Bila itu dinamakan suratan ..

Posted by sazali

Salam

Semasa di Bangkok, hujung minggu yang lalu ..saya mendapat berita pilu ..TGNA sudah pulang ke rahmatullah.  Al Fatihah!

Masa yang sama saya mendengar DSAI dipenjarakan lagi.  Kuat kesan main dgn lub-ng belakang ini!
Dasyat.  Satu Malaysia ..  serious dgn kes sodomi ini. Tak sangka?  Orng ini saja ker ..  dlm dunia Malaysia ini?

Saya dengar jugak berita siapa tu ..Hasbullah Awang pengulas sukan dlm TV  ..meninggal dunia kerana jantung.  Al Fatihah!

pendek kata ..ramai orang dah meninggalkan kita untuk selama-lamanya.  Begitulah nasib kita ini.

Kita tak kekal.  Bila TGNA tak ada, Kelantan hilang aura nya yg unggul.  Setiap pagi jumaat di medan ilmu (hadapan kedai Jaafar Rawas , Pusat Bandaraya Islam , Kota Bharu) mungkin mulai hilang kekuatan 'magnet'nya.  Tak  sama dah ..aura TGNA dengan ustaz ustaz yg muda muda itu .. patah tumbuh hilang berganti ?  hishh ..payah ..Menteri Besar mu?

2)  Oleh sebab tak kekallah kita sebagai insan ..sebagai penuntut masters dan Ph.D ..kita kena sempurnakan amanah tuhan (siapkan tugas masters dan Ph.D tu)  secepat mungkin.  Tak leh tunggu lama-lama lagi.  Rugi .. kpd bangsa dan negara.

Umat islam akan maju jika kita sedar perkara yg dinamakan  amanah ini ..perlu disempurnakan dgn baik secepat mungkin.  Insya allah.

3)  Saya ..bersyukur jugak .. dengan izin tuhan saya pernah bersolat subuh berjamaah dgn arwah TGNA .. di Pulau Melaka .. pada awal tahun-tahun 1980 - 1990 .. banyak kali juga ..  alhamdulilah.  Nak ke sana kita kena bangun awal awal pagi ..jam 0500 pagi .. kena kejutkan sanak saudara (lelaki jer)  .. untuk ikut serta ,..naik kereta ,.dan terus ke masjid TGNA.  Solat subuh berjamaah. Mengikut statistik ..setiap kali aku ke sana ..aku dpt solat dgn arwah TGNA.  100% on target!

Selepas solat subuh .. arwah ..buat sedikit tazkirah ..  kami dapat jugak menadah telinga ..sekadar 10 - 15 minit sahaja.

Kalau ada orang Kelate sendiri  yg tak dapat rebut peluang ( nikmat)  ini semasa TGNA hidup lagi  ..cukuplah rugi  sekali kerana ..manusia mcm TGNA ini ..tak boleh dicari ganti.  Mydin tak dok.. Parkson jauh sekali. Di benua Arab pun .tak ada lagi kita dengar Menteri Besar / Raja Arab yg boleh buat begitu leading  the prayers waktu subuh dan buat tazkirah secara langsung ..  arwah TGNA ..berkelulusan Universiti Madinah/ Universiti Al Azhar ..  dia ada ilmu ..  rugi besarlah rakyat kelantan ..jika tak menggambil peluang sebegitu rupa mempelajari  ilmu agama , mengamalkan ilmu tersebut dan tabligh ilmu itu ke seluruh dunia. Rugi besarlah gamok nya! atau demor rasor guanor?  tanyor sikit kat IA mantan-MP Pasir Mas tu.  Frog software famous lor ni seluruh sekolah di negara ini.

4) Ada satu kesah dlm buku klasik arab / agama ..  ada orang jahat sepanjang hayatnya ..  selalu membunuh orang .. tapi dekat dekat dia nak mati ..  dia teringat sgt sgt nak  bertaubat ..  dan minta banyak ampun .. dgn Allah Taala ..ke sana sini dia bertanya .. apakah harapan dia akan diampunkan?  semua .. alim ulama ketika itu ..memberi respons negatif berserta dgn wajah huduh terpapar di wajah alim ulama tersebut  ..probabiliti ampun ialah 0.00 ..no way brother ..   pembunuh itu cukuplah  bersedih hingga satu hari dia ..terjatuh dari bukit yg tinggi  ..dan terus mati.  Berebutlah para malaikat .. nak bawak roh dia ke neraka atau  syurga.

Semak semak punya .. profile ala FB ..si penjahat ini .. malaikat syurga cukup ..bersedih kerana .. arwah tak ada benda yg .. extra ordinary special ..  ajaib ..  bila malaikat syurga ..hampir hampir nak give up, putus asa  ..  n nak serahkan roh pembunuh ini kpd malaikat neraka pulak .. tiba tiba .. terlihat satu rekod entry ..si penjahat ini ..pernah mencium tangan seorang alim di kampung halamannya ...  yg warak/ zuhud/ ikhlas/ bertabligh  dan ..mcm mcm..  Atas kes ini ..malaikat syurga naik ke langit ..dan melaporkan .. entry extra ordinary ini .. kpd  Allah dan Allah cukuplah  gembira sekali  .. dan ...dipendekkan cerita ..  si penjahat telah diampunkan dan dimasukkan ke dalam syurga.  Why?  atas dasar dia menghormati seorang Tok Guru agama .,.  dgn cara mencium tangan si ulama itu semasa hayat dia dikandung badan. Nah .....

5) Begitulah dgn ..  orang orang Malaysia ..  yg telah diberi peluang oleh Allah / dan mereka telah mengambil peluang tersebut dgn wujudnya ..orang seperti TGNA ..  saya ..yakin ..Allah akan memberi markah yg besar jugak kpd kita semua, insya allah.  Alhamdulilah.

Kes DSAI ini ..lain kali sahaja lah saya menulis sedikit sebanyak ..untuk bacaan tuan/puan sekalian.  Insya allah.

Sekian.

Al Fatihah untuk TGNA.  Al Fatihah.

wasallam.

0 comments:

Post a Comment