Kenapa gitu gomeng ni?

Posted by sazali

Salam.

Bila mana-mana pelancong mula-mula sampai ke negara ini, mereka mesti melalui IMEGRESEN. Paspot mereka akan diperiksa termasuk visa . Selepas semua sudah beres, mereka bolehlah melawat negara ini atau buat urusan mereka masing-masing.

2) Hairannya mengapa kerajaan tidak ketatkan prosedur - bahagian trafic seperti urusan Bas ulang alik dari satu bandar besar ke bandar besar yang lain? Memanglah itu urusan syarikat swasta masing-masing tetapi kita kerajaan boleh bertindak jauh dari itu. Ada satu perkara saya nak sentuh di sini.

3) Masalah sembahyang 5 waktu sehari semasa bermusafir. Jika kita lihat di sebelah semenanjung Malaysia dari Perlis ke KL ke Johor Bharu ..trafic (bas trans nasional, KKKL, dan mcm2 lagi ) akan berhenti kat rest and relax (RnR) sekejap sangat untuk kencing atau minum air jer. Tak ramai penumpang yg sempat bersembahyang termasuk pemandu bas yg mana muka mereka macam-macam melayu islam jer. Jika mereka beratkan untuk bersembahyang fardhu, saya yakin 100% kes kemalangan akan menurun dgn kadar yg menakjubkan. Kalau mereka relax tak nak sembahyang, pihak berwajiplah boleh paksakan. Sekarang kes kemalangan selalu berlaku di lebuh raya. Mengapa? Jawapannya ialah manusia tak mementingkan solat dan Tuhan lagi. Perkara-perkara lain telah menjadi lebih penting .. maka penumpang dan pemandu bas akan bergopoh gapah untuk ke destinasi masing-masing. Nah .. bila accidents ngeri berlaku mcm2 .. tindakan diambil seperti .. masukkan 'black box' dlm kenderaan itu dan ini untuk mengawal kelajuan bas dan kenderaan lain. Sepatutnya .. jika agama dipentingkan, banyak kos boleh dijimatkan dan nyawa manusia pun boleh terjamin termasuk anak dara kita di IPTA/ IPTS. tuan tuan tak bimbang ker?

4) Saya kasihan dengan nasib penumpang bergelar wanita islam berumur 10 hingga 80 tahun. Bagaimana mereka mengerjakan perintah Allah? Tak silap jika saya katakan 90% penumpang wanita tak sembahyang semasa mereka menaiki bas dari satu bandar ke bandar yg lain terutama jaraknya jauh .. dan ini semua di bawah pengetahun pihak kerajaan walaupun tugas ini diberikan kpd pihak swasta bergelar 'cina' dan 'india'. Toke melayu pun dlm satu bakul yg sama juga. Jika kita bergelar negara islam terbaik di atas muka bumi ini , maka perkara ini mestilah diambil berat oleh kerajaan kita. Bila solat dijaga banyak maksiat dan masalah sosial dpt dihapuskan. Perasaan malu hilang jika tidak bersolat setiap hari dan malam. Bila persaan malu sudah berkubur tengoklah kesannya sekarang ini. Macam-macam dah hancur dan ini semua jelas dipertontonkan kpd menteri-menteri kabinet yg mempunyai sepenuh kuasa untuk bertindak demi untuk kebajikan rakyat. Seperti pelancong yg tiba di negara ini, pihak Imegresen kat lapangan terbang tadi lah yg bersusah payah mengawal .. kepentingan negara.

Semua kita boleh dikawal tuan-tuan yg bergelar YB-YB/ Dato' Datin/ buat lah sesuatu. Ketatkan amalan solat ini dan paksa ..semua kenderaan berhenti untuk mengerjakan suruhan Tuhan ..insyallah kita semua selamat. INSYA ALLAH. Duit negara pun boleh disalurkan ke bahagian yg lain.

Wallahu aklam. p/s: Saya dah sampaikan benda ini. Allah menjadi saksi. Buatlah sesuatu.

0 comments:

Post a Comment