Hi!
Imagine you want to bring your class from simple skills in fraction manipulation to solving algebra involving with fractions. I am talking from the point of a weak student.
See 1/2 + 1/3 = 3/6 + 2/6 = 5/6 (correct)
but 1/2 (1/3) = 3/6 ( 2/6) = 5/6 (incorrect)
but it looks quite the same. Right? what was that missing here?
Correct. They did not see the second problem as a multiplication type. They still play with adding type of fractions.
This happening in my classes from the schools, polytechnics and my diploma IT class. Can anybody help me explaing this plz before I got to this kind of work. See below:
x / 2 ( x/3) = ?
TQ for your attention Sir.
Regards.
Dr Sazali
Salam.
Today i was grateful to be visited by a student from FKASS. He brought his girlfriend's form for graduation 2011. Wow! that looks great. right?
2) He asked me to sign the forms. So I happily printed my rubber stamp onto the forms. I think my servise was good since the forms came frrom Kedah. I did my duty well as a PA.
3) Then we talked about indian youth. yesteryears indians versus todays' indians. He talked very well and the summary was:
3.1 this generation is very different from Samy Vellu's generation. The youngsters he mean.
3.2 fighting , quarelling is quite a norm in the indian society. Just check the indian films. We fight just for simple things. There must be always a hero and the victims. Quarrel can happen so easily in coffee shop just out of nothing. The mentality never improve. He said.
3.3 i asked him to join police force/ jkr. Jobs in the government must be ready to be grabbed by indian professional like him. He looks so excited. I laid all the steps for him to do upon graduation - getting ready for interviews.
Well he left me after 30 minutes talking today. I think I have some idea how to tackle my indian students next sem. TQ Mr Anand.
regards.
drsazalis
Mengapa kita (guru) terpaksa habiskan banyak masa di sekolah waktu ini.
Jawapan kemungkinanlah adalah seperti berikut:
a) ramai suami isteri bekerja bersama-sama sepanjang hari/waktu. Anak-anak mereka siapakah yang akan menjaganya? Jawapan mudah. Bina sistem pendidikan supaya ada orang akan menjaga anak-anak kita. Oleh yang demikian semua kita berada lama di sekolah dari pagi sampailah ke petang. Settle kan?
b) kita ikut model pendidikan barat. Ramai antara kita percaya model kehidupan baratlah yang akan membawa peningkatan ekonomi yang tinggi. Kualiti hidup yang tinggi dan standard. Bila orang di barat kerja dari pagi ke petang di sekolah , maka kita pun ikut samalah. Kalaulah kita tidak mengikut sistem pendidikan seperti barat sudah tentu kita boleh banyak menghabiskan masa dengan anak-anak kita di rumah. Tetapi ini tak standard dari kaca mata barat. Di rumah, kita dapat membimbing anak-anak dengan lebih baik, hikmah, teratur dan bijaksana. Mana mahu ni?
c) dulu (tahun 1950 dan 1960) kita tidak gila sangat meniru sistem pendidikan barat secara membabi-buta (keseluruhannya) tetapi sejak tahun 1980'an bila ramai guru-guru kita pulang dari USA, UK, Australia dan Jerman dengan PhDnya maka mereka mula memberi idea bagi mengubah stail pendidikan kita supaya lebih mirip kepada sistem pendidikan barat. Model phd/masters mereka. maka tiba-tiba kita sebagai ibu-ayah berhadapan dengan subjek pendidikan seks untuk anak-anak kita di sekolah pada masa ini. Dulu mana ada? Tidak ada subjek itu pun masyarakat kita ok juga. Hidup aman dan damai. Sekarang semakin tebal buku sains, semakin kompleks teori-teori sains biologi dan bermacam-macam lagi .. semakin banyak masalah sosial yang kita hadapi. Masalah gian dadah, rempit, menghidu gam, merokok, dan macam-macamlah. Ramai pelajar tidak sembahyang 5 kali sehari. Tension kita sebagai ayah dan ibu semakin meningkat apa bila anak perempuan kita tidak pulang-pulang dari sekolah hinggalah langit sudah semakin gelap. Selagi kita tidak dapat menatap wajah anak kita selagi itu lah kerunsingan kita meluap-luap. Oleh itu .. darah guru semakin tinggi dan tinggi. Ada yang rebah tak sedarkan diri dalam kereta, bilik darjah dan tandas.
d) sekarang dah ada subjek IT/komputer/internet. Tidak cukup dengan tempoh masa komputer di sekolah dan pejabat, ada ramai ibu bapa masukkan internet ke dalam rumah tangga mereka. Teori awalan ialah kita dapat menyemak isu-isu pendidikan sekolah di malaysia dan seluruh dunia tetapi .. semua ini tidak lama. ianya akan berjangkit kepada facebook, twitter dan lain-lainlah. Sudah kurang masa anak-anak kita mahu membaca alquraan dan al-hadith selepas sembahyang maghrib dan isyak. Ada bapa sebagai guru akan surf internet check soalan-soalan dari u-tube sedangkan anak-anak remaja mereka akan facebook sana dan sini. Banyak rahsia keluarga dibocorkan. Gambar facebook banyak mendedahkan tahap pendapatan tinggi keluarga. Memberi idea kepada pencuri - rumah siapa lagi nak masuk mlm ini? he..he.. Saya rasa bahaya ini. Bagaimana pendapat pembaca?
Pendek kata, bila stail hidup kita berubah dari stail kampung (zaman 1960'an) di mana kita happy menggaji quraan berjalan ramai-ramai menuju ke rumah ustaz kita .. kepada stail ..semua ahli keluarga sibuk dengan urusan internet masing-masing .. adalah kemungkinan sesuatu yang bahaya akan berlaku ..pada satu masa nanti. So awas-awaslah para ibu bapa terutama saya dan tuan/puan bergelar guru.
Kita akan ditanya nanti oleh ROBB kita (tuhan kita). Apa sudah jadi?
Wallahu alam. Bertaubatlah dan tukarlah sikit-sikit stail hidup yg jauh dari keredhaan NYA kepada stail hidup yang dirahmati/ diberkati oleh ROBB sekalian alam. Ajak anak-anak lelaki itu baik-baik kita pergi solat di masjid setiap hari.
Salam.
Guru sekarang bukan macam guru pada zaman dahulu. Dulu guru mengajar dari jam 0730 sampai jam 100 ptg .. mereka sudah boleh pulang ke rumah dan berehat dengan keluarganya masing-masing. Bukan sekarang di mana kita mengajar dari jam 0730 hingga jam 0500. Banyak aktiviti ko-korikulum di sekolah. Aktiviti ini kadang-kadang melarat sampai ke hujung minggu Sabtu.
Mengapa? Ada beberapa faktor yang menyebabkan ini semua.
Pertama - sistem pendidikan negara semakin selari dengan sistem pendidikan barat terutamanya dari England. Bahkan sijil-sijil peperiksaan SPM dan STPM direstui oleh Univ of Cambridge, England. Kita perlu buat begini untuk mewujudkan tenaga kerja yang kompeten dan setanding dengan mereka di barat.
