Salam.
My writings just to share with u.
Pengalaman raya yang menyeronokkan
Tahun 2010 Allah Taala telah menghadiahkan satu bentuk raya yang terbaik bagi kami sekeluarga. Alhamdulilah. Ini adalah kerana kami dapat beraya dengan kehadhiran penuh semua anak-anak dari perantauan seperti anak-anak yang sudah bekerja dari Pulau Pinang, Johor Baharu, Nilai, Negeri Sembilan dan UIA Petaling Jaya. Kalau dulu-dulunya saya selalu pulang ke rumah ibu beraya berseorangan-diri kerana mengikut kemahuan isteri mahu beraya bersama ibu dan adik-adiknya di Johor. Bila ibunya beraya di Johor maka semua anak-anaknya akan beraya di sanalah. Apa boleh buat? Ibu ada anak tiga orang saja. Saya yang sulung. Adik lelaki saya cacat dan adik bongsu berkhawin dengan orang Teluk Intan, Perak. Tahun ini kami pulang dengan menaiki sebuah MPV Proton Exora 1.6. Bertambah manis raya tahun ini saya di Kelantan selama 11 hari. Macam-macam aktiviti telah saya sempurnakan seperti menghadhiri sembahyang terawih pada waktu 10 malam terakhir ramadhan di masjid Kampung Sireh, masjid Telipot dan masjid Langgar. Aktiviti kemuncak ialah dengan izin Allah saya dapat menunaikan sembahyang sunat tasbih di malam terakhir ramadhan. Dikatakan fadhilat sembahyang sunat tasbih ialah Allah akan ampunkan dosa kita 40 tahun yang terdahulu dan 40 tahun ke hadapan. Muga-muga tahun ini Allah menjumpakan saya dengan malam lailatur kadar yang mana amalan di malam ini adalah bersamaan dengan 83 tahun ibadat (1000 bulan). Saya bersungguh-sungguh sedikit beribadat tahun ini kerana selama ini saya tersangatlah sibuk menyiapkan tesis itu. Terus terang saya katakan otak saya merasa lega yg teramat sangat dan hati pun mulai tenang yang demikian dapat melakukan segala amalan-amalan agama sebagaimana dikehendaki oleh nabi besar kita Muhammad s.a.w. Dalam keseronokan beribadat ini, saya tidak melupakan ibu yang sudah uzur tetapi mahu juga menyertai berterawih di dalam 10 malam terakhir ramadhan yang penuh berkat. Ameen. Teman saya ke masjid ialah anak lelaki saya yang sedang menuntut di UIA, Petaling Jaya. Memang saya sejak muda akan membawa semua anak-anak ke masjid di waktu maghrib dan isyak. Oleh sebab itulah dia suka semua aktiviti masjid terutamanya belajar berdakwah. Syukurlah. Orang kata ‘saham terbesar kita sebagai ibu-bapa ialah apabila anak kita cenderung kepada amalan agama’.
Selain dari beribadat dalam konteks amalan mulia pada bulan ramadhan, syukur saya kehadrat illahi saya sempat juga siapkan tiga buah kertas kajian pendidikan matematik bagi konferens di mana dua adalah bertaraf antarabangsa dan satu bertaraf kebangsaan. Venue konferens ialah di Kota Bharu, Kelantan pada 25 September ini , Melaka pada 3-4 Oktober dan hujung bulan Disember di UPM Serdang. Buat masa ini saya belum tahu lagi sama ada kertas-kertas itu berjaya/lulus untuk dibentangkan. Sebagai insan biasa saya hanya mampu berusaha keras dan bertawakal sajalah kepada Allah yang maha Esa. Jika ditulis rezeki saya ada di venue-venue tersebut sudah tentulah saya ke sana nanti. Insya allah. Di samping menyiapkan kertas konferens saya cuba bermati-matian menyiapkan buku sulung saya bertajuk ‘Belajar matematik politeknik menggunakan koswer CDiCL’. Saya berharap dan berdoa muga-muga ini cepat berhasil dengan terbitan sulung yang akan membawa menafaat kepada semua warga politeknik dan kolej komuniti KPTM Malaysia.
