Salam.
Guru sekarang bukan macam guru pada zaman dahulu. Dulu guru mengajar dari jam 0730 sampai jam 100 ptg .. mereka sudah boleh pulang ke rumah dan berehat dengan keluarganya masing-masing. Bukan sekarang di mana kita mengajar dari jam 0730 hingga jam 0500. Banyak aktiviti ko-korikulum di sekolah. Aktiviti ini kadang-kadang melarat sampai ke hujung minggu Sabtu.
Mengapa? Ada beberapa faktor yang menyebabkan ini semua.
Pertama - sistem pendidikan negara semakin selari dengan sistem pendidikan barat terutamanya dari England. Bahkan sijil-sijil peperiksaan SPM dan STPM direstui oleh Univ of Cambridge, England. Kita perlu buat begini untuk mewujudkan tenaga kerja yang kompeten dan setanding dengan mereka di barat.
Kedua - kos kehidupan yang tinggi. ramai kalangan guru tinggal di taman perumahan. Ada yang tinggal di dalam rumah banglo dan ada yang tinggal dalam rumah teres 1 atau 2 tingkat. jarak rumah dari sekolah pun bukan dekat. Oleh itu kebanyakan guru mempunyai kereta untuk ke sekolah. Jadi di sini kita lihat ada 2 benda besar yang dimiliki se orang guru. Kereta dan rumah. Secara purata kebanyakan kita berhutanglah untuk mendapatkan kemudahan seperti ini. Ini berbeza dengan guru zaman dahulu kala. Mereka berbasikal atau berjalan kaki sahaja kerana sekolah mereka mungkin dalam kampung mereka juga. Cukup berjimat kehidupan masa lalu. Bila saiz keluarga besar , kos sara hidup dalam taman perumahan pun semakin membesarlah. Kadang-kadang ada guru mengambil ibu ayah mereka yang sudah uzur tinggal bersama-sama.
Ketiga- taraf akademik guru. Sekarang ada guru memiliki ijazah sarjana/ doktor falsafah. Oleh itu gaji mereka agak tinggi juga. Jika mereka suami isteri berkerja sebagai guru ... bayangkanlah jumlah gaji pada pay-slip mereka. kalau tidak silap pada tahun ini jika kedua-duanya gred gaji DG48 ..maka jumlah gaji mereka menjangkau melebih RM10,000.00 se bulan. Bayangkanlah. Jika kedua-dua tidak mempunyai hutang apa-apa , tiap-tiap bulan mungkin mereka dapat menyimpan wang sebanyak RM9,000.00. Setahun RM108,000.00 !! wah ..tahniah lah cikgu Yam dan Adam. Banyak tu. Jika 10 tahun ..kehidupan mereka .. jika tidak berhutang apa-apa.. tak pakai hand phone, ASTRO, broadband, tak menyertai apa-apa function seperti Marhaban, kenduri kahwin, majlis orang mati, majlis orang nak berangkat ke tanah suci, ..agh macam2 ada ... rasa2nya jumlah simpanan wang mungkin mengjangkau RM1,108,000.00 Jutawan ni!
Dulu tidak. pada tahun 1950'an. gaji guru RM30 jer sebulan. Kelayakan akademik ialah setakat darjah 6 sekolah melayu sahaja. Pelajar tidak boleh naik kelas baru jika mereka gagal peperiksaan pada darjah yang sebelumnya. Bayangkan badan pelajar macam badang tetapi ia berada dalam kelas 1 lagi. Dah 10 tahun tak naik-naik kelas.
Walaupun begitu kalau ditanya ,,..se tiap guru dulu dan guru sekarang , kita dapati guru zaman dahulu lebih happy, bahagia, ceria dan bermacam-macam cahaya noor dari wajah mereka. Kadang-kadang semua anak mereka berjaya belajar sekolah tinggi hingga ke universiti - UM, UKM, UPM
dan sekarang jika kita tanya ..guru sekarang .. walaupun gaji mereka berbakul-bakul banyaknya.. nampaknya se tiap bulan ada guru yang mengalami penyakit moden bergelar hyper-tension. Badan dan dahi mereka berpeluh tidak tentu pasal. Mengapa yer? Ada orang kata , mereka mempunyai hutang yang banyak. Contohnya jumlah gaji sebulan RM10,000 tetapi jumlah hutang termasuk kad kredit melebihi RM10,000 itu. Oleh itu mereka terpaksa buat banyak aktiviti sampingan seperti melibatkan diri mengajar tuition, jual karipap segera, jual mak jun, jual kain batik, jual kereta terpakai, jual binatang ternakan seperti lembu dan kambing dan macam-macamlah. Dengan aktiviti yang terlampau banyak bercampur dengan masalah disiplin pelajar-pelajarnya yang lebih pelik .. ini membawakan keadaan di mana rumah guru ada air cond tetapi .. bila tidur pun .. badan mereka berpeluh. Kesihan sungguh mereka ini tuan-tuan dan puan-puan. Bolehkah kita katakan keberkatan hidup keluarga guru tersebut sudah ditarik sedikit-demi sedikit oleh ROBB kita yang maha esa?