Kedua - kos kehidupan yang tinggi. ramai kalangan guru tinggal di taman perumahan. Ada yang tinggal di dalam rumah banglo dan ada yang tinggal dalam rumah teres 1 atau 2 tingkat. jarak rumah dari sekolah pun bukan dekat. Oleh itu kebanyakan guru mempunyai kereta untuk ke sekolah. Jadi di sini kita lihat ada 2 benda besar yang dimiliki se orang guru. Kereta dan rumah. Secara purata kebanyakan kita berhutanglah untuk mendapatkan kemudahan seperti ini. Ini berbeza dengan guru zaman dahulu kala. Mereka berbasikal atau berjalan kaki sahaja kerana sekolah mereka mungkin dalam kampung mereka juga. Cukup berjimat kehidupan masa lalu. Bila saiz keluarga besar , kos sara hidup dalam taman perumahan pun semakin membesarlah. Kadang-kadang ada guru mengambil ibu ayah mereka yang sudah uzur tinggal bersama-sama.
Ketiga- taraf akademik guru. Sekarang ada guru memiliki ijazah sarjana/ doktor falsafah. Oleh itu gaji mereka agak tinggi juga. Jika mereka suami isteri berkerja sebagai guru ... bayangkanlah jumlah gaji pada pay-slip mereka. kalau tidak silap pada tahun ini jika kedua-duanya gred gaji DG48 ..maka jumlah gaji mereka menjangkau melebih RM10,000.00 se bulan. Bayangkanlah. Jika kedua-dua tidak mempunyai hutang apa-apa , tiap-tiap bulan mungkin mereka dapat menyimpan wang sebanyak RM9,000.00. Setahun RM108,000.00 !! wah ..tahniah lah cikgu Yam dan Adam. Banyak tu. Jika 10 tahun ..kehidupan mereka .. jika tidak berhutang apa-apa.. tak pakai hand phone, ASTRO, broadband, tak menyertai apa-apa function seperti Marhaban, kenduri kahwin, majlis orang mati, majlis orang nak berangkat ke tanah suci, ..agh macam2 ada ... rasa2nya jumlah simpanan wang mungkin mengjangkau RM1,108,000.00 Jutawan ni!
Dulu tidak. pada tahun 1950'an. gaji guru RM30 jer sebulan. Kelayakan akademik ialah setakat darjah 6 sekolah melayu sahaja. Pelajar tidak boleh naik kelas baru jika mereka gagal peperiksaan pada darjah yang sebelumnya. Bayangkan badan pelajar macam badang tetapi ia berada dalam kelas 1 lagi. Dah 10 tahun tak naik-naik kelas.
Walaupun begitu kalau ditanya ,,..se tiap guru dulu dan guru sekarang , kita dapati guru zaman dahulu lebih happy, bahagia, ceria dan bermacam-macam cahaya noor dari wajah mereka. Kadang-kadang semua anak mereka berjaya belajar sekolah tinggi hingga ke universiti - UM, UKM, UPM
dan sekarang jika kita tanya ..guru sekarang .. walaupun gaji mereka berbakul-bakul banyaknya.. nampaknya se tiap bulan ada guru yang mengalami penyakit moden bergelar hyper-tension. Badan dan dahi mereka berpeluh tidak tentu pasal. Mengapa yer? Ada orang kata , mereka mempunyai hutang yang banyak. Contohnya jumlah gaji sebulan RM10,000 tetapi jumlah hutang termasuk kad kredit melebihi RM10,000 itu. Oleh itu mereka terpaksa buat banyak aktiviti sampingan seperti melibatkan diri mengajar tuition, jual karipap segera, jual mak jun, jual kain batik, jual kereta terpakai, jual binatang ternakan seperti lembu dan kambing dan macam-macamlah. Dengan aktiviti yang terlampau banyak bercampur dengan masalah disiplin pelajar-pelajarnya yang lebih pelik .. ini membawakan keadaan di mana rumah guru ada air cond tetapi .. bila tidur pun .. badan mereka berpeluh. Kesihan sungguh mereka ini tuan-tuan dan puan-puan. Bolehkah kita katakan keberkatan hidup keluarga guru tersebut sudah ditarik sedikit-demi sedikit oleh ROBB kita yang maha esa?
So macam mana ini? bagus dibuat post mortem .. apa yang sudah jadi. Kena baiki kehidupan kita cepat-cepat kerana anak-anak kita semakin membesar/ akan berkhawin tak lama lagi dan .. kos hidup semakin tinggi dan bertambah tinggi .
Keempat - masalah disiplin dan akhlak pelajar. Disiplin ialah perangai budak zaman lani. Ada yang tidak menghormati guru-guru mereka. Kadang-kadang ada pergaduhan antara guru dan murid-muridnya. Kereta gurulah yang menjadi mangsa. Ditorehnya kereta Honda Accord guru disiplin sekolah tersohor itu. Siapa yang rugi? Masalah berpakaian. Terlampau nipis baju kurung pelajar perempuan itu. Bila ditegur oleh pihak sekolah, semua mak bapak budak perempuan itu .. akan datang menyerang guru disiplin tersebut. Gila .. zaman sekarang. Masa yang silam mana ada semua ini? Ibu bapa cukup menghormati sang guru. Jika guru merotan kaki anaknya, silap-silap pihak keluarga akan menambahkan lagi dendaan rotan itu. Sekarang tidak. Jika rotan kita berikan kepada anaknya yang berdisiplin .. hadiah penumbuk akan menghinggap pipi guru. Tengok! Zaman sekarang guru problem, anak murid problem, ibu bapa problem, prestasi peperiksaan problrem, duit problem dan mati pun problem. Maka wujudlah masyarakat berproblem. Why? stail hidup kita dah berubah kot.
Rumusannya - Awaslah .. saya memanggil diri saya dahulu dan rakan-rakan .. kita kena permudahkan stail kehidupan kita mulai hari ini. Tidak payah fikir kereta barulah .. pakai jer kereta lama. Asalkan kereta itu tidak meletup pagi-pagi .. itu pun dah ok dah. Tidak payah gila beli kain baru nak buat baju kurung baru. Dah banyak dah baju dalam almari itu. Cukuplah hutang kita selama ini. Jom kita bayar cepat-cepat duit hutang kita sebelum mati menjemput kita .. pada bila-bila masa sahaja. Baru-baru ini ada guru mati dalam kereta barunya. Heart attack .. stroke kata doktor. tak takutkah kita? Stress kerana banyak sangat kita berhutang telah mematikan kita pada hari ini.
Wallahu alam.
Salam.
Saya dicabar oleh PTJ ku. Mengajar matematik DIT ..kepada 4 orang pelajar yang mengulang semester. Mesti lulus mereka ini. MESTI?
Topik DIT maths semester 1 ada topik-topik berikut.
1. Set
2. Matriks. Cramers Rule etc etc
3. Calculus - differentiate and integrate.
4. Seri - J.A/ J.G/ Taylors / McClaurins
5. Had
6. Problem Solving Mathematics
Agghhh.. topik topik macam-macam DIT ni. Semua ini saya tak takut. yang mengerikan ialah pelajar-pelajar tidak mempunyai pemikiran yang logik sesuai dengan pelajar universiti. Adushhh.. payahnya. Kerja gila ni.
Contoh : x - (y/3) = 4
Wakilkan 'y' dalam sebutan 'x'.
Mula-mula mereka semua terkam laju-laju ke arah pendaraban bersilang.
so depa dapat x - y = 12
Ini sudah salah ma!!
Mereka gila sangat nak darab bersilang secara membabi buta.