Jika semak balik rutin hidup saya di 10 hari terakhir ramadhan 2010 , saya menulis semua ini di waktu pagi saja antara jam 900 hingga 1100 pagi tanpa gagal. Sebelum itu saya cuba buat sembahyang sunat dhuha – menarik rezeki Illahi. Rezeki di sini bukan saja berbentuk wang ringgit tetapi ianya merangkumi nikmat kehadhiran idea yang bernas, kesihatan yang baik dan penulisan yang tepat dan betul. Waktu-waktu lain saya giatkan dengan membaca akhbar, majalah Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, buku-buku matematik, berbincang-bincang dengan anak-anak yang akan menduduki PMR dan peperiksaan matriks perubatan di UIA. Selepas zuhur saya tidur hinggalah ke asar. Dari saat asar di masjid-masjid besar saya sibukkan diri dengan berzikir dan membaca al-Quraan. Jam 530 petang saya akan keluar dari dunia masjid untuk membeli belah bagi mencari pati-pati soya, kueh-mueh untuk berbuka puasa untuk famili di rumah, Desa Telipot. Selalunya sebelum berbuka puasa saya minta anak-anak membaca kitab ‘Teachings of Islam ‘/ Fadhilat Amal - karya Maulana Zakaria r.a. hi dari Saharanpur, India. Ahli keluarga dipujuk supaya mendengar dengan penuh tawajuh dan rendah diri. Kami akhiri bacaan itu dengan berdoa bersama-sama sebelum berbuka puasa dengan buah-buah kurma, nasi kerabu hitam berserta dengan ayam percik, budu, bawang jeruk, ikan bakar, ikan terabuk, .., dan macam-macam lagilah ( hishhh..keluar air liur ni). He..he..
Pagi raya pertama saya gembira dapat membawa anak-anak pergi bersembahyang raya di masjid besar Muhammadi, Kota Bharu. Teks ucapan khutbah hari itu ialah berkenaan dengan perpaduan ummah islam di Malaysia khususnya dan ummah islam lain sedunia am-nya. Teks ucapan ini rasa-rasa macam skema saja .. selalu pak khatib baca benda yang sama tetapi menghairankan .. berapa ramaikah orang yang mengamalkannya? Di dalam konteks perpaduan melayu di tanah air, orang-orang kita berpecah tiga. UMNO, PAS dan PKR. Masing-masing dengan strategi dan kefahaman ideology politik mereka. Orang tua Munsyi Abdullah pernah berkata “.. bersatu kita kukuh bercerai kita roboh’. Tak tahulah saya bagaimana kita hendak mempertahankan ketuanan melayu dan kehebatan islam jika kekuatan kita sudah berpecah kepada tiga pasukan yang lemah, lemas dan confuse ini.
Kita lemah kerana mengikut DEB (dasar ekonomi baru) , kaum bumiputera belum lagi mencapai kekuatan ekonomi sebanyak 30 peratus pun. Saya rasa jika kita tanya mantan Perdana Menteri kita yang kita cintai pun - Tun Mahathir Muhamad dan Datuk Seri Abdullah Badawi pun sudah tentu mereka bersetuju di dalam kesedihan, terkilan dan kekesalan yang tidak ada penghujungnya. Mengapa? Sudah 40 tahun kita semua telah berjuang habis-habisan untuk mendapatkan 30% ekuiti melayu tetapi mengikut statistic terakhir kita belum lagi mencapai 15% ekuiti di mana terdapat 2 kasta bumiputera yang jelas dan nyata. Pertama kaum bumiputera yang betul-betul kaya seperti keluarga al- Bukhari Group di Kedah dan kumpulan kedua ialah kaum bumiputera yang benar-benar miskin di pinggir-pinggir bandar dan di kampung-kampung di seluruh pelusuk Negara. Kaum kaum kaya ini mempunyai harta bukan sahaja di sini tetapi harta mereka menjalar ke luar Negara seperti di Australia, United Kingdom dan USA. Kaum-kaum miskin pula .. terlampaulah miskin sehingga ada jirannya tidak tahu-menahu dan bertanya khabar sedikitpun. Anak-anak mereka kurus kering tidak mempunyai pakaian yang sempurna dan makanan mereka pula .. makan sekali sahaja sehari. Segenggam nasi dan se ekor ikan berkongsi 7. Bayangkanlah. Bagaimana dengan diri penulis? Hendak kata kaya pun tidak hendak kata miskin pun tidak. Ala kadar saja. Kais pagi makan pagi. Duit gaji .. genggam sekejap .. selepas itu semua dah hilang.