So macam mana ini? bagus dibuat post mortem .. apa yang sudah jadi. Kena baiki kehidupan kita cepat-cepat kerana anak-anak kita semakin membesar/ akan berkhawin tak lama lagi dan .. kos hidup semakin tinggi dan bertambah tinggi .
Keempat - masalah disiplin dan akhlak pelajar. Disiplin ialah perangai budak zaman lani. Ada yang tidak menghormati guru-guru mereka. Kadang-kadang ada pergaduhan antara guru dan murid-muridnya. Kereta gurulah yang menjadi mangsa. Ditorehnya kereta Honda Accord guru disiplin sekolah tersohor itu. Siapa yang rugi? Masalah berpakaian. Terlampau nipis baju kurung pelajar perempuan itu. Bila ditegur oleh pihak sekolah, semua mak bapak budak perempuan itu .. akan datang menyerang guru disiplin tersebut. Gila .. zaman sekarang. Masa yang silam mana ada semua ini? Ibu bapa cukup menghormati sang guru. Jika guru merotan kaki anaknya, silap-silap pihak keluarga akan menambahkan lagi dendaan rotan itu. Sekarang tidak. Jika rotan kita berikan kepada anaknya yang berdisiplin .. hadiah penumbuk akan menghinggap pipi guru. Tengok! Zaman sekarang guru problem, anak murid problem, ibu bapa problem, prestasi peperiksaan problrem, duit problem dan mati pun problem. Maka wujudlah masyarakat berproblem. Why? stail hidup kita dah berubah kot.
Rumusannya - Awaslah .. saya memanggil diri saya dahulu dan rakan-rakan .. kita kena permudahkan stail kehidupan kita mulai hari ini. Tidak payah fikir kereta barulah .. pakai jer kereta lama. Asalkan kereta itu tidak meletup pagi-pagi .. itu pun dah ok dah. Tidak payah gila beli kain baru nak buat baju kurung baru. Dah banyak dah baju dalam almari itu. Cukuplah hutang kita selama ini. Jom kita bayar cepat-cepat duit hutang kita sebelum mati menjemput kita .. pada bila-bila masa sahaja. Baru-baru ini ada guru mati dalam kereta barunya. Heart attack .. stroke kata doktor. tak takutkah kita? Stress kerana banyak sangat kita berhutang telah mematikan kita pada hari ini.
Wallahu alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Stress jadi cgu....tapi rasa dengki pun ada...ada rakan2 guru yg rilek aje. X payah adaextra class, x payah latih budak sukan..xmasuk mesy pun, fail yg melambak tu kita tulung buat...time latihan ptg...brpanas berhujan bersama pelajar..kekadang smpai 3/4 bulan kerana keperingkat tinggi...rakan guru lain tido wktu tu
Stress jadi cgu....tapi rasa dengki pun ada...ada rakan2 guru yg rilek aje. X payah adaextra class, x payah latih budak sukan..xmasuk mesy pun, fail yg melambak tu kita tulung buat...time latihan ptg...brpanas berhujan bersama pelajar..kekadang smpai 3/4 bulan kerana keperingkat tinggi...rakan guru lain tido wktu tu
salam..saya suke jd guru..malah menjadi guru profesional lagi menajdi impian..tp ape yg saya kurg puas hati..hak guru bersuara..bila kita npk bnda yg betul berlaku dpn mata kita..kita disuruh diam..kata mereka kena ikut etika perguruan..kene jaga diri jgn smpai org npk kita bersikap terbuka..diam aje ape yg x elok..saya diberi amaran jgn buka mulut kalu npk ape saje..biarkansaja ..
sabar cikgu. Allah Maha Tahu. paling teruk ..nanti Allah kurniakan kalian anak anak yg berjaya dunia dan akhirat. Guru guru yg curi tulang ..dia akan jawab kat tuhan nanti. Sabarlah. janji tuhan tetap benar.
entri yang bez,tq,