rumah kita, keluarga kita

Posted by sazali

Salam

Kita semua bermula dari ibu dan ayah.  Tanpa peluh pelar ibu ayah , tak ada lah kita ni.

Bila kita ada , lama lama ..adik adik yg lain pun ada juga.  Org putih kata "..the more , the merrier.."

makin ramai , makin seronok.

2) Adab berkeluarga, ada adik beradik.  Yang sulung tolong adik adiknya dari gangguan binatang dan juga kawan kawan di sekolah rendah, menengah, universiti dan tempat kerja.  Semua kita berganding bahu.  Tolong menolong.  Tapi klimaks ialah kita adik beradik ..tak akan jatuh maruah ibu ayah kita dgn melibatkan diri dengan skandal kering ataupun basah.  Mengapa?  skandal itu haram.

Bila ini berlaku malulah ..ibu ayah kita, rumah , kpg dan negeri kita Cik Siti Wan Kembang.

Kita faham benda ini sejak sekolah rendah lagi.

3) Begitu juga sekarang.  Kita dah jadi pegawai kerajaan. Atas kita, ketua jabatan. Atas ketua jabatan ialah ..ada lagi orang besar besar .. dan atas sekali Perdana Menteri dan seterusnya Seri Paduka Baginda Yg Di Pertuan Agong.

Kita pakat pakat jaga nama baik diri sendiri.  Bila mu look nice, you look nice then everybody looks nice lah.

4)  Sejak akhir akhir ini, konsep look nice tak berapo jelero diamalkan oleh pegawai pegawai kerajaan baik di peringkat bawah opis boy hinggalah ke peringkat atasan KSU. Ada saja kes.  Ada pegawai kastam kebas duit; ada pegawai hutan jual balak kpd orang luar dan dapat komisyen; ada polis bom anak tino orang , dan ada guru .. bocorkan soalan sehinggakan Ketua Pengarah Bahagian Kertas Periksa pun digantung kerja.  Sedih betul senario perkhidmatan awam.  Memalukan.

Kalau aku jadi YDP Agongg ..lama dah aku buang ..semua pegawai yg terbukti rasuah.

Wat gapo bawak kes masuk mahkamah itu dan ini.  Wat perabih duit rakyat, masa dan kertas akhbar jer ..dok cerito .. itu ini benda haram.  Benda ini trus berlaku kerana ..khutbah pun ..tak cerita benda alah ini asyik cerito .. para sahabat (r.anhum aj mainnn)..   sahaja.

Mengikut biologi,
Kita buang cancer dari tubuh supaya .. tubuh kita boleh berfungsi semular.
Kita buang sampah sarap dari longkang ..supaya air  boleh mengalir lebih laju dan hilangkan ancaman nyamuk itu dan ini ke atas penduduk kampung kampung di sekitar.

Begitu juga ..  kita nak post mortem adik adik kito ..supaya ..diakhir prosesan ..kita dapat hidup sejahtera dan terus bahagia.

5) Benda ini tak berlaku kerana orang atas cukup sayang kpd orang orang bawahannya.  Maklumlah anak beranok semua satu jabatan, satu kementerian dan ..hushhhh ..satu stadium red warriors merah nyalor. Payah nok hilang barah dan aedes ini. Sebiji permata payah diambik contoh teladan untuk maksud jual beli ..kerana permata ini dikerumuni oleh batu bata yang bersifat pelbagai mutunya sahaja. Jalan pintas ..  kita kaut semua batu bata ini dan gantikan dgn batu batan (darah) yang  baru. Darah serba baru.   Kualiti oksigennya mesti terjamin.

Wal hasil ..  kita kena berani.

Jika tak berani ..  satu negara sembahyang hajat pun ..tak leh jupo jupo MH370 itu.  Org lain ..di negara negara lain ..if jatuh plane lambat laun ..timbulllah kerangkja plane itu.

Bukan kita punya plane.

Tak timbul timbul.

sekian.

Adik adik.

Wasallam




 

0 comments:

Post a Comment