jgn jealous lah

Posted by sazali

Salam.

sibuk dia. Orang beli hadiah mahal kat anak ..cikgu pulak yg jealous. Ajaib?


orang pandai kerja makan gaji terlalu berkira. Sebab pandai, belum apa apa dah buat proposal untung rugi tolak campur.

org panggil feasibility study.

akhir akhir dok bilang gred 41, 44, 48, 52 dan 54.

jadi hamba kerajaan.

selagi dipanggil hamba, selagi tu tok leh kaya. Full stop!

2)  org niaga ..tok bilang gred. Dia bilang kaki ayam. Jual ayam.  Kalau di pasaran jumlah ayam yg diminta oleh orang ramai ialah 10,000 ekor sehari dan harga ayam dijual dgn untung..rm1 se ekor secara bodoh , penjual ayam dah dpt untung rm10000 untuk 1 hari itu.

jika trend harga ayam kekal dgn untung se ekor ayam ialah 1 ringgit selama 10 hari berturut turut.. maka conggoklah berapo untung si penjual itu rm100,000

dengan duit sebanyok itu, boleh lah dia bayar deposit kereto anoknya lulusan upsr 5A . Deposit 100,000 dan jika harga mini cooper..ialah 350,000rm hutang dgn kedai kereta atau bank cino hanya rm250,000

org niago ..selalu bertukar selera. Minggu ni suko mini cooper ..tahun depan nok pakai kereto model lain. Penjual ayam boleh tolak mini cooper tu anytime.

dio ambik kereto lain.  Deposit kereto baru ..pakai deposit kereto lamolah.

tak kirolah..turun atau susut nilai..yg penting..dio leh paka kereto lain.

3)  zaman sekarang zaman org bedil orang.  Penjual ayam, itek, lembu, kubar terdedah dgn pesaing pesaing jualannya di kedai.

silap silap haribulan..org jahat mari bedil kito kerana bisnes ayam kito menjadi jadi. Jadi gapo? Jadi kayo lah.

jarang kito dengar guru matematik upsr dibedil oleh guru guru lain kerana anak anak muridnyor semua dpt pangkat 'a' dlm upsr subjek matematik.

tetapi dlm dunia perniagaan tok kiro lah niagor ayam kor, telur ayam kor, atau kepak ayam ..silap silap harga kito under cutting dgn harga org lain..bini kito tibo tibo jadi janda toke' ayamlah.  Why? Tok laki dio baru je keno bedil.

3)  hidup kita ada buku sifir.

org kerjo sorang buku sifir dio lain dgn orang lain yg manor tok laki kerjo guru dan bini dio jurutera.

org niaga ayam..pakai buku sifir lain dengan kito kerjo kerajaan.  Buku sifir dio..boleh dpt untung cepat dan boleh juga dpt rugi..tiba tiba muflis.

hidup dio antara untung besar dan rugi besar. Antara dua dua keadaan..dio pakai mini cooper.

kalau mu rasa mu suko hidup..antara 2 alam untung besar dan rùggi besar setiap hari.. silo letak jawatan guru..dan jom gi jual ayam.

boleh kor mu jual 10,000ekor ayam sehari?

bagi aku..nok jual 3 ekor ayam sehari pun payah.

mu raso guanor ben?

5)
tok tuo aku wayak..kito tahu ..peniagor ayam tu betul betul kayo..di saat saat dio mati.  Jika ramai org mari mintok hutang 1 hari sebelum dio mati.. ini bermaknor selamo ni kayo dio adalah kayo kes hutanglah. Sekeliling pinggang.

jika tok ada org mari mintok hutang ayam dari jandonya 1 hari, 1 minggu, 1 bulan, 1 tahun kes arwah berhutang..mako confirm penjuala ayam itu benar benar kayo.

tetapi jrg benar kito jupo org niago tidak ada hutang.

mu pikirlah keadaan di atas. Hok mano satu mu nok? Gred 41 atau hutang ayam rm410,000 ?

syukurlah ben dgn apa apa yg ada anugerah tuhan. Jgn jealous kat jiran.

sekarang darah kito makin tinggi..kes kito jealous kat jiran kito. Nagi tok tinggi..bini dio professor.

Ado tu tok laki hidung kemik..bini dio pengurus bank kumpur paling besar. Tok tahulah besar pangkat atau besar punggungnyor. Yg aku tahu..miñii cooper tu tok muat bini dio naik.

ha..ha.

rumusan cerito.  Jgn jealouslah.  Bini kito ok doh.  Tidor tidor tak bau kepok ayam..sudahlah.

Sekian.
wal asri.

0 comments:

Post a Comment