main hand set

Posted by sazali

Salam

Rata rata  kita perhatikan ramai pelajar , belia  suka main hand set tak kira pagi, petang dan malam.

dasyatnya.

Cakap kat depa

'.. kalian main main messages itu dengan orang yg kalian tak berapa kenal lah, ada tu ..tak kenal pun berjam-jam messages ke sana sini  ..
sedangkan saudara saudara kau di kampung itu ..yg banyak mengenali sejarah hidup kamu, ibu bapa kamu dari awal hingga akhiran ... langsung kamu tak peduli.  Mengapa anak?

Otak kau ni ..betul ke?

nanti bila sakit , kenduri kahwin ..kumpulan manakah yg dahulu membantu kamu  dalam kesakitan

dan ..  tumpang sekaki seronok dengan majlis mu itu?'.

Fikirkanlah adik adikku semua.

2) Begitulah ..  ilmu yg saya dapat dengan En Julito (Filipina) pagi tadi.  Kawan satu jabatan dengan saya.


Berdesing telinga bukan?

tapi ...tak apa .. ubat batuk paling pahit ..elok untuk penyakit batuk kering itu.

Selalunya ..ubat yg pahitlah yang paling mujarab.

Sekian.

Wasallam.  Kita sama sama ambik ikhtibar sempena bulan Syaaban yg mubarak ini.




0 comments:

Post a Comment