Nilai ..

Posted by sazali

Salam

Sempena Bulan Ramadhan yang kian menjelma izinkan saya menulis sesuatu tentang nilai/ value..

Banyak benda boleh ditulis pasal 'nilai'

1.  nilai cinta. Waduh-waduh ..
2.  nilai satu rumah tangga yg rukun damai
3.  nilai satu keping skrol ijazah ketiga, ijazah S3  bapak?
4.  nilai kawan
5.  nilai jiran
6.  nilai nyawa di kandung badan
dan lain lain.

---

1. nilai cinta

Orang pernah kita bercinta ..sekarang sudah bergelar isteri/suami kita dah.
Kita kena hargai dia.  Mengapa?  Dia tahu banyak sejarah berkenaan dgn diri kita.
Jatuh bangun kita.
Sudah tentu sekarang ..dia bukan macam dulu lagi dari segi fizikal ..tetapi nun dalam hati nya ..
dia masih kasih kpd kita secara terang-terangan atau .. diam - diaman. Tolonglah menghargai dia please?

2.  nilai rumah tangga

Saya mendirikan sebuah rumahtangga pada awal 1981 lagi dalam status seorang pelajar luar negara.  Banyak dugaan .. cinta antara 2 negeri. Satu di Timur Semenanjung  dan satu dekat dengan ibu negara.

Sudah banyak masa, tenaga, wang ringgit habis untuk menjaga kerukunan rumah tangga ini demi agama dan Allah yang Maha Esa. Bukankah satu pernikahan itu amanah tuhan? jaga lah pak baik baik.  Jika rumah tangga bernilai seperti sebuah kereta jepun, selipar jepun BATA  ..sudah tentu kita sanggup melepaskannya .. dan lantas mencari kereta serba baru.  mahukah?  Tetapi rumah tangga ..lebih berharga dari kereta buatan jepun itu ..  walaupun banyak kekurangan .. fokus kita tengok kepada kebaikan dan kekuatannya sudahlah.  9999  tak bagus ..tetapi fokus hati kita kpd 1.  Selamat!

3.  nilai Ph.D

Ini punya skrol ..tidak ternilai kot pada diri ku.  Jika kutulis ..pengurbanan aku dan isteri dan anak anak dlm ranjau mencari title PhD .. mungkin dakwat hitam satu tasik UTHM tak mampu .. bisa .. membekalkan pena ku waktu aku menulisnya.
Ingat hari itu ..kawan kawan ketawakan saya .. umur banyak , cita-cita tinggi.  Depa kata.  Arwah Pak Hendri, Arwah Pok Yar .dan
Ada ramai lg geng sudah jadi ahli kubur .. dalam proses pencarian skrol ketiga ini ..

Ada geng mengadu .. dia sakit kepala dan darah tiba tiba naik ..membaca jurnal matematik , simulasi , komputer, programming dan macam macam .. kajian literatur
tapi bila sang dia ini mendapat isteri baru ..semua darah ..sudah cool .. sodap ...dia kata.
Pendek kata ..dia penakut, pengecut ..dan macam macam ..orang takut gagal ..  tak leh belayar jauh dlm dunia PhD =  perjalanan hujung2 dunia.  Kita kena 'dare to fail' baru boleh tawan VIVA .. dan macam macam.  Insyallah.

4.  nilai kawan
Saya ada ramai kawan  Johor, Kelantan, Besut, Pakistan, Afghanistan, Kanada, Amerika, Great Britain.  Kawan kawan pun .. mempunyai saya.  Kami seronok berkawan dgn satu sama lain.

Kita bergaduh , berperang .. tetapi bila satu kawan tiba tiba hilang ..
kita jadi kaget .. di mana engkau wahai teman?

bila dengar kawan sudah mati tiba-tiba..

hati mulai sayu ..teringat semua kebaikan arwah semasa ..suka suka/ berkelahi bersama-sama kita semua.

Begitulah nilai kawan.  Kita tak akan menghargai kawan secukupnya ..sehingga satu masa ..dia mengucapkan selamat tinggal untuk kita semua secara tiba-tiba.

Kawan biar beribu, musuh jangan ada satu pun.

Betullah  pesan ayah dan  ibu kpd aku.