Sebenarnya mereka terlalu banyak buat matematik pengiraan seperti (1/3)x = 10
sebab itu mereka dididik buat darab bersilang (cross-multiply) 1x = 10 darab 3
iaitu 1x = 30
x = 30 #
Tabiat mendarab membabi buta ini mereka amalkan di dalam semua soalan dan keadaan.
Mereka suka sangat skill mendarab secara bersilang ni. klau tak dibenarkan mendarab sebegitu cara nya sudah tentu dia akan marah kat kita. Prestasi kita ..mungkin tersangat-sangatlah rendah jadinya.
Oleh yang demikian x - (y/3) = 4
dapatlah mereka x - y = 12
Sepatutnya mereka dapat lihat bahawa nombor-nombor x dan y mesti mempunyai angka bawah pecahan yang setara. iaitu '3' di sebelah kiri dan angka pembawah '1' di sebelah kanannya. sebagai permulaan penyelesaian.
so they can get (3x - y )/ 3 = 4/1 [ lihatlah ada pembawahnya]
then they get (3x - y) = 12 [ dari kerja darab bersilang]
ini dah betul ni. Cukup pandai ni.
Soalan mahu kita cari 'y' lah.
So 3x - 12 = + y
but +y = y
now you can write y = 3x - 12
BETUL tu.
But wait .. why 'y' di kanan tiba-tiba dah jadi 'y' di belah kiri? Haik, tak faham aku.
Jom kita lukiskan gambar ibu dan ayah mu. katakan ayah kurus sangat badannya dan emak ..masyaalah .. sangat lah sihat ibu..
gambar
ayah kurus (dengan) ibu gemuk = sama jer lah = ibu gemuk di sebelah kiri (dengan) ayah mu di sebelah kanan. Mereka tetap berdua-duaan bahagia sampai bila-bila.
jadi apa yang ditulis sebelah kanan atau kiri dari simbol '=' boleh ditukargantikan
seperti kamu nak ambil gambar pakai hand phone - ibu ayah klaian waktu hari raya.
Mereka tetap bersatu . Kiri atau kanan ayah dari posisi ibu .. tak kesah ..asalkan mereka sentiasa berdua.
Begitu jugalah 'x' dan 'y' ini dalam persamaan 3x -12 = y
sama lah dengan y = 3x -12 #
Harap kalian faham sikit sikit tu. Jika tak paham lagi ..jom masuk FTMM ini. ha..ha..
TQ. Wasallam.
Wallahu alam.
Salam.
Ada kawan abah tanya ..mengapa mu buat blog? Gambarmu mana ada cantiknya?
Of course lah saya tak cantik. kau pun mananya cantiknya pun. Tetapi kalau nak dibandingkan wajah Nabi Yusof a.s. dengan kau .. aku yakin tak akan ada orang pompuan flat flat tertinggi di KL, PJ , Shah Alam yang akan terhiris jari manisnya.. semasa melihat wajah mu pun. (ha..ha..). Takjub dengan hansomenya kamu.
2) saya menulis sekadar membiasakan BM .. sudah lama saya tak menulis ayat-ayat berbisa menggunakan B.M sebagai pengantaraannya. Nak check grammar/ nahu/ ejaan BM baru dan terbaru// target aku nak siapkan buku sulung ku CdiCL. sebagaimana dijanjikan dengan Sr. Dr Mujahid UTHM kita. //bila selalu menulis ..sedikit sebanyak otak ku ..mula berfikir dalam Bahasa MElayu. Ini penting untuk survival abah mu dalam dunia akademik abah.
3) Bila kita dihadiahkan dan diperakukan dengan ilmu di peringkat PHD.. dunia nak tahu how much abah mu tahu .. so ini lah abah mu menulis ini sedikit sebanyak untuk tatapan semua. yang baik itu ambiklah dan amalkan dalam hidup anda dan yang tak baik itu .. tinggalkan nya jauh-jauh. saya mempunyai banyak kelemahan tetapi dalam lemah ini pun orang bagi kita PHD jugak. Anda bagaimana? He..he.. gurau-gurau jer. Sedap buat phd tu tau? permanent head damage. Tetapi saya check tiap-tiap hari ..tahap kesihatan abah .. so far ok lah. One thing to tell you. It is so nice to walk on this earth with PhD at the back of your name, tau? (laugh).
tak caya? try lah .. buat phd ..dan go for VIVa .. and get anugerah tu ..and see how u walk. Ada sedap atau tidak. Cubakah. tak cuba tak tahu? Try phd discrete maths. Buat dengan pak Tutut UMP. try lah. kalau tak nak .. cuba phd dengan abah. CSCL. computer supported collaborative learning. Mesti ada theory otak manusia dalam tesis mu anak ooi. Untuk theory otak manusia proses ilmu matematik, abah dah gunakan 2 tahun untum membaca n memahaminya. Cubalah. Tak cuba tak tahu kan?
3) Saya berniat suci - ingin menyebarkan ilmu walaupun sepotong ayat matematik yang biasa seperti -x-y = 1. Awas!!! ada simbol negatif itu dalam persamaan di atas. NOmbor negatif adalah sesuatu yang merupakan the biggest hurdle dalam kefahaman matematik di kalangan pelajar sastera. Bukan kah begitu para guru-guru sekalian?
What is 'y' dalam bentuk 'x'? Jwapan: Lemparkan 'y' itu dari sebelah kiri ke kanan.
we get -x = 1 + y
jom tulis lagi y+1 = -x ............................................ ****
see? maka y = -x dan apa nak buat dengan 'nombor 1 itu hah?
yes awak betul kita dapat y = -x -1 (((((((((((((((( negatif satu di kanan sekali )))))
semua ini adalah aljabar anak ku.
Itu lah sepotong ilmu abah untuk kalian. Ada faham tak?
Aghhh jika tak faham .. kita jumpa lagi ok?
Wallahu alam. jangan lari sat prak ok? ( ha..ha..)
Salam.
Terdapat 4 jenis matematik di sekolah. Pertama matematik mudah seperti campur, tolak, darab dan bahagi. Pecahan pun - adalah matematik yang asas jugak. bahagi harta ayah kepada 10 orang anaknya. Abang dapat banyak sedikit dan adik bongsu pompuan dapt sedikit jer. Tanya lah ustraz kita tu. Ini matematik untuk masuk kedai kopi mamak dan sembang =sembang pasal pecahan harta arwah ayah yang tak banyak mana pun.
Kedua matematik aljabar. Ada huruf 'x', 'y' dan 'z'. Seronok ini. Ini dipanggil angkubah dalam pengaturcaraan komputer. Jika anda nak jadi jurutera anda kena pandai topik aljabar ini. Persamaan serentak 2 dan 3 pembolehubah. Boleh pakai matriks sonsang untuk menyelesaikan masalah di atas.
Ketiga ialah matematik kalkulus. Ini matematik gila. ramai budak-budak sijil politeknik KPTM malaysia hampir-hampir mati nak faham kalkulus. dy/dx. kamiran. integration. Word Problem Solvings. Tapi nak buat jambatan, lebuh raya .. jurutera memerlukan kefahaman kalkulus dan logik dalam hidupnya. No way out!
