Perkataan 'kongsi, perkongsian dan berkongsi-kongsi

Posted by sazali

Salam

Dalam bahasa Melayu ada sebuah istilah bergelar ' kongsi'.

Apakah maknanya?

Kalau ditanya orang di atas sebuah wakaf di dalam sebuah bendang sawah padi di Selangor atau Kelantan ,  kata dasar 'kongsi' bermakna .. benda kita  orang lain boleh gunakan dan benda diapun , bolehlah jugak digunakan bersama-sama . Halal balal.  Masing masing boleh menggunakan objek dan subjek  tersebut.

 Contoh:  cangkul, gergaji mata 1, penyapu lidi, berus kain dalam tandas sebuah asrama wanita , dan banyak lagi.

Kereta guru dan pegawai kerajaan diminta berkongsi di Kuala Lumpur dan Lembah Klang demi mengawal kesesakan lalu lintas dalam hujan dan banjir kilat.  Tetapi banyak problem dari kes-kes kongsi ini seperti suami sebagai suri rumah cemburu bila isteri menumpang kereta jiran yang kematian isteri 3 tahun lalu.  Titik maksima cemburu ialah satu pembunuhan/ cerai berai/ rosak binasa.

Dalam rumah , anak anak diminta berkongsi buku buku sekolah sekadar setahun dua. Kasut sekolah al long pun angah boleh pakai lagi.   Boleh jimat duit abah.  Baju dan seluar sukan pun ..boleh dikongsikan. Tak banyak cakap ..anak anak taat perintah.

Kesan berkongsi ialah .. institusi memupuk kasih sayang dan bertolak ansur dalam kalangan masyarakat melayu ini terutama anak anak di rumah.

2)  Tetapi tak semua benda boleh dikongsikan bersama-sama. Contoh, dari interview 10 orang guru di sebuah sekolah menengah di Kelantan pada tahun 1984 - 1994, bila sebut sahaja ..  suami berpoligami / suami kongsi dgn wanita lain secara life .. semua mata guru guru wanita siswazah ini akan naik mencanak melebihi lampu utama kontrol otomatik kereta MERX 230E.  Masya allah.

Poligami ..bermakna sisuami khawin lebih dari satulah.  Mengapa?  dia banyak power dan tersangatlah mampu dalam semua segi seperti jasmani, rohani termasuk rohana suzanna.  Tetapi ada juga suami yang tak mampu itu dan ini tetapi ada yang pura pura mampu sampailah ke saat dia mati.

Dalam islam , poligami diharuskan.  Dulu selepas peperangan Badar dan Uhud , isteri isteri para para sahabat tibatiba menjanda kerana kematian suami dalam bilangan yg ramai.  Demi rukun islam dan rukun sosial , islam menggalakkan poligami ini.  Tetapi zaman sekarang berkat lactogen, Nestle dan Herbatus saoda mengikut amalan, payah ..payah ..payah ... nak buat ini kerana beberapa sebab.  Pertama, Jabatan Agama Negeri Kelantan meletakkan banyak syarat seperti wang ringgit dan keadaan kesihatan isteri pertama. Kalau duit tak cukup dan isteri masih kuat menumbuk sambal belacan dgn bantuan batu lesung dan batu giling cili padi .. payahlah nak lulus kecuali lelaki itu khawin di Thailand, Kalimantan,  Indonesia dan luar negara secara sembunyi-sembunyi.  Perkara sebenar terbocor juga apabila si suami tiba-tiba mati kerana angkara ikan terbok tulang beribu di makan di waktu TNB padamkan semua lampu dan api.  Ha..ha..
rahsia pandai disimpan ini tiba tiba diketahui ramai apabila ada wanita siam atau indonesia tiba tiba menangis di tepi mayat terbujur keras (suami baik) di Hospital USM  Kubang Kerian, Kelantan ..masing masing failkan tuntutan dan hak hak masing kerana urusan wasiat dan lain-lain lagi.  Bagus bukan kerja ini AMANAHRAYA ada rekodnya?

Sebab kedua payah ialah ..  serabut dengan serangan isteri tua tak kira masa.  Mengikut rekod peperangan Amerika dengan Iraq dahulu pada tahun 1990'an , askar amerika menyerang Iraq waktu malam sahaja tetapi ..  dalam isu khawin 2, 3 dan 4 ini serangan bertalu talu dari isteri tua datang tak kira masa.  Kadang kadang waktu cikgu mengajar B.I pun dia datang dan mengamuk kat sekolah.  Hissh malunya muka mu itu.  Dulu di berek polis Jerteh, Besut , Terengganu ada pompuan middle age mengamuk ..dan menuntut hak hak nya dgn lelaki polis dan isteri tua .. saat terakhir terlampau buntu tersangat sangat kot .. dia selak kain batik jawanya.  Oosshhh.. pompuan bila marah ..  teruk tau?  No SIRIM ..  can explain dan pantau.

Itulah orang suruh kawin dgn org ada pelajaran sedikit sebanyak ..sekurang-kurang nya ada sijil simpan kira-kira dari PKB atau sijil data processing POLISAS ker oklah jugakk .. ..boleh jugak dia tahu malu tetapi kalau berbini dari  Thai sana .. tok peraih  berah siam ..  payah payahlah.  lagipun aku tak berapa faham bahasa melayunya. Bunyi macam lainnnnnnnnnn jer.

So jangan kasi malu ..so jangan isi borang poligami itu.  Beres..semua impian power tinggal angan-angan jer. What to do?  Bini tua .. tak ada sijil sekolah apa apa dan di mana mana jua. Cannot discuss what so ever.  Pity you?

Lagi pun .. apa kurang dengan bini tua mu.  Ada apa apa ke ..yang kurang spring ke.. atau guanor laghu mu ini?  Kalu dari konteks masakan masakan .. saya raso ok sangat sangat doh .. prestasi masakan bini tua ini.

Kalu dari segi layanan dio kat .. ibu bapa tuan ..sangat ok ok dah isteri tua tu.

Anak? ramai dah macam batang mancis ..besar kepala  dari batang mancis .  Tak cukup makan.

Pendek kata ..  projek tersebut ..projek kongsi kongsi ..tak nampok jalan  ..got no road orang kelate kato?

Aghh.. penatlah menulis benda alah ini.

Cukuplah ..sekadar ..itu sahaja.  Pandai pandai lah menjaga diri, jaga badan dan jaga gigi itu. Gigi rosak..cepat cepatlah baiki, repair dan buat baru.  Seri wajah kita adalah terletak dalam rambut lebat dan gigi berseri seri dan bercahaya .. dalam malam gelap gelita.  Jangan bercakap banyak tempias air liur kita bila kita berkata  berbutir-butir bunyinya.

Sekian.  Maaf jika ada terkasar bahasa.  Sahaja menulis ini kongsi ..sekadar mehilangkan angan angan power tak menjadi pada satu masa dahulu kala.  (ketawa).

Syukurlah.

Alhamdulilah.

Wallahu aklam bis sawabbb.  






0 comments:

Post a Comment