5. nilai jiran

Saya ada ramai jiran.  Mengapa? saya anak polis  PDRM Johor, Terengganu, Pahang, Kelantan.
Ramai jiran kami.

tak leh lawan ... kawan/jiran ku N-M-G
kita bersama sama bersekolah, tuisyen, mandi sungai , mengaji Al Quraan, curi mempelam mud a orang , dan of course mengintai .. ada kakak-kakak  baru khawin dgn abang abang askar komando

ha..ha..ha..  jika tak nakal .. .bukan anak polislah engkau.  Kenakalan satu element dalam set 'anak polis' AP.

tapi bila dengar jiranku ..sakit diabetis .. sayu dalam hati ..  mengapa begitu ya Allah?

6. nilai nyawa

Kita tak menghargai nyawa nii betul betul.
Ada orang sanggup habiskan wang membeli rokok/ dadah.  Menjahamkan dirinya. Paru paru rusak sudah bertukar status  kau kena..barah.

Ada orang sanggup makan manis-manis banyak banyak ..tiba tiba jadi diabetes.
Potong kaki, potong jari ...  habis benda dipotong doktor dengan gergajinya.

kasihan .. tangan, kaki  kita .. tiba tiba kudung.

Sebagai seorang yang waras ..kita patut ..menghargai nilai nyawa ini.
Hargailah 5 perkara
sebelum 5 perkara dtg pada mu.  Hadith Rasulullah s.a.w  ini ..bukan dongeng dari ku..

6.1 hargai nilai senang sebelum datangnya susah
6.2  hargai nilai kaya sebelum datangya papa kedana
6.3  hargai nilai muda sebelum kau bergelar atuk & wor
6.4  hargai nilai sihat sebelum wayar warna warni  berlegar atas muka mu & berbelit  dalam duburmu
6.5 hargai nilai nyawa ini sebelum kau tiba tiba mati//  oleh itu Jgn pandu keretamu laju laju .. nak ke mana kamu?

7. Nilai keberadaan kita dalam bulan Ramadahn al-Mubarak

satu amalan sunat ..tuhan upgrade jadi amalan fardhu
satu amalan fardhu ..tuhan naiktarafkan kepada 70 kali fardhu

nak cari mana itu?

Orang yg sudah mati .. tak sanggup dia mendengar orang hidup punya ganjaran ..bila berada dalam bulan Ramadhan yg mulia ini mulai 6/6/2016.

Mengapa?

Nilai masa dalam Ramadhan terlampau berharga.

Gunakan masa ini dgn baik ..dgn cermat .. jgn sibuk dgn YouTube tak tentu pasal ..nanti masuk zon haram/  batal semua puasa mu hari ini.

Gunakan masa ..mengaji Al Quraan ..belajar setiap huruf huruf dalam mukadamm  pun OK,  cara menyebutnya, tajwidnya, makhrajnya, panjang pendeknya dan mcm mcm lagi.
Belajar dgn adik adik yg jauh lebih muda dari kita pun Ok ..
belajar memasak/

jika musim raya ..jika  isteri pandai memasak ..seronok sangatlah aku .. atau kita.

jika tidak penat nak cari makanan sedap sedap ..terutama HR 2, HR 3, HR 4   HR hari raya

jika isteri/ suami pandai buat masakan best best ..meja besar di rumah penuh dgn juadah .. sedap layan tetamu ..  mata pun sedap ..berbual pun meleret leret panjangnya. Kad ATM  ..  kita bawak ke dinding bank ..terus tekan tekan ..cari lauknya dahulu di pasar

jika tidak ..angkat biskut kering .. baik tak payah berhari raya.. baik kunci pagar rumah sayang ..kita semua jom ..tidur jer lah walaupun hari masih siang.

Kasi malu kat abah jer..