Keempat ialah Discrete Mathematics. Ini lagilah gila bagi pelajar-pelajar universiti. Contoh topik dalam D.M ialah Venn Diagrams, Set Theory dan Travelling Salesman Problem. Semuanya benda kena faham dan fikir dalam otak secara bersungguh-sungguh. nampak faham jer tetapi bila buat satu soalan dari buku Schaums Series dari library universiti satu abuk pun tak betul. Itulah gila namanya. Tetapi kalau adik nak jadi .. org komputer, elektronik komputer dan ..tele komunikasi .. discrete mathematics ada lah satu yg mesti. Dia mati atau adik juga yang kena mati. See?
Hishhhh penatnya .. nak rehatlah dulu. Nanti saya sambung lagi anak ooi. Permisi? (pengaruh indonesia punya filem ..waktu petang bersama-sama dgn mak chik di rumah)
TQ. Wallahu alam.
Salam.
Kita sebagai manusia sentiasa melihat nombor dari awal pagi ke waktu malam dan seterusnya datang lagi pagi lagi dan lagi.
Pertama , bila terjaga dari tidur ..cepat-cepat kita nak tahu waktu dari jam dinding. Adiush dah lewat ni... Jam 530 pagi.. nak bergegas ke masjid. Menunaikan sembahyang fardhu subuh di masjid. Hadith: sembahyang di masjid berjamaah .. adalah 27 kali ganda lebih baik dari solat bersendirian di rumah. Setiap langkah ke masjid, satu dosa kita diampunkan dan satu pahala ditambahkan ke dalam akaun hidup kita. Tengok 27,1,1, 1 semuanya nombor. Bayangkan jika roda kereta kita berputar 50000 kali pusing semata-mata berkejar menunaikan sembahyang subuh berjamaah.
Kedua: bila pulang dari masjid dah masuk jam 630 pagi. Kena hantar anak ke sekolah. Dia akan mengambil peperioksaan PMR tak berapa lama lagi. Dari 3 OKTOBER. Sebelum ke sekolah , duit poketnya hendaklah dibekalkan. Nah, duit RM3 hingga RM4 sehari dari pagi hingga 530 ptg. Kesian dia. Dulu kita belajar jugak. Arwah ayah tidak mampu bekalkan sebanyak itu. Duilu saya dapay RM0.20 ( yes ..20 sen jer sehari). Kayuh basikal gajah ke sekolah 5 batu dari rumah. Sekarang , budak-budak sudah mewah. Ke sekolah menaiki Exora. Ada air cond. Boleh dengar berita dalam bahasa inggeris. Dulu tak ada itu semua nak.. hanya penat dan peluh sahaja menitik di atas dahi ayahanda mu ini. Tengok banyaknya nombor dalam paragraf ini. 530, 630, 3 dan 4 ringgit.
Ketiga: Bila di universiti .. saya akan start kerja dari jam 0800 pagi hinggalah kepetang. Jam 530 ptg baru abah pulang. Semasa di sini abah sibukkan diri menyemak tugasan pelajar. Menyemak nota matematik Diploma untuk diadakan kelas esok pada hari rabu. Sebanyak 5 solan besar dari topik Siri Janjang Arithmetik dan Geometrik telah diberikan kepada mereka untuk mencuba dan mencuba. matematik ialah try dan try sampai betul-betul paham. Kalau tak try mana kita tahu kita paham atau tidak sesuatu konsep itu. Sekarang jika ada masalah matematik, pelajar dirujuk ke youtube.com. Macam-macam ada di sana> Cubalah? Type McClaurins Series. Nah semuanya ada.
Keempat: Bila bekerja kadang-kadang perut lapar. Check dulu duit. RM10 . Syukur. Boleh pi kedai mamak dan order 1 roti kosong dan air kopi panas. Sekadar menghilangkan dahaga buat seketika. Lihat angka lagi dalam matematik. 10 ringgit tu , selepas bayar duit kpi dan roti kosong ada lagi RM7.50. Jika ada teman-teman yang masuk serta dalam makan minum itu mungin baki 7 ringgit itu tidak mencukupi. So mintak kawan-kawan top up lah. (ha..ha.. suka suka).
Kelima: bila di opis, cuba juga membaca ..journals. Kadang-kadang otak melayang teringat macam-macam bil belum dilunaskan. Bil astro, api dan air, hutang exora rm800 dan utang macam-macam. Duit bulanan ibu dan adik yg cacat di kajang.. semua bermain di dalam otak kita yang sihat ini. Selagi tak dilunaskan ..rasa rasa tak panas jer tempat duduk di kerusi abah ini. See duit lagi. Angka matematik lagi RM800 dan ..mungkin sampai RM1500 untuk settle semua hutang itu.
Keenam: umur dah banyak dah. Jika sekarang umur kita 53 tahun dan jika Allah nak ambik kita semasa umur 54 tahun .. ini bermakna saya ada 1 tahun lagi untuk buat macam-macam amalan dan buat taubat nasuha bersungguh-sungguh. Baki umur 54 - 53 = 1 tahun = 12 bulan = 12 * 30 hari = 360 hari * 24 jam = ... tengoklah angka matematik bermain kagi di dalam kehidupan kita ini. Umur hayat kita semakin berkurangan. Ayuh..berhati-hatilah. jangan tertipu lagi oleh sang syaiatan dan dajjal yg durjana. Enjoy itu dosa jika bermaksiat. Tengok orang cantik TV Indonesia tu. Apa dah jadi ya?
Ketujuh: toke kedai Organik Chicken bertanya saya bila mau habtar kereta WIRA untuk diketuk bodynya. Dia terlanggar WIRA pak chik ni. Aghh..aku sibuk sebenarnya. tapi tak apalah ..dia mintak saya hantarkan ke kedai ... Aliran, Parit Raja. Segera? Duit tu adik ooi. See matematik lagi dalam kehidupan kita.
So mengikut Nabi .. if kita ingat selalau pasal mati .. kita adalah orang yg bijaksana. So orang matematik dan org yg suka berkira-kira .. kita dianggap org terpandai sekali. jaga lah diri kita semua. Ameen.
Wa llahu alam.
He..he.. assalamualaikum
Alhamdulilah saya baru sahaja pulang dari konferens kota bharu - keusahawanan 2010. Syukur boleh ke sana menaiki pesawat pergi dan balik. Boleh menginap di hotel 3 atau 4 bintang tetapi saya mengambil keputusan tinggal di rumah emak di Telepot, Kota Bharu jer.
Nikmat-nikmat konferens ini ialah:
1) boleh dengar orang kelantan kecek berloghat dio secara asli. Lama dah tok dengar cara loghat tu secara langsung
2) boleh dengar Prof Dr Faruk - orang besar UMK bercakap dari sudut Bachelor Degree Heritage (Warisan) secara direct
3) tengok presentation Dikir Barat dan Main Puteri oleh pelajar-pelajar UMK
4) dapat berita ada students buat PHD pasal Tok Bomoh. Ada 4 students PHD and 1 student Masters buat kajian on Ilmu Bomoh, ilmu bathin dan ...
5) dengar dengan rapi bagaimana orang tino kelate jadi em-cee Dinner and Culture Night
seronok jugalah.. bagaikan ikan balik ke lubuk
Nikmat terbaik ialah sambil konferens saya dapat juga melawat cucu saya Iman dan adiknya Irshad di Panji, KB sebentar. Dapat main-main dengan iman pun atuk dah happy jugak. He..he..
other than that .. saya dapat melawat pusara ayahanda yang tercinta di Kampung Kubur Kuda, Kota Bharu. Menghadiahkan al-fatihah pada arwah ayah Haji Khalid Muhammad CPL 10452, nenekanda Hajjah Che Esah Che Mat, nenekanda Sepiah, ayahanda saudara Haji Md Nor Idris dan isterinya. Dari hadith .. orang yang melawat pusara ayahnya .. sepanjang jalan dan ketikanya kita berada di atas tanah pusara.. Allah akan ampunkan doasa-dosa kita. Ameen.
