Itu lah engkau ..

Posted by sazali

Salam

Time kita berbual , kadang-kadang terkeluar perkataan ini :

tu lah engkau ..


1)  ada bini bagus, lawa , cerdik kau tak layan elok elok.  Tengok apa dah jadi?  Sekarang dia sudah kepunyaan orang lain.  He..he..he...sorry lah idea cina buta kau itu.

2)  ada scholarship luar negara dahulu, tak buat betul-betul. Asyik car boot sales, grape picking, British Motor cari kereta itu dan ini.   Sekarang bukankah semua dah jadi susah nak siapkan Ph.D.  Lab di sana tak sama dengan Lab di tempat kita ini.  Technicians depa lain nohhhh...  highly disciplined, expertise ?

3)  ada kedai corner lot - kau tak bukak kedai nasi lemak, nasi ayam betul -betul.  Now apa jadi ... mamak 25 hour corner dah conquer ..  semua org stop di situ tau?  Bodohlah kau ..bukan senang dpt lokasi sebegitu strategik  ..  students beribu ribu dtg 24/7

4)  ada kerja dulu, kau memonteng. Kau kacau staf (bini orang) .  Sekarang dah kena buang kerja.  Padan muka.  Kan susah dah ni/  tak ada universiti nak ambik kau lagi.


5)  dulu ada ramai orang yang mahir, pakar dgn dunia teknologi komputer ..sekarang mereka dah pulang ke negara masing masing , Kalaulah digunakan kepakaran itu waktu itu dengan sempurna sudah tentu universiti ini sudah jauh kemajuannya.  Tu lah ..engkau sibuk dgn majlis rayalah, majils marhabanlah, majlis khawin dan ..banyak cuti cuti Malaysia .. kita bayar mahal expatriates tu bulan-bulan ..tetapi ..kita bayar sambil mereka pun cuti beraya dgn kito jugak.  Negara ini pelik bin gila kan?  (laugh)



Begitulah sikit sebanyak ..penyesalan.  Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian apa guna nya.

Sekian.  Gunalah nikmat nikmat itu sebaik mungkin wahai penulis ini dan pembaca pembaca budiman.  Jadikan sketsa-sketsa ini sebagai satu pengajaran. Jangan leka.  Masa tak menunggu kita pun.  jaga ahli keluarga kita elok elok.  Tak rugi.

Wallahu aklam bis sawabb

0 comments:

Post a Comment