Salam dan selamat sejahtera
Sudah lama saya tinggalkan topik panas ini.
dari pengalaman saya .. tesis , viva dan macam macam alah berkaitan dgn tesis
bagus anda :
1) tahu dan fokus .. berkenaan dgn tajuk kajian anda
2) tahu sangat sangat berkaitan dgn objektif kajian
3) tahu design , research itu ..mengapa cara itu diambil / siapa pelopornya .. first designer dan resultnya
4) findings yg telah diperolehi sehingga setakat ini
5) adakah semua RQ terjawab. kalau ada ..susun RQ dan jawapan jawapan dari paling best kpd paling lemah atau blur
6) bersiap sedia untuk mempertahankan findings (dapatan) anda
7) kaitan dapatan dapatan anda dengan reseracher terdahulu
8) ada persamaan ? ada kelainan ..dan mengapa? agak agak kenapa ..anda gagal mendapatkan .. dapatan seperti orang lain terdahulu
9) sumbangan kajian tuan/puan terhadap ketumbukan ilmu (body of research); mengapa anda berani berkata begitu dan
10) cuba sebutkan sekali sekala .. publications tuan dalam 'impact factor ' journal tuan hamba. Ini memberi audiences sedar bahawa dapatan dapatan ini telah dibaca, ditapis, diperiksa otak anda oleh pihak luar seperti panel dan reviewers iEEE/ Springer Kuda selama ini? he..he..
----
Bagus sangat anda ..buat 'mock viva' sekurang-kurangnya 2 kali
kali pertama dengan kawan-kawan baik, kawan kawan jahat (anti idea tuan selama ini)
dengar komen mereka
kasi otak anda ligat ..menjawab ..soalan soalan gila dari mereka
kali kedua ..buat mock viva .. dengan Supervisor 1, supervisor 2 anda dan staf jabatan , fakulti tuan hamba
---
* result: if kena tembak banyak banyak dalam mock viva itu ..jgn bersedih sangat/
anggap ini satu latihan untuk kita bersedia bagi berhadapan dengan VIVA sebenar
** kalau tak ada apa apa komen dalam mock viva ..jgn suka sangat .. jgn happy sangat ..mungkin audiences anda telinganya tersumbat masuk air. (laugh).
So be prepared.
Finally , I wish you ..from the core of my heart ( red warriors' heart) .. all the best tuan/puan/ adik kakok kalian.
wasallam/
wallahu aklam bis sawabbbb.. saya masih belajar lagi .. Ameen.
0 comments:
Post a Comment