Sekian. Sambil menyelam minum air. sambil konferens sempat juga melawat pusaramu ayah.
Morning there.
I am hoping to present a paper in a conference NCEEE 2010. Organized by UTHM and UMK. Hopefully everything will go smoothly on 25 and 26 September 2010.
2) The paper I am going to present is something about developing a courseware from the entrepreneur's point of view. I constructed the paper .. making adjustments to my early papers in Penang, Spain and Brazil. It was ordered that we must try to project an approach from an entrepreneurship point of view. So there it goes. The paper was accepted to be presented.
3) Now the problem is the air ticket. I hope the lady called 'luana' can help me a bit here and there. But Mr Abd Hamid must approve it first my going. Aghhh.. still no news at this hour. Now I am thinking should I drive 750 km from my place to the conference. It must be killing because I had just returned from Kelantan few days ago. Raya holidays! too much to expect from an old man though ...
In short, I hope I can fly. and most importantly I can present the paper very well. Hopefully it can be taken as an item in a prospective journal by UTHM n UMK.
Pray for me plz. TQ.
wasallam.
wallahu alam.
Salam.
Last night I conducted a tutorial on mathematics. Topic Geometric Progression Series.
Consider 1, 1/2, 1/4,1/8, ....
where a = the first term = 1
and the r = the common ratio = 1/2
the students are asked to find the T8 the eighth term.
Of course they have the formula T8 = ar ^ 8-1
= 1 (1/2) ^ 7
= 1 / (2^7)
approximately 0. Yes zero.
Then I asked one of the girls. What is 'r'? she answered it as half which was perfectly correct. Then I moved to the second and the third terms in the series. I asked her again . What is 'r'?
She said 'something between 1/2 and 1/4'. Again I probed ... so what is 'r'?
2) Now her nose started to sweat. Few drops of water came down from the upper part of her fore head. What is 'r'?
Something between half and that quarter. (shakingly holding her pen)
I asked her many times about 'r'.
Conclusion: using a formula is completely different from getting the real understanding of what we meant about something in particular. This time I called it 'r' the common ratio in a geometric progression series.
I just wonder where I commited the wrong in my teaching. I had this topic on for the last 2 weeks.
Basically, this girl is confuse with two things. the first term and the next term with 'r' as the multiplier.
T2 = second term = a(r) = 1(1/2) = 1/2
Any body can help please? TQ.
wasallam.
regards.
dr sazali DIT1103 maths IT 1
Salam
Ini hadiah hari raya pembaca kalian.
Wasiat Nabi Muhammad s.a.w kepada anak saudaranya Ali r.a
berkenaan dengan mencari teman
1. cari teman yang sanggup bergadai nyawa demi untuk menjaga maruah dan nama baikmu
2. tidak akan mengumpat tentang keburukan/kelemahan mu
3. bercakap hanya perkara penting sahaja seperti agama demi kesejahteraan mu di sini dan juga selepas kamu mati kelak seperti bayarlah hutangmu dalam apa cara pun sebelum kamu kaku terbujur buat selama-lamanya. 1 RM hutang tidak dibayar akan hilanglah 40 hari siang dan malam amalan mu di mana semua pahala ibadat itu akan diserahkan semuanya kepada si pemberi hutang. Aghh..ruginya kau.
wallahualam.
Salam.
My writings just to share with u.
Pengalaman raya yang menyeronokkan
Tahun 2010 Allah Taala telah menghadiahkan satu bentuk raya yang terbaik bagi kami sekeluarga. Alhamdulilah. Ini adalah kerana kami dapat beraya dengan kehadhiran penuh semua anak-anak dari perantauan seperti anak-anak yang sudah bekerja dari Pulau Pinang, Johor Baharu, Nilai, Negeri Sembilan dan UIA Petaling Jaya. Kalau dulu-dulunya saya selalu pulang ke rumah ibu beraya berseorangan-diri kerana mengikut kemahuan isteri mahu beraya bersama ibu dan adik-adiknya di Johor. Bila ibunya beraya di Johor maka semua anak-anaknya akan beraya di sanalah. Apa boleh buat? Ibu ada anak tiga orang saja. Saya yang sulung. Adik lelaki saya cacat dan adik bongsu berkhawin dengan orang Teluk Intan, Perak. Tahun ini kami pulang dengan menaiki sebuah MPV Proton Exora 1.6. Bertambah manis raya tahun ini saya di Kelantan selama 11 hari. Macam-macam aktiviti telah saya sempurnakan seperti menghadhiri sembahyang terawih pada waktu 10 malam terakhir ramadhan di masjid Kampung Sireh, masjid Telipot dan masjid Langgar. Aktiviti kemuncak ialah dengan izin Allah saya dapat menunaikan sembahyang sunat tasbih di malam terakhir ramadhan. Dikatakan fadhilat sembahyang sunat tasbih ialah Allah akan ampunkan dosa kita 40 tahun yang terdahulu dan 40 tahun ke hadapan. Muga-muga tahun ini Allah menjumpakan saya dengan malam lailatur kadar yang mana amalan di malam ini adalah bersamaan dengan 83 tahun ibadat (1000 bulan). Saya bersungguh-sungguh sedikit beribadat tahun ini kerana selama ini saya tersangatlah sibuk menyiapkan tesis itu. Terus terang saya katakan otak saya merasa lega yg teramat sangat dan hati pun mulai tenang yang demikian dapat melakukan segala amalan-amalan agama sebagaimana dikehendaki oleh nabi besar kita Muhammad s.a.w. Dalam keseronokan beribadat ini, saya tidak melupakan ibu yang sudah uzur tetapi mahu juga menyertai berterawih di dalam 10 malam terakhir ramadhan yang penuh berkat. Ameen. Teman saya ke masjid ialah anak lelaki saya yang sedang menuntut di UIA, Petaling Jaya. Memang saya sejak muda akan membawa semua anak-anak ke masjid di waktu maghrib dan isyak. Oleh sebab itulah dia suka semua aktiviti masjid terutamanya belajar berdakwah. Syukurlah. Orang kata ‘saham terbesar kita sebagai ibu-bapa ialah apabila anak kita cenderung kepada amalan agama’.
Selain dari beribadat dalam konteks amalan mulia pada bulan ramadhan, syukur saya kehadrat illahi saya sempat juga siapkan tiga buah kertas kajian pendidikan matematik bagi konferens di mana dua adalah bertaraf antarabangsa dan satu bertaraf kebangsaan. Venue konferens ialah di Kota Bharu, Kelantan pada 25 September ini , Melaka pada 3-4 Oktober dan hujung bulan Disember di UPM Serdang. Buat masa ini saya belum tahu lagi sama ada kertas-kertas itu berjaya/lulus untuk dibentangkan. Sebagai insan biasa saya hanya mampu berusaha keras dan bertawakal sajalah kepada Allah yang maha Esa. Jika ditulis rezeki saya ada di venue-venue tersebut sudah tentulah saya ke sana nanti. Insya allah. Di samping menyiapkan kertas konferens saya cuba bermati-matian menyiapkan buku sulung saya bertajuk ‘Belajar matematik politeknik menggunakan koswer CDiCL’. Saya berharap dan berdoa muga-muga ini cepat berhasil dengan terbitan sulung yang akan membawa menafaat kepada semua warga politeknik dan kolej komuniti KPTM Malaysia.
