air mata

Posted by sazali

Salam

Dalam dunia ini banyak terkandung berbai bagai jenis air (water).  70 - 80 peratus adalah air sungai, dan laut. Selebihhnya adalah air dari pohon-pohonan atau pun hutan rimba.

Setiap titik air memberi kepentingan kepada semua makhluk tuhan iaitu manusia dan haiwan. Tanpa air .. ramai makhluk manusia akan mati.

Salah satu air ialah air mata.

2)  Zaman sekarang setiap pagi kita mendengar bayi bayi kecil menangis dan mengeluarkan air mata.  Semakin sibuk sang ibu bersiap sedia untuk bertugas , semakin kuat tangisan anak anaknya dan makin lebatlah air mata.

3) Salah satu air mata ialah air mata ibu.  Terutama yang sudah tua.

Mengapa begitu?

Jawapannya banyak tetapi .. saya cuba turunkan di sini beberapa sahaja.

Saya mulakan dengan lafaz  Bismillahi rah ma nir raheem

3.1  air mata kerana sakit.  Tak tertanggung sakitnya - kencing manis dan barah.
3.2  air mata kerana sakit hati - anak anak ramai di Kuala Lumpur tetapi seorang pun tak sudi bertanya khabar berita  orang tuanya di kampung.
3.3  pengaruh filem Hindustan -  heroin kena dera oleh orang-orang jahat dan hero belum lagi kelihatan. Nun jauh di sana.
3.4  air mata kerana ibu ayah lapar - tidak ada wang sedikit pun. Ada juga duit ada, tenaga tiada untuk keluar membeli makanan.  Kasihan.
3.5  air mata kesalan - membesarkan anak anak dengan kemewahan melampau-lampau tanpa ilmu agama dan akhlak mulia.  Atau ilmu banyak, amalannya jer yg kurang dlm rumahtangganya sendiri.
3.6  air mata kerana terlampau kecewa dan marah
3.7   air mata terlampau gembiira - anak cacatnya bergraduat dan berjawatan juga sebagai pensyarah universiti
3.8  air mata kerana bateri kereta tak hidup untuk pergi berjumpa pakar perubatan di waktu satu temujanji
3.9  air mata kerana sakit mata berjangkitan kuman
3.10 air mata sewaktu solat tahajud menyesal tak sudah sudah - waktu mak ayah hidup ..dia tak layan sebaik mungkin dan
3.11 ibu bapa mengharap sesuatu yg melampau-lampau dari anaknya sedangkan kebolehan anak cukup terbatas.  Contoh : mereka nak try naik Concord ke tanah suci sedangkan kapalterbang ini sudah tidak ada lg dalam dunia transportasi

Tetapi ... air mata ..sahaja tak mampu menyelesaikan masalah seperti :

kandas dalam peperiksaan akhir. tahun akhir.,
projek akhir tahun (computer , I.T.) tak jalan jalan depan panel pengadil ( lulus ijazah ataupun tidak)
menawan hati hero/heroin bila putus cinta
dan macam macam lagi seperti  tak bayar duit bank - pihak bank sudah nak tarik kereta dah today.

So ..  bagaimana?

4)  Tamadun manusia telah menyaksikan bahawa .. air mata sahaja tanpa usaha yg padu ..  tak akan membawa kita ke mana-mana.

Sekian.  Jangan terlampau beremosi.  Bila bercerai pun .. biarkan itu menjadi satu pengajaran buat semua.  Harta dunia sementara dan akhiratlah kekal abadi.

Wasallam

0 comments:

Post a Comment