Belanja emak makan

Posted by sazali

Salam

Musim Cuti Raya Cina, bukan?

2)  Hari ini jalanraya penuh sesak dgn rakyat jelata kembali semula ke ibu kota.

Saya pun turut serta bercuti di Besut, Terengganu dan Kota Bharu, Kelantan.  Banyak kereta dari negeri luar berjujuk jujuk masuk ke Kota Bharu. Sayang saiz jalanraya dari Ketereh ke KB dan Pasir Puteh ke KB masih sama.  Dua lorong sedangkan tempat tempat lain semua dah bertambah kerana permintaan trafik dan penggunanya.  Dari teropong aku ... kereta kereta yg banyak tu ..  Separuh rakyat Kelantan dan separuh lagi mungkin orang orang luar .. maklumlah arwah TGNA sudah kembali ke rahmatullah.  Dengar khabar ramai nak melawat tanah pusaranya.  Oleh sebab ramai oranng luar, saya kasi peluang kepada mereka dahululah ..  insya allah lain masa saya ke sana.  He..he..he..  tulah ..masa arwah ada , tak datang belajar darinya.  "Sudah tiada baru sibuk orang orang kito nok maghi  .."  Pok Leh jual air tebu tepi jalan bising jah.

3) Semalam saya membaca sebuah kitab Daratun Nasihhin Mutiara Muballigh ..muka surat 165 Bab 62.  Ingat nak kongsi dengan para pembaca budiman
sekalian.  Boleh tak?

Satu hadith berbunyi "..jika kamu memberi makan ibu mu sesuap .. di syurga kelak ..tuhan binakan untuk mu satu istana".


Hushhhh ..bestnya formuala matematik ini ..satu suap bersamaan dengan 1 istana?

Untung besarlah orang yg masih ada ibumya ini.  Jangan lepaskan peluang. Berbaktilah kepada ibu mu ini sebelum terlambat.  Kalau boleh suapkan bubur nasi yg dia minati sekali.

Kalau kita susah susah pun tak sama dengan jasa dia kurbankan membela kita semasa kita sebesar tapak tangannya itu.  Sekarang kita dah besar dan panjang. Ada orang bukan setakat besar jer , berat pun tak kalah dengan anak lori Toyota itu.  So faham-fahamlah .. ada ibu tak tidur malam ..berjaga ..  suap susu melalui teteknya .. semua asli dan semua free.  Sekejap switch kanan dan sekejap switch kiri.  Entahlah flavour lain lain kot. Zaman sekarang mana ada yang free bukan?  Kencing berdiripun kena 30 sen.  Tengok zaman kau kecil dahulu ..mak tonyoh tetek nya ke dalam mulut mu itu .. tak henti henti .. nangis sedikit ..dapatlah susu serba berkhasiat ..free of charge.  Kadang kadang mak susukan kita sambil ..  matanya tertutup rapat.  Kadang-kadang dia sakit ..  tetapi disebab membesarkan kau nak ..semua dia berikan .. Where was ayah? (next episode)

time nak sekolah ..sibuk emak kita .. dengan sarapan pagi .. ubi kayu dan kopi 'o' panas .

Balik sekolah ..dah siap .. makanan tengah hari .. lauk favourite kita ikan sepat .. goreng kunyit dan sayur kangkung belachan .. kopi 'ore' lagi dan lagi.  Makan dengan adik beradik.  Bakul buku sekolah dah lama dilemparkan kat dinding dapur sana.  Berat nak mampus pikul bakul buku itu. tau!

Time universiti .. emak juga ..yg susun dan kemaskan katil asrama kita kan?

Sekarang kita dah jadi pegawai besar . Gaji pun besar.  Suami besar.  Oppo terbesar sekali. Semua besar ..  rumah baru pun  besar dan hutang pun serba besar sekali.  Bagus.... ingat sedikit siapa yang mula mula membela kita. Ada oranng tu ..  kulit dia ..boleh terkupas .. sebab lahir tak cukup bulan ..so melihatkan keadaan badan kita ..orang tua kita jugak yg balutkan badan ini dengan daun pisang ..  tali napkins pun dari batang pisang ..  so ..ingatlah sikit sikit dari mana mu datang.

Buatlah bakti kepada ibu mu itu.  Ayah jangan lupa.  Tukang beli tiket bas express ..sekali jadi .sekali tak jadi balik kampung semasa kau bercuti dari MRSM dan universiti tu ..siapa yg belikan dan uruskan.  Ayah kan?


So jangan lupa kpd ayah ..kalian.

He..he..he..  kalau tak istana besarnya balasan tuhan ..mungkin besar jugak lah itu.

Itu jer nak aku sampaikan.  Kita semua bermula dari susah payah ibu dan ayah kita di kampung.  Tak ingat dia sumbat makanan yg dikunyah dari mulut mereka terus ke dalam mulut mu.  O yes ..lupa ..masa itu tak ada colgate dan darlie lagi tahu ..

Hushhhh.. ingat pesan emak dan ayah.  Tak rugi wahai anak!

Sekian.  Wallah hu aklam bis sawab.

Rumusan cerita:  rakyat kelate penyabar org nya.  Sanggup bersesak sesak musim raya atau pun tidak.  Tanya orang kawasan Ketereh dan Melor itu.  Retok Melor adalah jambatan paling besar dan komplikated sekali di dunia ini.  Payah nak bina dan siapkan jambatan ini.  Bilo nok siak tak tahu?  Tak kan siak ..sebab rakyat kelate cukup penyabar ..blako blako.

  

0 comments:

Post a Comment