Salam
Ada satu surah .. terkandung di dalamnya
satu ayat berbunyi '.. jika satu kebaikan .. Allah akan balas kebaikan itu walaupun sebesar zarah sekali pun .. dan jika kau lakukan satu kejahatan/kemaksiatan sebesar zarah sekali pun ..Allah akan membalasnya jua.."
Apakah maksud Tuhan semesta alam ini?
(i) Buat baiklah wahai manusia .. semasa hayat ada dikandung badan
Contoh kebaikan: menolong isteri membasuh pinggan mangkuk, menyerika pakaian anda dan isteri untuk ke opis esok, cakap elok-elok dengan isteri kita , jika dia membebel ..dengar sahajalah .. jangan cepat naik angin .. hidang makanan untuk bersahur jam 0500 pagi .. kejut isterimu untuk bersahur .. tolong angkut semua buku-buku dari bilik studynya terus ke dalam kereta isterimu .. jgn complain plz.
Bila pulang ke rumah mak dan ayah ..belilah sedikit buat tangan seperti roti perancis yg panjang itu bersama-sama dgn kaya pandan untuk mak berbukak puasa, belikan ayahmu se helai kain pelikat untuk dia bersembahyang terawih ...ayuh sahabat/ jgn berkira sangat.
Hulurkan sedikit buau-buahan untuk anak-anak jiran yg sedang menangis. Belikan ais cream Walls untuk anak anak jiran yang mana ayahnya sudah pulang ke rahmatullah
bantulah jiran banyak-banyak sekarang ini. Jiran sebenarnya adalah saudaramu (Ghazali, 1970). Mana tau ..satu hari semasa kau tiba-tiba mati (terkena kejutan letrik atau petir) dia jugalah yang akan bersusah payah menguruskan jenazah mu FOC free of charge jer.
(ii) jauhi lah dari melakukan maksiat seperti .. menonton clips itu dan ini dalam bulan ramadhan yg mulia ini / cukuplah ..kita semakin tua ni. Lagi pun warna mata dulu sebelum ada internet clear jer tetapi sekarang ... dah mula berbelang-belang warnanya.
jauhilah dari sifat menipu jiran. Sifat suka berkelahi walaupun isu terlalu kecil bentuknya. Bermasam muka dengan jiran yang suka mengibar bendera 'bulan purnama' di tepi rumah teres kita. Sakit hati kerana isteri jiran tinggi dan kurus lampai dan berkulit putih ala mongolia pulak - ingat mendiang apa tu yg kena bom raksasa oleh 2 orang polis malaysia tu? dasyat. Cemburu isteri jiran berkerja Putrajaya sedangkan isteri dia ..tak bekerja.
Jauhi dari mengumpat bos , orang orang atasan/ alah depa boss ..kau tu kuli ..relax lah ..kan mak dah kata dulu ..belajar rajin rajin matematik itu / sekarang ..nah rasakan ..dia boss . ikut jer arahannya. Nanti PM Malaysia akan panggil polis dan tangkap kalian. Ingat pesanan ku ini. Jangan beriri-hati jiran kita loaded dengan macam-macam bil bank dalam peti-suratnya. Relax. Sangka baiklah sesama mukmin ... seronok tidur bila kita selalu think positif kat jiran tetangga. O yes .. sebelum terlupa. Jangan suka berhutang dengan jiran. Ada satu kes. Ada jiran pinjam duit dia RM10 jer ..tetapi cerita ini sampai ke benua Afrika tau .. jiran tu bertuah betul dia ..cerita kat orang lain dan orang lain cerita kat orang lain pula termasuk students africanya juga. Students afrika dia menceritakan kat pulak kat students di benua Amerika. Adush. malunya bukan? kedua-dua benua dah tahu - insiden hutang berjumlah rm10 jer.
Semua amalan baik ini kita boleh buat bila bila masa terutama bulan ramadhan ini.
Ayuh bersegeralah. Jangan leka lagi.
Sekian.
Wallahu aklam. p/s: saya menumpang buat baik jugak ni dlm blog yg tak seperti ini. Menyampaikan apa yang jiran mahu aku sampaikan kepada kalian. Ok tak? Doa untuk saya ..juga. Yes - jannatul firdaus?
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment