Salam
Negeri Tanah Melayu tersohor dengan budi bahasanya. Ramai orang luar tertarik dengan anak anak dara melayu kerana faktor bahasa dan adab resam tersebut.
Contoh:
(i) bila orang memberikan kita sesuatu kebaikan , kita diajar .. ucapkan terima kasih.
(ii) kalau kita ada salah dan silap waktu berjumpa, bergaul bersama-sama ...ucapkan maaf kepadanya. Janji jangan buat lagi.
(iii) kalu kita dengar sahabat kita baru mendapat cahaya mata selepas bertahun tahun mendirikan rumah tangga, .. jangan lokek untuk mengucapkan .. tahniah Puan Bedah. Kami tumpang gembira.
Dengan cara begini , kita terkenal lagi dan lagi ke seluruh dunia. Bahkan .. besar kemungkinan orang tertarik dengan amalan amalan agama yg kita (melayu) anuti. Insyallah.
Akhir kalam .. jika kita mengetahui .. si pulan bin si pulan dah .. bersara hidup/ mati ..
lembutkan cara ucapan mu itu. Elakkan dari menulis begini.
".. perkhidmatan staf si pulan bin si pulan dengan pihak organisasi adalah terputus dan segala kemudahan yg telah diberikan kepadanya selama ini (siang dan malam) sebagai staf organisasi adalah ditamatkan."
Macam ..orang bercerai laki bini jah bunyi ayat di atas bukan? Cerai talak 3 bunyi nada di atas. Aduhai!
Cuba olah ayat di atas .. agar .. satu hari nanti .. manalah tahu .. si pulan bin si pulan .. terpanggil ingin berkhidmat semula dengan oraganisasi semata mata sayangkan .. itu dan ini berkaitan dgn organisasi tersebut.
He..he..
Apa kata demor wehhh?
Berat kawe keno ni. (laugh).
Tapi .. berjumpa dan berpisah adalah lumrah alam. Bahkan antara laki bini yg terlalu intim sekali pun (pagi, malam, rumah dan pejabat selalu bersama) akan berpisah juga satu hari nanti. Betul tak?
Ada si suami mati dahulu kerana kemalangan dan ada isteri yg jalan dahulu kerana .. stroke, sawan babi dan macam macamlah. Kalau masuk kuliah kebangkalian .. nilai kebangkalian (suami isteri mati sama-sama) adalh rendah sahaja antara 0.00 - 0.50//
2) Tak pa..tak pa..
berpisah kerana tempoh servis dah banyak .. lebih OK .. dari berpisah secara mati. saya boleh telan ayat berwarna merah di atas. Sekurang kurang ia mengajar saya untuk terus bersedia walaupun pahit macam hempudu ular ..bagi mengadap illahi .. meninggalkan alam serba indah tetapi bersifat sementara/ untuk kealam baqa yg abadi dan abada.
Sekian penulisanku kali ini.
Aku redhalah. Jangan khuatir. Aku masih gagah ke sana sini. Rezeki Allah Maha luas anak-anakku sayang.
Wallahu aklam bis sawabb. Maaf dipinta jika ada salah silap berbahasa maklumlah sepanjang hidup saya saya belajar ayat ayat begini A= B ; B= C thus A=C.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam, gonna miss u. Take gud care of ur self n till we meet again, insya Allah..