the van plus ..burnt the van .. mana ada org tahu .. kita yg mencucuh api kat pump minyak van itu. Bukankah tempat itu tersangat gelap untuk orang lihat perbuatan kita?
dah amanah .. itulah pengalaman tak ternilai maknanya. So jaga-jaga anak-anak ku dgn sesuatu bernama amanah Tuhan dan amanah manusia orang ramai.
4) Jadi guru pun amanah. Orang ramai bayar gaji kita mengajar, mendidik, melepuk (pukul) kepada budak budak yg nakal .. amanah itu semua. Ini akan disoal LIFE oleh Allah Pencipta kita semua. that time tak yah FB apa-apa. if lulus soalan amanah itu dan ini ..sure syurga anak ku ..else neraka lah tempat org curang dgn amanah Allah dan org ramai. Padan muka.
So berhati-hatilah. tuan hamba. p/s: aku doakan pemuda kat courier van buruk mampus tu ..ok dan happy living ever after. Ameen. Sorry boy ..pak chik tak berhenti tadi. takut jadi benda lain lah. Macam-macam nowadays tau?
Wallahu aklam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment