salam
Dari analisa ..hari ni ..
Artikel saya bertajuk ' tips guru cemerlang ' mengatasi artikel ' jangan takut anakku Ph.d'.
Inilah kali pertama kejatuhan article phd ini.
Tak sangkalah.
Satu lagi ... sambutan pembaca dari Russia & Jepun sudah mengalahkan jumlah pembaca Malaysia sendiri. Subhanallah. Tak sangka bukan? Setahu saya Russia ada Pusat Bahasa Melayu , Institut Bahasa Melayu ..begitu juga di German ..ada pusat pusat bahasa asia kot .. syukurlah .. agar ilmu yg ada boleh kita berkongsi bersama untuk kebaikan manusia sejagat. Terima kasih adik adik / tuan dan puan.
2) Merujuk kepada ayat pertma di atas, mesti ada kumpulan guru guru yg sedang mengikuti blog saya ni.
Terima kasih cikgu kerana memberi dorongan, kerjasama dan doa untuk kejayaan blog ini.
Ohs.. sebelum terlupa. Kepada semua warga guru , saya ingin mengucapkan
Happy Teachers day. 16 Mei 2016 nanti.
3) Ada sedikit ole-ole dari saya guru tua ni..
3.1 jangan panic dengan tugasan menimbun di atas meja itu
3.2 jaga kesihatan , emosi, tutur kata, gosok gigi jgn lupa
3.3 jika happy alhamdulilah ; jika susah ..alhamdulilah juga. Mengapa? ramai graduan tak bekerja cikgu .. kasihan ..bila tak ada kerja macam mana nak pinang anak dara cikgu bukan?
3.4 dalam diam ..bacalah Al Quraan nur kareem ..ubat segala duka nestapa, pahit nescafe
3.5 bersyukurlah kita berada di sekolah, politeknik, kolej kommuniti, universiti, UTHM, hospital universiti dan lain-lain lg ler. Sekurang-kurangnya kita mempunyai ramai kenalan dari berbagai bagai bangsa, agama, budaya dan cita rasa. Boleh jual baju baju lama, kasut kasut sukan lama, buku buku lama, - bundle them all together ...gather gather ..
Sekian. Rugi jika kita ke sekolah dengan wajah mencuka cikgu .
Hadiahkanlah senyuman kpd murid2 dan pelajar2 kita yang mana ibu ayah sakit, dibuang kerja, susah dan bermacam macam dugaan lagi dari tuhan dan prestasi kerajaan mutakhir ini. GST 6%?
wasallam.
1 july 2016 - gaji demo naik lagi kan? nok gapo lagi
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment