fikiran yang baik datang dari ..

Posted by sazali

Salam

Selalu orang orang pandai/ tua  meningatkan kita bahawa ..

benih baik ..pergi ke mana mana pun ..akan jadi baik.

Lempar ke dalam laut ...benih baik akan timbul pulau.  Ya ker?

2)  Saya berpendapat begini pula:

2.1  if kita makan benda baik dan halal .. darah kita berkualitas baik.  Benih dlm organ kesuburan insya allah akan berkualitas baik. Itu pun jika pasangan hidup kita turut baik.

2.2  if kita membaca buku yg bagus, fikiran kita mempunyai input yg baik
2.3  input bagus .. proses bagus ..maka output pun baguslah insya allah.

3) So bagaimana ..nak kawal benda benda baik ini?

Ada orang kata ..jgn keluar dari rumah.  Bila balik sekolah ..jgn biarkan anak anak bercampur dgn kawan kawan yg nakal.

Ada orang kata .. kita memasak masakan sendiri.  Cari ikan, ubi kentang dan sayur ..kita terus masak.  Kita hidangkan makanan kpd anak anak.  Boleh jugak kita amalkan adab makan mengikut sunnah nabi. Berdoa dan bila makan kita bercakap benda benda yg baik seperrti pelajaran, trend komputer, trend matematik sains di negara ini dan kita akhiri makan makan kita dgn doa.  Subhanallah!

Tetapi zaman sekarang ..tak ramai orang mampu makan minum di rumah.  Kalau tak turun ke kedai mamak ..tak sedap rasa hati.  Tinggi sungguh kepercayaan kita kepada kualitas masakan di dalam kedai mamak india/ pakistan itu.

Untuk makluman , kedai mamak mempunyai tukang masak lelaki sahaja.  Tidak pernah lagi saya terserempak dgn tukang masak perempuan di bawa maghi dari Bombay, Peshawar atau Kashmir.  He..he..he..

org org lelaki jika masak , pakai lempar jer ..ketulan ketulan ayam ke dalam kuali bersaiz besar.  Masuk itu dan ini ..jgn risau jam 1 - 2 ptg karang ..eksekutif melayu akan turun dan makan.  Cukup bagus org org melayu.  Tinggi kepercayaan mereka kpd masakan benggali putih/ hitam ini.

Sekarang zaman penyakit kronik ..makin menjadi jadi. Sumber penyakit ialah dari kuali itu.

So berwaspasdalah.

4) Akhir kalam .. org baik ..selalu fikir benda baik.  Salah satu ialah berkongsi kongsi idea ..bahawa .. elok jugak kita masak di rumah ibu. Bukan susah sangat bukan?

Sekian.

Wallahu aklam bis sawab.  Tuhan Maha Besar.


0 comments:

Post a Comment