Alhamdulilah berjumpa lagi kita bulan Ramadhan

Posted by sazali

Salam (  ucapan sejahtera)

Berkat kasih sayang Allah pada kita semua,  dapat pula kita berjumpa bulan Ramadhan yang mubarak (penuh keberkatan) ini sekali lagi.

Ada sahabat kita yang telah meninggalkan kita buat selama-lamanya ..  tidak berkesempatan berjumpa bulan Ramadhan yang mulia ini.  al-fatihah untuk sahabat tercinta.

Di bulan ini, ibadat sunnat .. Allah gandakan pahala ibadat itu seperti ibadat fardhu.

Di bulan ini, jika kita menjamu orang berpuasa dengan se biji buah tamar dan seteguk air mineral ..insyallah pahala ibadat puasanya ..  dapat juga kita berkongsi bersama.  Sebab itulah orang orang kaya di Putrajaya dan Taman Tun Ismail Kuala Lumpur ..akan berebut - rebut menjamu orang orang berpuasa tanpa mengira bangsa dan fahaman politik sekali pun.  Bagus sungguh mereka?

Di universiti ini pun, para pensyarah muslim mendermakan sedikit wang pendapatannya untuk jamuan berbuka puasa pelajar-pelajar islam  terutama yang datang dari luar negara.

Bulan ini patut kita gunakan sebaik mungkin untuk membaca Al Quraan dengan baik, tajwid dan tahu maknanya.  Hayatilah apa yang dibaca.  Jangan kita fokus kepada ilmu tajwid semata-mata ..tetapi keimanan kita bukan pada kebesaran Allah Ynag Maha Esa.  Elaklah dari mengucapkan '.. hanya BN dapat menyelesaikan semua masalah orang-orang melayu di bumi bertuah ini.  '  Sepatutnya kita bersandarkan ayat itu dengan kalimah insyallah.  Jika kita kaki Judi bola,  kaki menonton filem inggeris ynag melalaikan ..kita tontoni juga dalam musim puasa ini  ..rugilah ..peluang Allah kurniakan kepada kita ini ..  bayangkan mungkin bulan ramadhan ini  adalah bulan ramadhan yang terakhir untuk kita ..wahai sahabat. Ambik penuh kesempatan kita beribadat sebaik mungkin  dalam bulan puasa yg penuh keberkatan ini.  Buat dajkwah.  Ambil peluang keluar dakwah fi tabligh seluruh dunia.


Bulan Ramadhan ini mempunyai satu malam paling istemewa yang dipanggil Lalila tu Qadar.  Malam ini seumpama 1000 bulan yang lain.  Bersamaan 83 tahun 10 bulan. Beruntung besarlah orang mukmin yang dapat hidup dan beribadat sepenuhnya sepanjang malam lai latul qadar yang tersangat istemewa ini.  (rujukan:  surah Al Qadar)

dalam satu hadith Rasulullah s.a.w ..mahfumnya berbunyi ..  carilah malam lai latul qadar ini.. selalunya berlaku pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan.

Sekian sahaja penulisan saya kali ini.  Doakan agar saya dapat menikmati bulan ini dengan sebaik mungkin.  Kerana pahala puasa .. Allah sendiri yang akan kurniakan.  BUkan orang lain.  Doa orang berpuasa ..insyallah qabul.  Mintaklah apa apa yang kau hendak dari Allah Yang Maha Esa seperti mohon ketaqwaan yang Allah redhai, kehidupan dunia ini yang Allah redhai, isteri dan anak-anak yang soleh, anak anak bijak bestari, isteri yang semakin tua tetapi semakin sedap mata memandang siang dan malam, cantik dia cantiiklah kita siang dan malam, isteri yang mana percakapannya .. semakin hari semakin seronok, sejuk, sedap kita nak mendengarnya..  bukan suara pemerintah mintak kita (sang suami) jadi pak supir(driver kereta Viosnya) ke pasar, nursery dan  ke sana ke sini ..  penat gila pak.... Biar anak anak bini kito .. engage membaca Al Quraan dari pagi sampailah ke petang, engage membasahi bibir masing-masing dengan zikirullah ,  tetapi apa-apa pun biar kita dulu lah sang suamilah yang menunjukkan contoh yang mulia ini ..  jgn asyik tidur tidur tidur jer .. akhir kalam ...  maaf dari saya.  Say amenulis ..menasihati diri saya dahulu //  ok tak?

Wallau aklam.


Puasa =  tidak makan dan minum dan melakukan jima' (persetubuhan suami isteri) dari tempoh masa tertentu sahaja iaitu dari titik masa bermulanya Subuh hinggalah titik masa bermulanya Maghrib.  ikut bahasa german - Within sun rise to sun set.  fasting within a stipulated time only (day break to day when the sun sets).

0 comments:

Post a Comment