He..he..he..

sebab itu ..kita kena appreciate isteri kita yang pertama, kedua, ketiga, keempat ..semua pandai memasak.  Hargai mereka walaupun tapak tangan mereka berbau bawang merah, putih, kunyit dan halia..  rambut hitam mereka berbau asap .. hasil asap berkepul kepul membakar sate dan siapkan lemang ..hishhh..best nya.

isteri pertama =  semua jenis lauk pauk berat berat melayu ..dia bisa uruskan  .. dia boleh sediakan apak
isteri kedua = biskut, kek tradisional melayu seperti tapai pulut, tapai beras , dodol, tapai ubi , kueh behhulu, ..semua dia control, conquer

isteri ketiga =  western food .  burger, hot dog, steak, fish n chips, .. sate ..semua dia bisa atur apak. jangan lupa buat kuahnya ayang...  saya belikan roti mamak nanti

isteri ke empat =  makanan mamak ( janda mamak india di georgetown dulu dulu ..) syukur kita pandai tackle mak aji ini.  Dia  kata nak kita teman dia sahaja jah ..umur 60 tahun +++  untuk solat berjamaah di downtown Georgetown dan mlm mlm .  Tak mau heavy heavy ..jantung apak.

He.he..he..

patah pinggang anak ku.

Begitulah ..sketsa ..satu nilai dalam hidup kita ini.

Jangan bergaduh.
sweet talk ..plz//  atau buat pura pura bisu.  Bagus kita mengalah ..asalkan makanan penuh di atas mejo memusing itu.  Kita lawan after raya  lah.

8)  nilai ibu bapa dan adik beradik

ada ibu bapa ..boleh kita bermanja.  Tak ada mereka ..sunyi sepi je kami adik beradik.
ada abng kakak ..boleh  mintak tolong.  Duit poket waktu d  universiti, matrikulasi dan politeknik.  Duit buku buku depa yg bantu. Notebook hilang ..abng kakak belikan yg lain.
ada adik ...tolong basuh tayar kereta abng adik.  Kasi kilat sport rim kereta abng ni.

9)  nilai islam, taufiq dan hidayah
Ada hidayat ..kita hargai kemanisan beramal.
kita sedar dosa dosa dan pahala. Tak baik lawan kata org org tua mu.
Ada taufiq ..kita ikut perintah tuhan, nabinya dan ..nampaklah syurga.  Apa ke benda ini semua.

10)  nilai satu satu jawatan pada masa ini
Ada kerja ..boleh bayar sewa rumah, kereta dan mcm mcm..
tak ada kerja ..bila kena buang ..rasa rassa dunia tiba2 gelap jer.
Anak anak hilang minat nak belajar.  Why?  Ayah hilang kerja di industri nya.
mana tempat lg nak korek wang.  Betul tak?  Mak engkau?  Dia kuat bila ayah kuat pergi kerja pagi pagi. Motivasi dgn ayah.  Ibu ikut kuat
bersama sama.
OLEH ITU .. tahulah nilai nilai di atas.  Hargailah.  Bersyukur bnyk2.  Abah omak ada lagi ni.

11)  nilai kerajaan melayu islam kito.

Bila ini ada 450,000 jawatan kerajaan diwujudkan.60 hingga 70 peratus diagihkan kpd melayu kita.  Bilo terlampau ramai melayu d  Jabatan Imegresen .. rasuah, korupsi, tengok ada pegawai imegresen dibuang kerja.  Bagus.
Biasiswa. Dermasiswa, derma masjid, bangunan2 masjid, MRSM. SMS. Prof prof melayu.  KPN berbangsa melayu. PM melayu.  TpM melayu.  Agung dan rajo2 melayu. Aghhh..melayu mudah lupa nilai-nilai bekerja kerajaan sebegini rupa.  Mengapakah agaknya?

Bila kerajaan ini tumbang ..agak agaknya di manalah kita semua akan berada terutama pelajar dan guru-guru malas, askar udara malas cam kapalterbang lintas atas kepalanya, polis malas, drebar bas pemalas, tok penghulu malas, belia beliawanis malas nak berniaga melawan mamak import roti canai,  menteri lembab dan malas membaca buku buku berat isi kandungannya.  Mahukah kerajaan baru menyimpan lagi geng geng ini semua?
Ingat satu zaman bilamana org Bosnia muslim diburu, dibunuh dan anak anak dara mereka dirogol  hidup hidup di hadapan mata ibu ayah sendiri.  Allahu akbar!  Kalu itu boleh berlaku di Bosnia .. tidakkah benda yg sama boleh berlaku di sini juga?  Apakah istemewanya Malaysia dibandingkan dgn Bosnia, Myangmar dan Kemboja?  Menteri rasuah ..apakah nilainya dia di sisi tuhan robul jalil.

Sekian.
Wasallam.

Selamat Berpuasa.








0 comments:

Post a Comment