Jika semak balik rutin hidup saya di 10 hari terakhir ramadhan 2010 , saya menulis semua ini di waktu pagi saja antara jam 900 hingga 1100 pagi tanpa gagal. Sebelum itu saya cuba buat sembahyang sunat dhuha – menarik rezeki Illahi. Rezeki di sini bukan saja berbentuk wang ringgit tetapi ianya merangkumi nikmat kehadhiran idea yang bernas, kesihatan yang baik dan penulisan yang tepat dan betul. Waktu-waktu lain saya giatkan dengan membaca akhbar, majalah Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, buku-buku matematik, berbincang-bincang dengan anak-anak yang akan menduduki PMR dan peperiksaan matriks perubatan di UIA. Selepas zuhur saya tidur hinggalah ke asar. Dari saat asar di masjid-masjid besar saya sibukkan diri dengan berzikir dan membaca al-Quraan. Jam 530 petang saya akan keluar dari dunia masjid untuk membeli belah bagi mencari pati-pati soya, kueh-mueh untuk berbuka puasa untuk famili di rumah, Desa Telipot. Selalunya sebelum berbuka puasa saya minta anak-anak membaca kitab ‘Teachings of Islam ‘/ Fadhilat Amal - karya Maulana Zakaria r.a. hi dari Saharanpur, India. Ahli keluarga dipujuk supaya mendengar dengan penuh tawajuh dan rendah diri. Kami akhiri bacaan itu dengan berdoa bersama-sama sebelum berbuka puasa dengan buah-buah kurma, nasi kerabu hitam berserta dengan ayam percik, budu, bawang jeruk, ikan bakar, ikan terabuk, .., dan macam-macam lagilah ( hishhh..keluar air liur ni). He..he..
Pagi raya pertama saya gembira dapat membawa anak-anak pergi bersembahyang raya di masjid besar Muhammadi, Kota Bharu. Teks ucapan khutbah hari itu ialah berkenaan dengan perpaduan ummah islam di Malaysia khususnya dan ummah islam lain sedunia am-nya. Teks ucapan ini rasa-rasa macam skema saja .. selalu pak khatib baca benda yang sama tetapi menghairankan .. berapa ramaikah orang yang mengamalkannya? Di dalam konteks perpaduan melayu di tanah air, orang-orang kita berpecah tiga. UMNO, PAS dan PKR. Masing-masing dengan strategi dan kefahaman ideology politik mereka. Orang tua Munsyi Abdullah pernah berkata “.. bersatu kita kukuh bercerai kita roboh’. Tak tahulah saya bagaimana kita hendak mempertahankan ketuanan melayu dan kehebatan islam jika kekuatan kita sudah berpecah kepada tiga pasukan yang lemah, lemas dan confuse ini.
Kita lemah kerana mengikut DEB (dasar ekonomi baru) , kaum bumiputera belum lagi mencapai kekuatan ekonomi sebanyak 30 peratus pun. Saya rasa jika kita tanya mantan Perdana Menteri kita yang kita cintai pun - Tun Mahathir Muhamad dan Datuk Seri Abdullah Badawi pun sudah tentu mereka bersetuju di dalam kesedihan, terkilan dan kekesalan yang tidak ada penghujungnya. Mengapa? Sudah 40 tahun kita semua telah berjuang habis-habisan untuk mendapatkan 30% ekuiti melayu tetapi mengikut statistic terakhir kita belum lagi mencapai 15% ekuiti di mana terdapat 2 kasta bumiputera yang jelas dan nyata. Pertama kaum bumiputera yang betul-betul kaya seperti keluarga al- Bukhari Group di Kedah dan kumpulan kedua ialah kaum bumiputera yang benar-benar miskin di pinggir-pinggir bandar dan di kampung-kampung di seluruh pelusuk Negara. Kaum kaum kaya ini mempunyai harta bukan sahaja di sini tetapi harta mereka menjalar ke luar Negara seperti di Australia, United Kingdom dan USA. Kaum-kaum miskin pula .. terlampaulah miskin sehingga ada jirannya tidak tahu-menahu dan bertanya khabar sedikitpun. Anak-anak mereka kurus kering tidak mempunyai pakaian yang sempurna dan makanan mereka pula .. makan sekali sahaja sehari. Segenggam nasi dan se ekor ikan berkongsi 7. Bayangkanlah. Bagaimana dengan diri penulis? Hendak kata kaya pun tidak hendak kata miskin pun tidak. Ala kadar saja. Kais pagi makan pagi. Duit gaji .. genggam sekejap .. selepas itu semua dah hilang.
Kita lemas kerana ramai antara kita yang sibuk sangat mencari wang bagi keperluan hidup berkeluarga. Bukan setakat datuk, nenek, ayah dan ibu saja yang keluar bekerja dari siang ke malam tetapi anak-anak kita semua juga dikerah bekerja sejurus selepas tamat pengajian mereka dari maktab, politeknik, kolej komuniti, universiti dan lain-lain tempat pengajian/ latihan kemahiran. Bila semua ahli keluarga keluar bekerja, fikiran dan risau kita sudah tentulah berfokuskan wang ringgit dan keyakinan kita mungkin adalah berbentuk material. (Rujukan : Bayan dakwah dari Arwah Baba Peng, di Masjid Sungai Golok, Thailand). Menurutnya ‘…Kita yakin jika wang kita banyak maka bahagialah kita kerana ramai antara kita sewaktu berhari raya ni nampaknya melepaskan nafas lega kerana bila banyak sumber wang yg mengalir masuk ke dalam rumah kita. Ada ramai yang percaya emua penyakit akan dapat diubati bila kita mempunyai wang yang banyak. Insuran hayat ada! Kita yakin macam kekuatan lidi penyapu yang gemuk itu. Bila satu lidi berkeseorangan diri bila nak kuat tetapi bila banyak lidi bersatu padu dan diikat dengan kuat sudah tentu kita rasa kekuatannya. Bukankah begitu? Contohnya - Tidak ramai orang akan bertanya bakal pengantinnya .. kamu bersolatkah 5 waktu sehari di masjid-masjid berdekatan kah? Cuba baca Surah Al-Mukminin Sopian, aku nak dengar sikit? Quraan ada baca tak Sopian? Bila kau baca Sopian quraan itu? Kebanyakan soalan adalah .. dia kerja apa? Kerja kat mana Cik Yah ooi? Baguslah .. kerja kerajaan .. ada pencen dan ada masa depan. Inilah trend keluarga melayu masa kini Percaya benda lain selain dari Allah itu namanya syirik. Bukan kah begitu? Apa jadi jika kita mati di dalam syirik yang menebal ini? Allah tidak akan mengampun orang yang pulang kepadanya di dalam keadaan bersyirik. Dosa-dosa besar yang lain boleh diampunkan oleh Allah tetapi bukan syirik.
