salam
Hari ni ..aku berada di Kota Bharu.
60 km dari sini , kawan kawan lama sedang berkumpul dengan Dato' Sri Idris Jusoh .. Menteri Pendidikan II .. majlis alumni Tengku Mahmud, Besut.
Didoakan mereka gembira.
2) Aku mengambil keputusan tidak ke sana .. hari ni ..aku mahu bersendirian menghirup angin segar Bandaraya Islam Kota Bahru.
3) Aku ingin menguruskan sedikit perbelanjaan dari TH. Nak settle duit orang. Hutang kena bayar bukan?
4) Sedap berjalan seorang diri. Tak mahu fikir siapa siapa sangat.. mahu fikir diri sendiri sudahlah.
Fikir apa:
4.1 apa nak jadi selepas ini?
4.2 nak duduk dengan siapa bila bersara terus dari KPM
4.3 bagaimana nak menyesuaikan kehidupan ini dengan cara orang kampung halaman
Begitulah sikit sebanyak benda benda yg ada dalam kepala otak ini.
He..he..he..
Bila menulis sesuatu dengan panggilan diri AKU rasa rasa sombong, bongkak dan macam macam. Tetapi biarlah.
Kita menulis sopan pun .. tak tahu lagi .. tulisan ini dibaca atau pun tidak. Lagi pun .. sekarang ..org selalu sebut 'skema'. Orang skema .. ada orang tak minat bersama-sama. Mereka suka orang brutal. Kesan suka brutaliti .. ada orang dibunuh hidup-hidup dalam rompakan di kampung dan lain-lain lagi. Tengok saja .. episod lawak ..senario ..orang suka mendengar dan menonton senario kerana skrip mereka tidak skema. Penat Pengarah Besar Dewan Bahasa Pustaka membebel ..perlunya kita melahirkan skrip filem yang ada nilai , budi bahasa dan budaya melayu teragung kita. Dia tak tahu .. skrip skema tidak laku dlm pasaran. Maaf Datuk!
Rumusan hidup:
A) jangan risau. Kita adalah kita. Jika kita gembira, kita gembiralah. Kalau kita pokai ..kita pokailah ..tak ramai orang nak bertanya khabar orang pokai dan mempunyai hutang keliling pinggang. Sabar jer lah .. itu semua ..kau juga yg cari pasal ..bukan tuhan punya pasal pun.
B) dosa. pahala, dosa, neraka dan syurga. Itu haq Allah. Manalah kita tahu ke mana destinasi kita bila berada di dunia sana. Kalau dilihat sejarah hidup aku pun yg lahir tak cukup bulan ni .. siapa sangka aku enak enak makan minum dalam pesawat MADRID AIR Spain dari Madrid ke Pulau Teneriffe .. dalam bisnes class cockpit ... dikerumuni oleh steward/dess .. 5 - 6 orang .. you want more Sir? He..he.. he.. rasa mcm anak raja jer.
Bila tengok di luar jendela .. bisikan syaitan datang bertalu-talu .. ini lah syurga dunia brother. Kau buat apa apa di Eropah .. tak ada orang tau .. tahu tak brother?
C) hidup biar berjasa. Jangan sakitkan hati orang dan jika mampu ..banyakkan sedekah dgn senyuman, nasihat yg baik , tutur kata yg sopan ..kerana ilmu mu tak ada orang yg akan ingat lama lama ..tetapi peribadi mu ..insyallah ada kot .. hidup itu mulia kerana budi bahasa
D) dengan ibu bapa ..rendahkan lah sayap mu itu ..dgn anak bini .. didiklah mereka walaupun kau sendiri tidak berharta dan kurang rupa (jika dibandingkan dengan Imran Khan Pakistan MP) he..he..
E) jika senang, berkongsilah. Jika susah .. sabar! jangan sibuk nak mintak tolong dari orang ramai.
Sekian. Aku nak gi makan laksan kelate. Makan sorang sorang .. dulu ada 6 anak .. tak puas makan ..ada jer yg menangis dan ada berebut nok gi tandas .. while kito orang dok sedak sedak makan makan. Now abah nok enjoy sorang sorang. Ok tak?
Wasallam
salam
Kita makhluk tuhan sentiasa berhadapan dgn masalah. Mcm mcm masalah ada dalam kalangan kita.
Antaranya ialah:
pertama, nak sambung belajar atau tidak ke peringkat yg lebih tinggi,
kedua, nak khawin dgn minah orang kampung kita tapi tak bekerja atau Mary dari Sabah yang bekerja sebagai staf Air Asia. Kedua-dua merpati cukup lawa sekali. Silap silap ayah kita pun tergoda sama. (ketawa).
ketiga, nak ikut mak atau nak dengar kata isteri. Mengikut kitab, pilih antara syurga atau neraka. Disokong pula oleh cerita-cerita org org tua, bini boleh dicari antara 7 benua dunia tetapi ibu mu .. itu se orang jer jali
keempat, nak pergi haji atau tidak? Hutang orang kampung tak beres beres lagi termasuk hutang dgn kedai Ah Seng tu .. kedai runcit ..kedai cina 1 tu jer dlm kampung melayu jawa. Hutang tak 100% bayar, tak leh gi haji. Tak sah ..aku dengar ustaz cakap? Ygg aku dengar dari mulut Ah Seng ..dio kata ..if mu cayo Allah itu ada, mu bayarlah hutang mu itu haji.
