Salam.
Saya di Kota Bharu hari ini. Alhamdulilah. Isteri dan anak di J.B. Abah di Kelantan. Tanggal Ahad. 3 Julai 2011.
2) Tujuan ialah melawat ibu dan adik saya yang semakin uzur. Kasihan mereka. Bila tiba saja di rumahnya, ibu menunjukkan kakinya yg tersepak buah durian sekejap ketika tadi. Banyaknya darah yg terkeluar dari kulit kakinya sebelah kanan. Adush .. kena gi klinik ni. Mau tak ma?
3) Macam-macam di sini. Now di MPKB bayar cukai tanah tahunan. RM900. Gilanya. Dah 3 tahun tak bayar. Mengapa yer? Jawapannya senang jer ..kerana harta tu harta saya ..ikut saya lah nak bayar bila cukai pintunya. (ketawa). RM308 setahun. Banyak sungguh cukai pintu rumahku ini di Telipot, Kota Bharu.
4) Rasa-rasa hati nak melawat sangat sanak saudara dan teman taulan arwah ayah di Gaal, Pasir Puteh. Alangkah bagus jika dapat membawa ibu bersama-sama pada waktu petang begini. tapi entahlah ..kakinya masih luka. Aghhh! tak leh paksa dia. Nanti menangis dia. Kakinya sakit. Apa nak dikata? Nilai rombongan mana-mana bertambah seri jika disertai dengan orang-orang yg lebih tua dari kita ini. Sebab itulah rombongan mana-mana lelaki ..yg ingin meminang anak dara orang .. selalu dtg membawa orang2 tua se orang dua tiga gitulah sebagai 'screw paling kuat' dalam rombongan itu. Why? Nampak kita serious dengan salsilah keturunan kita dari generasi muda sampailah ke generasi tua bergelar ayah , atuk, nyangggg dan macam-macam lagi. Oleh itu .. jagalah hati orang-orang tua kita sepanjang hayatnya. Jgn agghh ..jgn nyahhh .. Tak rugi kita .. menjaga hati mereka. Hidup bangsa hidup budaya dan hiduplah imej kita pada mata orang-orang yang menerima rombongan meminang dan lain-lain lagi. Fikir sikitlah pasal ini wahai anak-anakku sekalian. Tolong yer?
Rasa-rasa itu jerlah .. penulisan saya ini. Hajat besar ialah membina sebuah rumah di Kpg Gaal, Pasir Puteh dari sekarang hingga ke tahun 2013. Insyallah. Duit tak banyak ..tetapi tawakal saja lah. Rindu sangat nak duduk di kampung ini .. kampungg tok nenek saya .. yg sudah lama meninggalkan kami. Insyallah ..kami akan menyusuli mereka satu hari nanti. Itulah maksud doa ..bila melawat tanah perkuburan arwah tok nenek kita semua . Bukan kah begitu? Tidak ada yg kekal di dunia ini siap-siapa pun.
Sekian. Wallahu aklam.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment