Sudah lama tak pulang ke kampung

Posted by sazali

salam

Hari ni ..aku berada di Kota Bharu.

60 km dari sini , kawan kawan lama sedang berkumpul dengan Dato' Sri Idris Jusoh .. Menteri Pendidikan II .. majlis alumni Tengku Mahmud, Besut.

Didoakan mereka gembira.

2)  Aku mengambil keputusan tidak ke sana .. hari ni ..aku mahu bersendirian menghirup angin segar Bandaraya Islam Kota Bahru.

3) Aku ingin menguruskan sedikit perbelanjaan dari TH. Nak settle duit orang.  Hutang kena bayar bukan?

4) Sedap berjalan seorang diri.  Tak mahu fikir siapa siapa sangat..  mahu fikir diri sendiri sudahlah.

Fikir apa:

4.1  apa nak jadi selepas ini?
4.2  nak duduk dengan siapa bila bersara terus dari KPM
4.3  bagaimana nak menyesuaikan  kehidupan ini  dengan cara orang kampung halaman

Begitulah sikit sebanyak benda benda yg ada dalam kepala otak ini.

He..he..he..

Bila menulis sesuatu dengan panggilan diri AKU rasa rasa sombong, bongkak dan macam macam. Tetapi biarlah.

Kita menulis sopan pun ..  tak tahu lagi .. tulisan ini dibaca atau pun tidak.  Lagi pun .. sekarang ..org selalu sebut 'skema'.  Orang skema .. ada orang tak minat bersama-sama.  Mereka suka orang brutal.  Kesan suka brutaliti .. ada orang dibunuh hidup-hidup dalam rompakan di kampung dan lain-lain lagi.  Tengok saja .. episod lawak ..senario ..orang suka mendengar dan menonton senario kerana skrip mereka tidak skema.  Penat Pengarah Besar Dewan Bahasa Pustaka membebel ..perlunya kita melahirkan skrip filem yang ada nilai , budi bahasa dan budaya melayu teragung kita.  Dia tak tahu ..  skrip skema tidak laku dlm pasaran.  Maaf Datuk!

Rumusan hidup:

A)  jangan risau. Kita adalah kita. Jika kita gembira, kita gembiralah.  Kalau kita pokai ..kita pokailah ..tak ramai orang nak bertanya khabar orang pokai dan mempunyai hutang keliling pinggang. Sabar jer lah ..  itu  semua ..kau juga yg cari pasal ..bukan tuhan punya pasal pun.
B)  dosa. pahala, dosa, neraka dan syurga.  Itu haq Allah.  Manalah kita tahu ke mana destinasi kita bila berada di dunia sana.  Kalau dilihat sejarah hidup aku pun yg lahir tak cukup bulan ni .. siapa sangka aku enak enak makan minum dalam pesawat MADRID AIR Spain dari Madrid ke Pulau Teneriffe .. dalam bisnes class cockpit ... dikerumuni oleh steward/dess ..  5 - 6 orang .. you want more Sir?  He..he.. he..  rasa mcm anak raja jer.

Bila tengok di luar jendela .. bisikan syaitan datang bertalu-talu ..  ini lah syurga dunia brother.  Kau buat apa apa di Eropah ..  tak ada orang tau .. tahu tak brother?

C)  hidup biar berjasa.  Jangan sakitkan hati orang dan jika mampu ..banyakkan sedekah dgn senyuman, nasihat yg baik , tutur kata yg sopan ..kerana ilmu mu tak ada orang yg akan ingat lama lama  ..tetapi peribadi mu ..insyallah ada kot .. hidup itu mulia kerana budi bahasa

D) dengan ibu bapa ..rendahkan lah sayap mu itu ..dgn anak bini .. didiklah mereka walaupun kau sendiri tidak berharta dan kurang rupa (jika dibandingkan dengan Imran Khan Pakistan MP)  he..he..

E)  jika senang, berkongsilah. Jika susah .. sabar!  jangan sibuk nak mintak tolong dari orang ramai.

Sekian.  Aku nak gi makan laksan kelate.  Makan sorang sorang .. dulu ada 6 anak .. tak puas makan ..ada jer yg menangis dan ada berebut nok gi tandas .. while kito orang dok  sedak sedak makan makan.  Now abah nok enjoy sorang sorang.  Ok tak?

Wasallam

0 comments:

Post a Comment