istilah kualiti

Posted by sazali

Salam

Hari ini saya terbaca satu akhbar (seksyen surat menyurat) berkenaan dgn isu payahnya memperolehi satu sudut khas mengenai penulisan / literatur dalam bahasa melayu BM berkualiti sama ada dari blog atau  toko buku.

Sebelum kita menulis panjang lebar berkenaan sumber buku BM ..elok rasanya kita lihat apakah maksud 'kualiti' ini?

Kualiti ialah ..

sesuatu yang bermutu tinggi/ cukup baik/ tinggi standardnya.


  • contohnya ..  shopping mall yang berkualiti.  Semua benda ada di dalamnya kecuali kapalterbang concord atau batu nisan.



  • restoran yang berkualiti . Semua masakan halal ada dalam buku menunya.



  • Syarahan Perdana yang berkualiti.  Penceramah pun berkualiti ..bukan calang-calang orang.  Ada Ph.D, ada jurnal berwasit dan berjawatan profesor di universiti terkenal tanah air seperti UTHM, Johor

  • Dalam sukan bolasepak, pasukan bolasepak Malaysia pernah mempamerkan kualiti permainan yang tinggi  pada tahun 1980'an semasa arwah Mokhtar Dahari dan Datuk Soh Chin Aun. Ini adalah kerana pasukan bolasepak negara pernah mengalahkan pasukan Korea Selatan dan Jepun.  Sekarang kita sekadar bermain dengan pasukan asia tenggara sahaja. Bila ini berlaku, kualiti permainan kita dikatakan merosot.


2)  Penulis artikel berkenaan mengadu tentang  kurangnya bahan pembacaan bersumberkan  BM yg berkualiti untuk bacaan anak nya dan saya rasa dia mungkin keliru dengan apa yg dimaksudkan dengan istilah kualiti ini.

Kalau anak tuan/puan berumur setakat 10 tahun ..elok sangat dia membaca majalah 'KUNTUM/ DEWAN PELAJAR'.

kerana majalah ini cukup sesuai dengan perkembangan ilmu dan pembesaran tubuh badan anaknya.

Majalah Dewan Masyarakat / Dewan Sastera .. terlalu tinggi dan mungkin tidak tercapai oleh anaknya yg berumur 10 tahun itu.  Banyak istilah dalam majalah ini terlalu berbau kebaratan/ keinggerisan seperti sinderom, ironi, platform, infrastruktur dan struktur.

Majalah Kuntum/ Dewan Pelajar  bagus untuk pelajar sekolah rendah kerana ..  jalan cerita cukup menarik dan sistem ejaannya cukup tepat jika kamus DBP dijadikan rujukan.

Kalau mahu lebih menariik/ mencabar tahap BM lagi bolehlah .. ibu itu membeli .. majalah Solusi tetapi artikel majalah ini 50% berbentuk agama and moral islam.  Banyak majalah ini yang tidak terjual boleh didapati di Toko Jaafar Rawas Kota Bharu, Kelantan dengan  50% potongan harga

Tetapi sekadar membaca sesuatu yg bersifat kualiti , ayuh belilah majalah majalah tersebut kerana harganya berpatutan.

3)  Saya membeli akhbar Straits Times/ Star setiap hari untuk bahan bacaan anak anak saya untuk maksud pengetahuan dan ilmu berbahasa inggeris.  Modal ini cukup rendah jika dibandingkan dengan kos mengantarkan mereka untuk  diploma/ degree/ masters ke Cambridge / Eton di UK. Kadang-kadang artikel yg menarik saya gunting dan simpan dalam buku panjang untuk rujukan kami sekeluarga pada masa hadapan.

Sekian.

Wasallam



0 comments:

Post a Comment