Kita lemas kerana ramai antara kita yang sibuk sangat mencari wang bagi keperluan hidup berkeluarga. Bukan setakat datuk, nenek, ayah dan ibu saja yang keluar bekerja dari siang ke malam tetapi anak-anak kita semua juga dikerah bekerja sejurus selepas tamat pengajian mereka dari maktab, politeknik, kolej komuniti, universiti dan lain-lain tempat pengajian/ latihan kemahiran. Bila semua ahli keluarga keluar bekerja, fikiran dan risau kita sudah tentulah berfokuskan wang ringgit dan keyakinan kita mungkin adalah berbentuk material. (Rujukan : Bayan dakwah dari Arwah Baba Peng, di Masjid Sungai Golok, Thailand). Menurutnya ‘…Kita yakin jika wang kita banyak maka bahagialah kita kerana ramai antara kita sewaktu berhari raya ni nampaknya melepaskan nafas lega kerana bila banyak sumber wang yg mengalir masuk ke dalam rumah kita. Ada ramai yang percaya emua penyakit akan dapat diubati bila kita mempunyai wang yang banyak. Insuran hayat ada! Kita yakin macam kekuatan lidi penyapu yang gemuk itu. Bila satu lidi berkeseorangan diri bila nak kuat tetapi bila banyak lidi bersatu padu dan diikat dengan kuat sudah tentu kita rasa kekuatannya. Bukankah begitu? Contohnya - Tidak ramai orang akan bertanya bakal pengantinnya .. kamu bersolatkah 5 waktu sehari di masjid-masjid berdekatan kah? Cuba baca Surah Al-Mukminin Sopian, aku nak dengar sikit? Quraan ada baca tak Sopian? Bila kau baca Sopian quraan itu? Kebanyakan soalan adalah .. dia kerja apa? Kerja kat mana Cik Yah ooi? Baguslah .. kerja kerajaan .. ada pencen dan ada masa depan. Inilah trend keluarga melayu masa kini Percaya benda lain selain dari Allah itu namanya syirik. Bukan kah begitu? Apa jadi jika kita mati di dalam syirik yang menebal ini? Allah tidak akan mengampun orang yang pulang kepadanya di dalam keadaan bersyirik. Dosa-dosa besar yang lain boleh diampunkan oleh Allah tetapi bukan syirik.
Kita confuse kerana .. satu hari kita sibuk dengan budaya membaca Al-Quraan tetapi pada masa yang sama kita sanjung juga johan Akademi Fantasia pada waktu malam hujung-hujung minggu. Dari kotak TV yang sama. Bukan setakat anak-anak muda berumur 15 tahun yang gila AF tetapi mak chik dan pak chik berumur 50 tahun ke atas pun turut sama memuja AF ini. Satu hari kita kagum dengan Imam Muda tetapi di saat lain kita tidak henti-henti menyanjung dan memuja-muja johan AF1,2,3,4 .. aghh entah sudah berapa siri AF ini. Program TV dewasa ini kadang-kadang menyelitkan juga isu isu seakan-akan memerli yang tidak habis-habis kepada amalan agama islam yang suci murni ini .. Perli kepada ustaz-ustaz yang berserban, berjanggut kambing, ..kata mereka lah. Menggentil biji-biji tasbih .. ke sana sini .. se orang ustaz yang kuat mengajar agama tetapi bila pulang ke rumah selalu memukul, menendang isteri dan anak-anaknya. Tidak tentu pasal. tidak cukup dengan itu.. TV hidangkan lagi dan lagi program drama dari Indonesia, Filipina dan Sepanyol. Kasi anak-anak kita semakin keliru .. which is which? Beauty towards American queens or solid Obedience to Allah ? Salah satu lambang kekeliruan ini adalah apabila kita lihat trend fesyen berpakaian kaum wanita muda islam di kolej-kolej pengajian tinggi di Malaysia. Ada yang memakai baju T saiznya paling cocok untuk budak-budak darjah satu sekolah rendahh jer.. tetapi pemakainya .. masya allah sudah tahun akhir universiti dan mungkin tak lama lagi .. berjawatan tinggi di bank-bank Kuala Lumpur dan metropolitan lain di Negara ini. Kenapa confuse sangat bangsaku ini? Jawapannya ialah lidah kata Allah tetapi seluruh badan kata jom puja fesyen dan trend masakini habih habih lah. Sayang sungguh anak-anak bangsaku .. hayatilah tulisan seorang muslimat Amerika Syarikat bernama Meriam Jamilah “.. what they spit you all licked like the hungry animals on the roads ..’ Intisari tulisannya ialah kaum muslimat dan muslimin di Negara ini telah mengambil budaya hidup orang jahiliah amerika secara membabi buta sebelum mereka memeluk agama islam .. mereka telah buang jauh-jauh darjah kepercayaan bertuhankan benda ini .. fesyen berkiblatkan syaitan dan hawa nafsu sebelum memeluk islam .. mereka sudah keluar dari perangkap kegelisahan jiwa dan masuk ke dalam kehidupan sakinah yang dijanjikan oleh Allah yang maha esa bila menjalankan seluruh perintah allah aza wa jala. Tengoklah di amerika itu. American muslims. They are getting closer to understand islam.
