Kain baru kain buruk

Posted by sazali

Salam.

Pernah anda dihadiahkan dengan sehelai kain baru untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri? Apa rasa? Seronok kan? Mengapa yer? Kerana mungkin ada orang mengenang kita .. jasa baik kita. Dalam dunia perguruan, tak selalu saya dapat hadiah sedemikian. Seronok rasa tak terkira lah .. kadang-kadang berhari-hari kita ceritakan tentang kain baru, cantik warnanya, lembut kain suteranya, dan bermacam-macam lagi keistemewaan si pemberi dan kainnya.

Apa kata bila masa berlalu selama 30 tahun? sudah tentu kain tadi akan dimakan usia. Keadaan kain tadi tak sebaru lagi. Warnanya pudar. Kadang-kadang disebabkan terlebih bahan kimia (pembasuh) mungkin ada beberapa kawasan tompokan warna yg taik sedap disebut disini. Bila keadaan sudah .. mungkin kain tadi akan menjadi pengelap kaki kita di dapur atau di hadapan tandas rumah. Betul tak? mengapa yer? dulu kain yg sama dipuja berhari-hari ..sekarang nasib nya tidak cemerlang dan indah seperti dahulu lagi. Sudah berpindah sifat ..dari tahap kain wangi, crispy dan cantik warnanya kepada tahap bawahan kat kedudukan kaki-kaki manusia memijak sesedapo rasa hingga kaki basah menjadi kering. Jika ini dibiarkan berminggu-minggu, mungkin kain ini akan berkesudahan sebagai punca kain untuk dibakar di luar kawasan rumah kita.

Begitulah nasib sehelai kain.

Bagaimana pula dgn nasib kita seorang manusia? Boleh kita fikirkan? masa org sayang..wah ..seronoknya ..kita dipuja, dimanja, disayangi gila dan gila tetapi bila perkhidmatan kita sudah tak diperlukan lg .. macam kain tadi lah. Orang akan mula melupakan kita.

So akhir kalam .. jgn kita seronok sgt dengan kemewahan dan pangkat kuasa kita yg sementara ini. Bertakwa dan ingatlah kepada Allah yg Esa.

Sekian. Bawa diri kita berpada-pada. buat baik berpada-pada dan buat jahat jgn sekali.

Wallah huaklam

0 comments:

Post a Comment