Kita confuse kerana .. satu hari kita sibuk dengan budaya membaca Al-Quraan tetapi pada masa yang sama kita sanjung juga johan Akademi Fantasia pada waktu malam hujung-hujung minggu. Dari kotak TV yang sama. Bukan setakat anak-anak muda berumur 15 tahun yang gila AF tetapi mak chik dan pak chik berumur 50 tahun ke atas pun turut sama memuja AF ini. Satu hari kita kagum dengan Imam Muda tetapi di saat lain kita tidak henti-henti menyanjung dan memuja-muja johan AF1,2,3,4 .. aghh entah sudah berapa siri AF ini. Program TV dewasa ini kadang-kadang menyelitkan juga isu isu seakan-akan memerli yang tidak habis-habis kepada amalan agama islam yang suci murni ini .. Perli kepada ustaz-ustaz yang berserban, berjanggut kambing, ..kata mereka lah. Menggentil biji-biji tasbih .. ke sana sini .. se orang ustaz yang kuat mengajar agama tetapi bila pulang ke rumah selalu memukul, menendang isteri dan anak-anaknya. Tidak tentu pasal. tidak cukup dengan itu.. TV hidangkan lagi dan lagi program drama dari Indonesia, Filipina dan Sepanyol. Kasi anak-anak kita semakin keliru .. which is which? Beauty towards American queens or solid Obedience to Allah ? Salah satu lambang kekeliruan ini adalah apabila kita lihat trend fesyen berpakaian kaum wanita muda islam di kolej-kolej pengajian tinggi di Malaysia. Ada yang memakai baju T saiznya paling cocok untuk budak-budak darjah satu sekolah rendahh jer.. tetapi pemakainya .. masya allah sudah tahun akhir universiti dan mungkin tak lama lagi .. berjawatan tinggi di bank-bank Kuala Lumpur dan metropolitan lain di Negara ini. Kenapa confuse sangat bangsaku ini? Jawapannya ialah lidah kata Allah tetapi seluruh badan kata jom puja fesyen dan trend masakini habih habih lah. Sayang sungguh anak-anak bangsaku .. hayatilah tulisan seorang muslimat Amerika Syarikat bernama Meriam Jamilah “.. what they spit you all licked like the hungry animals on the roads ..’ Intisari tulisannya ialah kaum muslimat dan muslimin di Negara ini telah mengambil budaya hidup orang jahiliah amerika secara membabi buta sebelum mereka memeluk agama islam .. mereka telah buang jauh-jauh darjah kepercayaan bertuhankan benda ini .. fesyen berkiblatkan syaitan dan hawa nafsu sebelum memeluk islam .. mereka sudah keluar dari perangkap kegelisahan jiwa dan masuk ke dalam kehidupan sakinah yang dijanjikan oleh Allah yang maha esa bila menjalankan seluruh perintah allah aza wa jala. Tengoklah di amerika itu. American muslims. They are getting closer to understand islam.
Orang lelaki muslim apa kurangnya darjah confuse mereka. Apa kurangnya confusion mereka ini? Di masjid pakai kopiah tetapi keluar dari masjid ..tiba-tiba hilang kopiah mereka. Ke mana perginya ya? Kitab mana dipakainya? ..di waktu sembahyang ..kena pakai kopiah tetapi selesai sahaja .. beribadat sembahyang .. tidak payah pakai kopiah. Musim bulan ramadhan semua masjid full house. Selepas bulan ramadhan masjid kembali sunyi seperti tanah perkuburan sahaja. Kitab soheh mana mereka ini pakai ya? Lambang islam kena ada tuan. Lambang kebanggaan kita umat islam. Peminat kelab bola sepak sepertoi Manchester United pun ada pakaiannya sendiri. Topi, scarf, key-chain, dan alain-laian. Ada identity. Bila orang islam bergerak, mereka pakai kopiah. Terutama di masjid. Apa dasyatnya amalan sunnah dan sunat ini sebagaimana ditekankan oleh Baginda nabi dan para-para sahabatnya yang terdahulu? Rendahkah ..hinakah .. perkataan dan terminology sunnah dan sunat ini ? Kita tak mampu jawab kerana kita confuse/ blur/ keliru …
Puncak klimaks kekeliruan hidup ini ialah apabila ada antara kita payah hendak melelapkan mata walaupun tinggal di dalam rumah kondo yang besar dan tinggi-tinggi di bukit-bukit antarabangsa, siap dengan air-cond dua kuasa kuda .. susah nak mendapat ketenangan diri dan hati yang puas .. susah hati di dalam semua segi .. telan pil macam-macam dah tetapi tuhan tidak kasi pun nikmat tidur dan .susah nak buang air, .. runsing kita dengan pegawai-pegawai bawahan di tempat kerja, perangai anak yang gila merempit di lebuh raya dan makan dadah setiap saat hasil dari wang kerja dan peluh kita .,.. gelagat isteri yang semakin ramai tak respect kepada si suami .. Ragam anak-anak dara kita yang merasa panas duduk di rumah di waktu maghrib dan di waktu malam dan merasakan cukup seronok berkeliaran di pinggir-pinggir ibu kota kuala Lumpur dan Bandar-bandar yang lain bersama-sama rakan-rakan mereka. Anak-anak ini lebih mementingkan kawan dari ibu-bapa mereka sendiri. Ajakan kawan melalui handset, facebook lebih kuat dan berpengaruh lagi dari arahan, nasihat ibu dan bapa mereka sendiri.
Itulah sebabnya Meriam Jamilah menulis “.. what we spit you licked! “ apa yang aku ludahkan , engkau orang lahapnya menjilat semua ludah-ludah kami ..
Di akhir kata , saya mengajak diri saya dahulu, ahli-ahli keluarga saya terdahulu sebelum pembaca-pembaca sekalianlah .. jom marilah kita kembali kepada .. berimanlah kepada Allah Taala sebenar-benarnya dan marilah kita bersama-sama berdakwah menghidupkan semua ajaran nabi kita di dalam semua lapisan hidup kita sebelum datangnya bala dari Allah berbagai-bagai bentuk seperti tsunami di Sumatera, bumi terbelah dua di Padang Sumatera, gempa bumi di Indonesia, Mexico dan China, banjir di Pakistan, tornado ribut taufan Clark di Amerika Syarikat dan .. iklim terlampau sejuk dan panas di Eropah. Peristiwa kapal terbang meletup di udara di Negara-negara maju. Kita di Malaysia .. belum diuji lagi kecuali tragedy menimpa Susilawati dan rakan-rakannya di Banting… (al fatihah) .. cepatlah..ayuh buat sesuatu pada diri kita sendiri. Jagalah anak-anak kita .. Ingat nabi Nuh alihis salam mengajak anak dan isterinya menaiki bahtera agama Allah … ini yang saya dok buat ni .. Allah hu Akbar! Yang baik dari Allah dan yang buruk dan lemah itu semua adalah kejahilan saya sendiri. Mari kita bersolat berjamaah, hidupkan bacaan quraan di rumah-rumah kita di waktu mahrib, berikan sedikit masa untuk belajar ilmu agama, baca semula buku-buku hadith dan berzikir, melawat orang-orang susah sekeliling kita terutama saudara-saudara kita di kampung, ikhlas di dalam semua ibadat kita dan jom maghi lah kita sama-sama berdakwah .. agama Allah ke seluruh pelusuk dunia. Wa llah hu alam. Ampunkan dosaku ya Allah. Saya mohon banyak maaf jika ada yang tersinggung. Aghhh.. ubat yang mujarab itu selalunya rasa pahit untuk ditelan.