--
Banyak dilema bukan?
He..he..he..
-------
Ada orang cuba sedaya mungkin menyelesaikan masalah antara 2 perkara di atas. Ada yang berjaya dan ada yg tidak. Kasihan. Yang tak berjaya ..ada yg mati atas jalanraya ..putus kepala, terhempap dgn muatan lori seberat gunung Fuji (Jepun) dan ada yang mati kena petir , kilat sambung menyambung dan kes kapal terbang yg hilang itu, entah ke mana tubuh tubuh org org kita itu yer brother?
---
Apa apa pun .. kita kena cerdik. Kita buat apa yg termampu sudahlah. Jangan berat sebelah. Dunia kita cari, akhirat pun kita kena cari jugak. 50 50.
Idea 50 , 50 ini kita kena faham molek. If satu hari kita bekerja di opis cina tak sembahyang zohor, tak sembahyang asar, miss maghrib kerana trafik jam kumpur ..dan pulang pulak bergaduh dengan bini/ suami .. mana ada 50 50 dunia dan akhirat ini. Entah entah dunia 100: akhirat 0. So no such thing as moderates ma.
Yang bagus ialah kita ke sekolah sebagai guru . Mengajar anak anak orang hingga pandai dari kita sendiri. Bila pulang ..cakap elok elok dgn partner baik baik ..jgn melenting tak tentu pasal ..kerana mak mertua kita ada tu. Buruk imej kita maklumlah sekarang handphone ada. Dia ambik aksi kita dan facebook dgn anak anaknya...nahas kita bang. Sekelip mata semua badang-badang badan besar macam Mike Tyson semua dah ada di hadapan rumah untuk kerjakan kita hidup-hidup. Dekat nak mati dikerjakan itu ..mana ada 50 50. Bukan? Wal hasil kau dicop mati sebagai orang bodoh.
Kita keno cerdik bukan sekali ..tetapi all the kali.
Cerdik tak mari dari buku buku. Cerdik mari dari .. pembacaan, pemerhatian dan pandai jaga mulut mu .. if tak boleh jugak ..jahit sendiri mulut itu 8 jam sehari. Boleh mu?
Mulut kamu dan saya membawa banyak faedah. Ada yg bagus dan ada jua ..yg merosakkan badan ..contoh kes bercerai berai. Semua datang dari mulut yg jahat itu. He..he.. dah lah mulut ini busuk musim puasa ..jahat pulak tu.
So kena cerdik sepanjang masa.
Sekian. Cerdik ngaji degree, masters dan Ph.D. Cerdik cari bini dan cerdik hidup sampai mati. Insya allah nyaman bah.
Wasallam
Salam
Time kita berbual , kadang-kadang terkeluar perkataan ini :
tu lah engkau ..
1) ada bini bagus, lawa , cerdik kau tak layan elok elok. Tengok apa dah jadi? Sekarang dia sudah kepunyaan orang lain. He..he..he...sorry lah idea cina buta kau itu.
2) ada scholarship luar negara dahulu, tak buat betul-betul. Asyik car boot sales, grape picking, British Motor cari kereta itu dan ini. Sekarang bukankah semua dah jadi susah nak siapkan Ph.D. Lab di sana tak sama dengan Lab di tempat kita ini. Technicians depa lain nohhhh... highly disciplined, expertise ?
3) ada kedai corner lot - kau tak bukak kedai nasi lemak, nasi ayam betul -betul. Now apa jadi ... mamak 25 hour corner dah conquer .. semua org stop di situ tau? Bodohlah kau ..bukan senang dpt lokasi sebegitu strategik .. students beribu ribu dtg 24/7
4) ada kerja dulu, kau memonteng. Kau kacau staf (bini orang) . Sekarang dah kena buang kerja. Padan muka. Kan susah dah ni/ tak ada universiti nak ambik kau lagi.
5) dulu ada ramai orang yang mahir, pakar dgn dunia teknologi komputer ..sekarang mereka dah pulang ke negara masing masing , Kalaulah digunakan kepakaran itu waktu itu dengan sempurna sudah tentu universiti ini sudah jauh kemajuannya. Tu lah ..engkau sibuk dgn majlis rayalah, majils marhabanlah, majlis khawin dan ..banyak cuti cuti Malaysia .. kita bayar mahal expatriates tu bulan-bulan ..tetapi ..kita bayar sambil mereka pun cuti beraya dgn kito jugak. Negara ini pelik bin gila kan? (laugh)
Begitulah sikit sebanyak ..penyesalan. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian apa guna nya.
Sekian. Gunalah nikmat nikmat itu sebaik mungkin wahai penulis ini dan pembaca pembaca budiman. Jadikan sketsa-sketsa ini sebagai satu pengajaran. Jangan leka. Masa tak menunggu kita pun. jaga ahli keluarga kita elok elok. Tak rugi.


