Nikmat present paper di konferens

Posted by sazali

He..he.. assalamualaikum

Alhamdulilah saya baru sahaja pulang dari konferens kota bharu - keusahawanan 2010. Syukur boleh ke sana menaiki pesawat pergi dan balik. Boleh menginap di hotel 3 atau 4 bintang tetapi saya mengambil keputusan tinggal di rumah emak di Telepot, Kota Bharu jer.

Nikmat-nikmat konferens ini ialah:
1) boleh dengar orang kelantan kecek berloghat dio secara asli. Lama dah tok dengar cara loghat tu secara langsung
2) boleh dengar Prof Dr Faruk - orang besar UMK bercakap dari sudut Bachelor Degree Heritage (Warisan) secara direct
3) tengok presentation Dikir Barat dan Main Puteri oleh pelajar-pelajar UMK
4) dapat berita ada students buat PHD pasal Tok Bomoh. Ada 4 students PHD and 1 student Masters buat kajian on Ilmu Bomoh, ilmu bathin dan ...
5) dengar dengan rapi bagaimana orang tino kelate jadi em-cee Dinner and Culture Night
seronok jugalah.. bagaikan ikan balik ke lubuk


Nikmat terbaik ialah sambil konferens saya dapat juga melawat cucu saya Iman dan adiknya Irshad di Panji, KB sebentar. Dapat main-main dengan iman pun atuk dah happy jugak. He..he..

other than that .. saya dapat melawat pusara ayahanda yang tercinta di Kampung Kubur Kuda, Kota Bharu. Menghadiahkan al-fatihah pada arwah ayah Haji Khalid Muhammad CPL 10452, nenekanda Hajjah Che Esah Che Mat, nenekanda Sepiah, ayahanda saudara Haji Md Nor Idris dan isterinya. Dari hadith .. orang yang melawat pusara ayahnya .. sepanjang jalan dan ketikanya kita berada di atas tanah pusara.. Allah akan ampunkan doasa-dosa kita. Ameen.

Sekian. Sambil menyelam minum air. sambil konferens sempat juga melawat pusaramu ayah.

0 comments:

Post a Comment