jalan jalan cari hidayah

Posted by sazali

Salam

semalam saya ke seremban 2.  Objektif menjemput isteri pertama pulang ke johor dan terus ke kelantan darul naim. Insya allah.

dalam proses ke seremban 2, saya singgah ke masjid negeri. Solat jumaat.  Sebelum sampai ke pekarangan masjid, nampak ramai pekerja asing @bangsa pakistan, india dan bangladesh bergegas gegas ke masjid. Mereka cukup prihatin pasal solat jumaat. Syabash tuan hamba.  Solat jumaat paling berharga dlm semua solat solat selama 1 minggu ini.  Rugi sangat org org kita yg tidak hadhir untuk bersolat jumaat ini.

rugi tersangat besar adanya.

2)  khutbah jumaat ini adalah paling best selama setahun saya jalan jalan cari hidayah ini.  Topik khutbah ialah pengurusan masa. Cukup bagus teks ucapan khutbah kali ini.  Bila sebut pasal pengurusan ..kata dasarnya ialah 'urus' yg bermakna 'jaga jaga'.

Orang urus benda dipanggil pengurus atau manager.

pengurus rumah tangga dipanggil ayah, abah, daddy, dad atau big boss.

big boss yg bagus pandai mengurus isteri dan anak anaknya siang dan malam.  Orang bawah jagaan dia hidup sihat, senang dan bahagia. Ini berlaku jika si ayah, ibu dan anak anak berehhhh. Duit masuk lebih kuat dari duit keluar dari famili ini.

simple. Jika ayah bergaji rm1000 dan ibu bergaji rm5000 maka duit masuk ialah rm6000 sebulan.  Jika jumlah belanja keluarga ini ialah rm4000 maka duit simpan ialah rm2000 pada bulan itu. Berehhh? Alhamdulilah.

orang berehhh tahu simple mathematics ini.

tak tahu benda ini ..famili itu akan jadi gila.
dipanggil pengurus lemah, tidak cekap dan dlm bahasa kampung .. pengurus gilo.

3)  sekarang ..di malaysia ..selalu kito dengar berita orang bunuh orang.  Di malaysia..kerja polis nampoknya ..kutip mayat dan urus si mati.  Kalau disemak secara rapi..org bunuh orang adalah berkaitan dengan pengurusan wang. Ada org dengki pasal wang kawanya lebih banyak darinyor.

jalan pintas bunuh.
Ada cikgu kelantan ..walaupun dah ada jawatan tetap ..bila main duit dan berhutang hutang duit dgn orang lain.. akhir cerito dia dibunuh. Mengapa? Pengurusan wang.

4)  dalam rumah tangga kita ada pengurus cekap dan bijaksana pasal mengurus wang.

semua ahli keluarga mahu ayah pandai urus wangnya dan ibunya.

begitu juga..dlm satu negara.  Rakyat jelata nak sangat mendengar sistem pengurusan wang negara adalah berehhhh. Negara kaya bila kita tak berhutang.

kalau negara kaya dan tidak berhutang saban tahun..pengurus negara bergelar pengurus yg cukup berbisa.  Cukup handal dan terbaik punyo.

bila laporan mengatakan ..hutang negara sudah melebihi rm500 bilion ringgit..rakyat jelato yg cerdik pandai mula meneka ..neka ..pengurus kito tok cekap lah ini.

pengurus besar ekonomi bergelar perdana menteri.

bila kita kata..pengurus ini tak berehhh..secara santai kita maksudkan..perdana menteri kito..tak cekap, tok berehh dan tok reti buat kerja.

di negara ini, perdana menteri mempunyai pegawai kerajaan berjumlah 1.2 juta orang.

pegawai kerajaan diminta menolong kerajaan.  Bila pegawai keÅ•aajaan tok bereh menjalankan kerja..maka kesannya ..perdana menteri jadi tok berehh sama. Itulah realitinyo.

disebabkan pegawai kerajaan tok berehhh..perdana menteri tok berehhh..maka hutang negara terus menjunam dan tersangatlah bahaya.

Jika kita gi hospital..kita melawat pesakit diabetes dgn kaki nya sudah hitam legam, bengkak dan bahaya..jalan terbaik ialah doktor pakar akan ambil gergaji memotong kaki pesakit itu. Berehh?
mengapa berehhh? Kerana kaki sakit si pengidap diabetes telah dipotong dan dibuang dari sistem tubuh badan pesakit itu.

kenapa tak simpan kaki itu?  Jawapan mudah ialah ..untuk selamatkan si pesakit itulah. Alhamdilah syukur nikmat.

sekarang..hutang negara sudah terlampau banyak. Mengapa tak potong jer.. pengurus besar negara kito ini?

bakpo nyor nak simpan lama lama.

kita cerdik atau kita tak cerdik ini?

dulu rakyat malaysia cerdik.  Mana ada hutang negara sebegini rupa.

now .. bukan setakat polis tak berehh, cikgu pun tok berehh jugak.

lama lama jatuh ke atas muka dio. Perdana menteri pun tak cerdik mana.

6)  sebab itu saya suka khutbah jumaat kali ini.  Kualiti khutbah ini terbaik untuk tahun ini dibandingkan dgn khutbah khutbah setahun saya dok dengar, dok angguk sambil sambil dlm proses memejam mata, telinga dan terus tidur dlm khutbah jumaat.

oleh itu.. pandai pandailah membawa diri. Musim sekarang ..tak bagus gi berkelah di tepi tepi laut. Angin kuat, sejuk ..dan ombak laut tinggi dan merbahaya. Boleh megancam nyawa anak anak bila bermain air laut musim cuti sekolah ini. Tanya orang acheh dan org filipina. Mereka keno taufan. Ramai mati.

sekian. Renungkanlah. Rakyat filipina mati kena taufan..kita malaysia mati sebab pengurusan hutang yg melampau lampau. Mati keno bunuh. Mau you?

sekian.

wallah hu aklam.



0 comments:

Post a Comment