Orang lelaki muslim apa kurangnya darjah confuse mereka. Apa kurangnya confusion mereka ini? Di masjid pakai kopiah tetapi keluar dari masjid ..tiba-tiba hilang kopiah mereka. Ke mana perginya ya? Kitab mana dipakainya? ..di waktu sembahyang ..kena pakai kopiah tetapi selesai sahaja .. beribadat sembahyang .. tidak payah pakai kopiah. Musim bulan ramadhan semua masjid full house. Selepas bulan ramadhan masjid kembali sunyi seperti tanah perkuburan sahaja. Kitab soheh mana mereka ini pakai ya? Lambang islam kena ada tuan. Lambang kebanggaan kita umat islam. Peminat kelab bola sepak sepertoi Manchester United pun ada pakaiannya sendiri. Topi, scarf, key-chain, dan alain-laian. Ada identity. Bila orang islam bergerak, mereka pakai kopiah. Terutama di masjid. Apa dasyatnya amalan sunnah dan sunat ini sebagaimana ditekankan oleh Baginda nabi dan para-para sahabatnya yang terdahulu? Rendahkah ..hinakah .. perkataan dan terminology sunnah dan sunat ini ? Kita tak mampu jawab kerana kita confuse/ blur/ keliru …
Puncak klimaks kekeliruan hidup ini ialah apabila ada antara kita payah hendak melelapkan mata walaupun tinggal di dalam rumah kondo yang besar dan tinggi-tinggi di bukit-bukit antarabangsa, siap dengan air-cond dua kuasa kuda .. susah nak mendapat ketenangan diri dan hati yang puas .. susah hati di dalam semua segi .. telan pil macam-macam dah tetapi tuhan tidak kasi pun nikmat tidur dan .susah nak buang air, .. runsing kita dengan pegawai-pegawai bawahan di tempat kerja, perangai anak yang gila merempit di lebuh raya dan makan dadah setiap saat hasil dari wang kerja dan peluh kita .,.. gelagat isteri yang semakin ramai tak respect kepada si suami .. Ragam anak-anak dara kita yang merasa panas duduk di rumah di waktu maghrib dan di waktu malam dan merasakan cukup seronok berkeliaran di pinggir-pinggir ibu kota kuala Lumpur dan Bandar-bandar yang lain bersama-sama rakan-rakan mereka. Anak-anak ini lebih mementingkan kawan dari ibu-bapa mereka sendiri. Ajakan kawan melalui handset, facebook lebih kuat dan berpengaruh lagi dari arahan, nasihat ibu dan bapa mereka sendiri.
Itulah sebabnya Meriam Jamilah menulis “.. what we spit you licked! “ apa yang aku ludahkan , engkau orang lahapnya menjilat semua ludah-ludah kami ..
