Bulan puasa bulan yang mana perut kita tiba-tiba sakit

Posted by sazali

Salam.

Selamat beramal sepanjang bulan Ramadhan ini.  Majoriti mukmin mukminat cukup teruja dengan datangnya bulan penuh kkeberkatan ini.  Apa tidaknya ..amalan sunat diberikan pahala amalan fardhu dan setiap amalan fardhu digandakan pahala berkali-kali lagi bergantung kepada ikhsan Allah yang Maha Esa.  Semakin ikhlas kita berpuasa , maka semakin tinggilah darjat pahala yg Allah akan kurniakan kepada kita semua.

Selalunya bulan ini ada juga kaki tangan kerajaan/swsata  yang  kelihatan terlampau penat terutama kaum ibu. Maklumlah beliau terpaksa bangun sedikit awal dari suaminya untuk urusan sahur, sembahyang subuh, menggosok baju anak-anak sekolah , kemas rumah dan macam-macam lagi.  Patutlah Allah nak kurniakan kaum ibu pahala 'extra' darjat jika mereka tidak membebel semasa menjalankan amalan di atas atau selepasnya.  Semakin dia redha dengan semua urusan tersebut, semakin tinggilah darjat kaum ibu di sisi khaliqNYA yang maha agung.  Subhanallah.

Bagi saya pula ..bulan puasa ..kadang-kadang perut selalu meragam.  Entah .. perut ini ada juga doktor beritahu 'anda ada gastrik ini'.  Puasa lagi ker?

Saya jawab 'yer'.  aghh tak yah puasalah ..nanti semakin mudarat kesihatan cikgu.  he..he..  ambik cuti jer .. lain kali boleh puasa bila badan sudah 200% sihat.  Macamana?

He..he..  bagus cadangan doktor ini.  Boleh beri bonus gaji bulan August kepada doktor yang cukup bertimbangrasa/ prihatin/ understanding ini tetapi .. bulan ini bukan selalu kita jumpa selepas 21 Ogos yang akan datang.  Entah-entah ini adalah ramadhanku yang terakhir.

Begitulah sengsara/ nikmat berpuasa tahun ini .  Kita pesakit gastrik selalu serba salah yang mana satu nak ikut ini.  Nak telan pahit nak buang sayang bukan?  mengapa pahit?  aghh ..itu kerap sangat melawat tandas .. najis adalah berstatus cecair / air / bolos / sakitnya perut ... adush sakitnya.. Bayangkanlah jka dalam mesyuarat ..kita tiba-tiba minta permisi melawat tandas lagi dan lagi.  Penat dan pucat wajah pesakit istimewa ini.  Yang menghairankannya ..musim puasa jer wajah pesakit ini bertambah pucat dan tidak berseri lagi.  Jika di luar bulan penuh berkat ini .. pesakit ini tidak pula mengeluh itu dan ini.  Ligat mereka mengalahkan atlet yang berjaya ke sukan olimpik di London lagi.  Ajaib sungguh pesakit bertuah ini!

Sayang apa? nak buang apa yang sayangnya itu..  tu .. bonus yang dikaitkan dengan setiap amalan puasa - menjauhkan diri dari makan , minum, mengumpat, mencela, membaca google , menaip youtube rajesh khanna  , mendekati isteri tak kira siang malam ..,sebaliknya agama menggalakan umatnya membanyakkan zikirullah, membaca Al Quraan, sembahyang sunat zohor, sunat asar, memberi derma anak-anak yatim, pendatang asing,  .., shopping extra food, beli nenas, rojak petis, air tebu istemewa bercampur sedikit  lumpur , ..,  macam-macamlah.  Sebab itu sakit perut melampau-lampau itu.  Ha..ha... tak jaga makanan ..pakai makan jer.  Sepatutnya bila dah tahu sakit gastric dia kena makan  Quaker Oats, susu kambing yg dipanaskan bercampur  madu khas dari Australia, roti  fibre Gardenia hijau yang mahal-mahal sedikit , kismis, buah tamar madinah sebiji buah kurma ini bersaiz extra besar dan berat, ..., aghh macam-macamlah ..pokoknya mahal sedikit dari makanan bukak puasa tepi jalan kawasan kawasan Parit Jelutong, Parit Samion, Parit Raja, Parit Botak, Parit Haji Raiz  dan , berbagai-bagai lagi nama parit di kawasan universiti awam di Johor  ini.
Oh tuhan .. ampunkan dosa kami  dan semua pesakit gastrik dalam bulan puasa ini.  Kami hanya mampu berpuasa mengikut kekuatan iman dan kesihatan yang ada sahaja.  Jika terpaksa miss  puasa .. apa leh buat ..ya ROBB.  Ampunkanlah kami yang serba lemah fizikal dan rohani ini.  La illa ha illallah ..kau maha kuasa di atas segala sesuatu.
Berikan kami hidayah untuk menggantikannya ..ya Robb.

Sekian dulu.  Sakit lagi perut ini.

Wallahu aklam.


0 comments:

Post a Comment