Gangguan - macam macam jenis gangguan

Posted by sazali

salam

Hari demi hari kita menjalani kehidupan dengan penuh kesabaran dan dugaan.  Kita sabar dari berbagai-bagai jenis dugaan bukan setakat di rumah sahaja malah ..  di luar sana seperti sekolah, politeknik, universiti dan jalan jalan raya.  Banyak gangguan yg telah kita atasi dan akan terus dihadapi oleh kita rakyat Malaysia.  Mengambil berkat hari ini  Khamis dan malam ini malam jumaat ..

dalam penulisan ini, secara santai, saya fokus kepada 4- 5 jenis gangguan yg telah banyak memberi kesan kepada kesejahteraan otak , rohani dan jasmani kita semua.

Pertama,  gangguan emosi.
Seperti kecewa dalam percintaan dan perniagaan online , offline and face to face business.  Ada kawan kawan kita yg telah mati kerana kecewa cinta 3 segi.  Itulah .  ..  kalau tak mahu guna kitab agama sebagai bahan rujukan utama ..  untuk membina kehidupan selesa, selamat sejahtera dunia dan akhirat.

Kedua, gangguan fizikal.
Parti komunis membunuh ramai rakyat malaysia sepanjang tahun 1940 - 1960.  Presiden PKM Chin Peng sudah pun 'm_mpus' dan debunya ..  dengar khabar sedang diusahakan untuk dibawa pulang ke tanah air untuk disemadikan secara haram/ 'god knows how'.  Yang menghairankan dalam satu keratan akhbar ternampak mantan Ketua Polis Negara Rahim Nor bergambar dengan bedebah tersebut.

Entah apa gerangan dia di situ?  Dengar khabar mereka bersama-sama untuk mementeriakan satu perjanjian antara kerajaan Malaysia dan komunis Malaya.

Ketiga, ganggguan wang ringgit kita melalui 1001 macam panggilan telefon.

Sekarang kebanyakan kita mempunyai handphone/  telifon bimbit.  Nombor kita ramai orang tahu apatah lagi pihak bank seperti AMBANK, CIMB Bank. Tiba-tiba sahaja mereka tahu.

Mereka menggunakan banyak strategi untuk menarik orang biasa seperti kita, guru dan pensyarah berhutang dengan mereka.  Selepas berhutang mereka mengganggu kita lagi dan lagi menggunakan berbagai bagai cara seperti seperti merekrut graduan universiti muda muda pompuan, ..  target:  banyakkan hutang dan bayar hutang cepat-cepat kalau tidak ..  mungkin anda diistiharkan bankrupt.  Panggilan ini cukup banyak kepada kita terutama waktu maghrib dan waktu makan tengah hari.

Mengikut satu kajian di kalangan orang yg malang dalam kes kes tragedi jalan raya, ramai mereka terlibat kerana keadaan otak mereka selalu diganggu. Kenapa BN tak buat sesuatu?  Pegawai yg berhutang berkejar-kejar ke sana sini semata mata melarikan diri dari ah long atau pun bank.  Individu terbesar ah long di negara ini ialah bank bank sendiri yg menguruskan kad kredit dan macam macam kredit (hutang).  Dulu promote kredit.  Sekarang ..  payah nak lari dari bank kerana .. semua pegawai bank ..target ialah membuat duit dari kita semua guru/ pensyarah dan ....

Objektif function:  maximize .. dapat balik hutang dari kakitangan kerajaan hidup atau pun mati.

Kalau tidak kecekapan mereka (pegawai bank) tak kan untung mereka mencicah berjuta-juta ringgit setahun yg mana 50% adalah dari pulangan riba (interest).  Mengikut kitab agama islam, riba adalah haram tetapi dengan kepandaian manusia 99% pegawai melayu ada ada juga saham riba ini. Dapat debu debu riba.   Kita boleh lari dari riba kalau kita berpakat pakat hidup dalam gua batu dan memakai pakaian semua dari kulit seperti kulit kambing, lembu, seladang, ular dan ....  Boleh you?

Pegawai yang sering dihubungi bank ..  lambat laun dia akan diserang bermacam macam penyakit seperti stroke, tinggi darah , rendah darah, pucuk mati dan pucuk terjatuh secara tersendiri ... semua ini membawa kita hampir hampir ke lubang kubur. Mengapa?  orang berhutang payah nak tidur dan tahap kecekapan dan kekuatan badan pun merosot hari demi hari .. malam bertukar siang dan kadang kadang .. setiap pagi tidak membawa apa apa erti lagi.  Buatlah wasiat tuan hamba.    Syabashhh .. Bank kita cukup prihatin kat kita orangggg!

Keempat ialah ..  telefon dan pujuk rayu penjual insuran.
Nama syarikat insuran sangat sangat mirip dengan nama islam seperti ikhlas, takaful dan macam-macam.  Kalau tak ambik, payah jugak ..kerana ..  sekarang kalau kita sakit dan memerlukan rawatan .. hospital pakar ..  soalan pertama sebelum kita mati ialah .. tuan ada insuran hayat tuan?

Syukur saya ada insuran  ikhlas dan takaful.  Tetapi mak datuk .. kos hospital swasta terlalu tinggi ..bayangkan sahaja ..check tinggi darah dan buasir pun ..RM800 - RM1000.  Sekali consultation..itu baru?

Anak saya masuk hospital takaful di Kumpur hari itu .. 2 malam di sana RM8900/=  bayangkanlah
gangguan sel-sel dalam otak saya.  Kasihan juga , pesakit pesakit yg cuba mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.  Senarai menunggu pun .. silap silap haribulan ..  kita dulu yang jalan sebelum troli apa apa  boleh digerakkan.  Kasihan?

Cukuplah .. penulisan mengenai gangguan gangguan ini.  Lain waktu .. saya akan menulis pasal gangguan syaitan, iblis dan dajal pula.  Oleh itu, jaga diri dan juallah ..  semua telefon bimbit kita itu.  Kita pakat pakat beli setem, gam dan celotape.  Lambat sikit kita mati ..  dari gangguan 24/7 ini.

Hidup selamat, jiwa tenteram dan mati pun slow slow tenang.
Try.

Saya dah jaga gangguan emosi ini, tuan bagaimana?

Sekian.

Wallahu aklam bis sawbbbb. p/s:  jangan lupa buat wasiat abang/ kakak/adik semua.



0 comments:

Post a Comment