sabar subur , tak sabar masuk kubur

Posted by sazali

Salam

Orang orang tua  selalu menasihatkan pengantin baru beberapa perkara. Elok saya kongsi dgn adi adik sekalian.


1)  sabar , mintak bersabar banyak banyak kerana ..hidup ini seperti roda.  Sekejap senang..sekejap susah.  Yang susah..bukan susah selama-lamanya.

2) pakat elok elok.  Jangan ego ..  bila kita lelaki di rumah sepanjang masa ..elok belajarlah memasak dan menjaga, mendidik anak.  Apa nak malukan.

3)  bertolak ansur sedikiit sebanyok.  Hari ini ..aku lipat kain berbakul bakul banyaknya ..minggu depan che abang pulak yer?

4)  hari ini ..pakai duit saya ribu ribu ..minggu depan .. duit tuan hamba pulak ribu ribu ribuan jugak.  Jgn mengelakkk

5)  jangan banding membanding dgn rumah tangga orang lain.  Kita mampu kelisa jer ..so kelisalah kita walaupun dah 6 orang anak sedangkan jiran kita tu ... mereka weekend husband jer .. so mereka pakai kereta besar sedikit.  Bercadang nak tidor di R&R bila datangnya keletihan.  Jangan dikejar gunung tu .. tak kan lari gunung Ipoh pun/

6)  maaf memaafi antara satu sama lain / kedua-dua pihak.  Jangan malu bila terkasar bahasa .ucapkanlah 'i am so sorry ..express sikit tadi ..'

7) tahun ini raya Kota bharu, tahun depan Kota Bharu lagi kecuali 2015 .. banjir tu.

giliran saya bang?  tak yah lah ..kpg kau tu jauh ..Edinburgh, Scotland.

Ha..ha..ha..


Sekian.

Yang bagus ..gunakanlah .. yg tak bagus ..semua kelemaham saya sendiri.

Wallahu aklam bis sawabbb

 

0 comments:

Post a Comment