Nikmat kedua ialah : saya dapat seorang cucu lelaki yang baru. Namanya Mohd Irshad Shahidin. Lahir 6 Sept 2010. Nikmat ketiga ialah dapat membawa anak-anak isteri ke tanah perkuburan arwah ayah dan nenekanda tersayang di Tanah Perkuburan Kubur Kuda pada pagi raya pertama. Kami membaca Yaseen dan hadiahkan mereka yang di dalam pusara itu dengan zikirullah yang lain. Diakhiri lawatan kami dengan pembacaan doa dari anak kami lulusan Kolej Islam Klang, Selangor. Nikmat lain ialah dapat menghadhiri open house sepupu-sepupuku yang pulang dari Pahang, Terengganu dan Kuala Lumpur. Tidak ketinggalan open house dari pelajar-pelajar lama saya di kampong Kota Salor Pasir Mas. Melawat rumah sepupuku dari sebelah ayah di Kampung Salor pasir mas. Di sanalah ..dapat kami berjumpa dan berbincang-bincang mengenai pengalaman masing-masing di negeri orang. Kebanyakan mereka nampaknya sudah mempunyai kedudukan yang baik dan tinggi. Syukurlah. Cikgu tumpang gembira.
Saya pulang ke Johor melalui Temerloh dan Mentakab, Pahang. Beraya di rumah kakak ipar dan anak-anak saudara isteri saya pula. Dari sana kami membawa pulang ibu mertuaku ke Johor. Ibuku sendiri akan dibawa pulang ke Kajang, Selangor mengikuti adik perempuan saya yang seorang sahaja tu. Alhamdulilah. Satu perjalanan yang jauh tetapi ..itulah kehidupan saya beristerikan orang Selangor. Ada saat-saat manis dan ada juga saat-saat genting. Syukurlah tidak ada yang melampaui batas seperti sampai ke tahap membunuh, membakar, membuang abu di laut Selat Melaka .. Maklumlah ..lidah dan gigi pun kadang-kadang tergigit apatah lagi hidup sebagai suami isteri.(Lagu: Allahyarhamah Rosyatimah ) Walau apa-apa pun saya maafkan kalian dari dahulu hinggalah ke hari ini sempena Hari raya Aidil Fitri tanggal tahun 1431 Masihi. Ameen.
Sekian.
Wallahu alam.
Datuk mu ..wahai iman dan irshad. Muga-muga dari zuriatku ini akan keluar hafiz, hafizah dari pondok-pondok tahfiz-tahfiz quraan, dai-dai 6 prinsip, pejuang agama yang suci mulia di sisi Allah yang Maha Esa. Ameen. Maafkan Datuk, Iman.
Assalamulaiukm
Dear readers
Syukur tahun ni .. dapat beraya sakan. 10 hari ramadhan dan 5 hari syawal. Alhamdulilah. Beraya dengan ibu saya berumur 70 tahun .. dan anak-anak saya 6 orang/ menantu 2 orang/ cucu 2 orang. Ramai sepupu-sepupuku pulang dari jauh juga. Agghhh.. best jugak ziarah menziarahi waktu raya ini. tapi awas.. saya dah tua. Cannot over over .. malulah atuk. He..he..
2) Sepuluh terakhir ramadhan saya sibukkan diri beribadat apa yg patutlah ..terawih, baca quraan dan siapkan paper conferences di Kota Bharu 25 SEpt 2010; di Melaka 3 - 4 OKT 2010 dan di Serdang Mid December 2010. Intai juga ..jamaah dakwah dan tabligh .. Other than that .. iktikaf di dalam masjid kpg sireh, Kota Bharu dengan anak lelaki saya jer.
Walaupun begitu banyak jugak wang yang terbelanja. Macam2 beli. Saya tukang feed duit kat ibunya dan dialah pi shopping makanan untuk beraya dan lain-lain. What to do? Kota Bharu time time raya ..jalan sangat jam. Kalahkan trafic di London jer. Bila nak siap fly over ni? Dah lama dah kita rakyat kelantan menderita balik raya .. trafic jam dari Kuala LipisPahang hingga lah ke Machang, Kelantan. Inilah nikmatnya hidup sebagai anak kelate. Dah lah cari rezki jauh-jauh sampai ke negeri orang ..nak balik pun kita kena azab lagi. Berjam-jam dan berliter-liter minyak kereta .. terbuang begitu sahaja. Mungkin jika ada lebuh raya .. dah payah dah lalu Manik Urai, Pahi, Machang etc etc .. just drive straight to destinasi masing-masing.
Saya rasa saya tak kan dapat merasa nikmat flyovers atau .. highway PLUS dari Bentong to Kota Bharu memandangkan ..kadar perubahan pembinaan jalan raya lebuh raya .. tak nampak apa-apa pun.
Ada orang pandai kata .. demo keno vot .. BN ..not PAS, DAP atau PKR. No komen. If I vote PAS pun seorang diri ..and my folks di kampung pakoh ..bulan .. my voting will jest be negligible.// no effect what so ever.
Payah ni..
Tak apa lah .. if tuhan tulis nyawa saya berakhir pada umur 60 tahun .. mathematcally speaking I have 7 more years for that. Tak apalah ... harap-harap cucu-cucu atuk akan menikmati semua pembangunan seperti orang lain jugak seperti di Selangor/ Perak dan Pahang.
3) Dulu Datuk Seri Najib kata .. bila harga petrol naik .. kualiti hidup kita tak akan terjejas. Hari tu ..tiap-tiap hari saya belanja RM200 .. sekejap jer bertahan. Ini bermakna harga barang seperti makanan ikan, daging tersangatlah mahal di Kota Bharu. isteri saya mengadu ..harga ikan RM7 se kilo di Pasar Siti Khatijah/ sedangkan harga ikan di Parit Raja Johor is RM3.00 jer se kilo.
Macam mana ni?
Hanya Allah yang tahu. Melayu lapar ..waktu berpuasa .. kaum lain yang kenyang siang dan malam dan bertambah-tambah lagi kayanya. Apa nak di kata? (lagu orang melaka ..ITTO)
SEkian. Wasallam. Jaga diri anda baik-baik. Wallahu alam.
Morning.
I am teaching a group of students some basic maths today. They are basically repeaters Diploma Maths IT 1. One of the topics is series. But before that I was quite amused looking at this type of work. Check if you can help me.
1) a + 1 = 10 ... they took so long so understand this .. we must find 'a' right?
but if I put
2) ? + 1 = 10 .. and start saying '?' could be an empty box .. they quickly replied with 9 which is correct
3) (a + 1) = 10 .. why bracket Sir? will it easier if we put no bracket
so I remove the bracket. goto (1) above
4) (? + 1) = 10 .. oh my god ... why bracket and '?' together this time Sir?
don't know. Guess why I need to put a bracket
Sir, lets say I don't put a bracket
it looks better , I suppose .. go to number (2) above
Conclusion
Some students can not take algebra in the form of alphabets. Example x,y,z
but they can take pictures like empty boxes. Their brain seem to function better if we said .. just imagine the 'x' as an empty box. What could it be?
Thus at this level, visual helps could help a little bit in my teaching. I don't know other teachers. Did you find the same pattern in your students thinking? Let us share, shall we?
Have a good day.