Di akhir kata , saya mengajak diri saya dahulu, ahli-ahli keluarga saya terdahulu sebelum pembaca-pembaca sekalianlah .. jom marilah kita kembali kepada .. berimanlah kepada Allah Taala sebenar-benarnya dan marilah kita bersama-sama berdakwah menghidupkan semua ajaran nabi kita di dalam semua lapisan hidup kita sebelum datangnya bala dari Allah berbagai-bagai bentuk seperti tsunami di Sumatera, bumi terbelah dua di Padang Sumatera, gempa bumi di Indonesia, Mexico dan China, banjir di Pakistan, tornado ribut taufan Clark di Amerika Syarikat dan .. iklim terlampau sejuk dan panas di Eropah. Peristiwa kapal terbang meletup di udara di Negara-negara maju. Kita di Malaysia .. belum diuji lagi kecuali tragedy menimpa Susilawati dan rakan-rakannya di Banting… (al fatihah) .. cepatlah..ayuh buat sesuatu pada diri kita sendiri. Jagalah anak-anak kita .. Ingat nabi Nuh alihis salam mengajak anak dan isterinya menaiki bahtera agama Allah … ini yang saya dok buat ni .. Allah hu Akbar! Yang baik dari Allah dan yang buruk dan lemah itu semua adalah kejahilan saya sendiri. Mari kita bersolat berjamaah, hidupkan bacaan quraan di rumah-rumah kita di waktu mahrib, berikan sedikit masa untuk belajar ilmu agama, baca semula buku-buku hadith dan berzikir, melawat orang-orang susah sekeliling kita terutama saudara-saudara kita di kampung, ikhlas di dalam semua ibadat kita dan jom maghi lah kita sama-sama berdakwah .. agama Allah ke seluruh pelusuk dunia. Wa llah hu alam. Ampunkan dosaku ya Allah. Saya mohon banyak maaf jika ada yang tersinggung. Aghhh.. ubat yang mujarab itu selalunya rasa pahit untuk ditelan.
Nikmat kedua ialah : saya dapat seorang cucu lelaki yang baru. Namanya Mohd Irshad Shahidin. Lahir 6 Sept 2010. Nikmat ketiga ialah dapat membawa anak-anak isteri ke tanah perkuburan arwah ayah dan nenekanda tersayang di Tanah Perkuburan Kubur Kuda pada pagi raya pertama. Kami membaca Yaseen dan hadiahkan mereka yang di dalam pusara itu dengan zikirullah yang lain. Diakhiri lawatan kami dengan pembacaan doa dari anak kami lulusan Kolej Islam Klang, Selangor. Nikmat lain ialah dapat menghadhiri open house sepupu-sepupuku yang pulang dari Pahang, Terengganu dan Kuala Lumpur. Tidak ketinggalan open house dari pelajar-pelajar lama saya di kampong Kota Salor Pasir Mas. Melawat rumah sepupuku dari sebelah ayah di Kampung Salor pasir mas. Di sanalah ..dapat kami berjumpa dan berbincang-bincang mengenai pengalaman masing-masing di negeri orang. Kebanyakan mereka nampaknya sudah mempunyai kedudukan yang baik dan tinggi. Syukurlah. Cikgu tumpang gembira.
Saya pulang ke Johor melalui Temerloh dan Mentakab, Pahang. Beraya di rumah kakak ipar dan anak-anak saudara isteri saya pula. Dari sana kami membawa pulang ibu mertuaku ke Johor. Ibuku sendiri akan dibawa pulang ke Kajang, Selangor mengikuti adik perempuan saya yang seorang sahaja tu. Alhamdulilah. Satu perjalanan yang jauh tetapi ..itulah kehidupan saya beristerikan orang Selangor. Ada saat-saat manis dan ada juga saat-saat genting. Syukurlah tidak ada yang melampaui batas seperti sampai ke tahap membunuh, membakar, membuang abu di laut Selat Melaka .. Maklumlah ..lidah dan gigi pun kadang-kadang tergigit apatah lagi hidup sebagai suami isteri.(Lagu: Allahyarhamah Rosyatimah ) Walau apa-apa pun saya maafkan kalian dari dahulu hinggalah ke hari ini sempena Hari raya Aidil Fitri tanggal tahun 1431 Masihi. Ameen.
Sekian.
Wallahu alam.
Datuk mu ..wahai iman dan irshad. Muga-muga dari zuriatku ini akan keluar hafiz, hafizah dari pondok-pondok tahfiz-tahfiz quraan, dai-dai 6 prinsip, pejuang agama yang suci mulia di sisi Allah yang Maha Esa. Ameen. Maafkan Datuk, Iman.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ya,perkongsian terbaik.Segala puji bagi Allah Taala.