Antara Dua

Posted by sazali

salam

Kita makhluk tuhan sentiasa berhadapan dgn masalah.  Mcm mcm masalah ada dalam kalangan kita.

Antaranya ialah:

pertama,  nak sambung belajar atau tidak ke peringkat yg lebih tinggi,
kedua, nak khawin dgn minah orang kampung kita tapi tak bekerja atau Mary dari Sabah yang bekerja sebagai staf Air Asia.  Kedua-dua merpati cukup lawa sekali.  Silap silap ayah kita pun tergoda sama. (ketawa).

ketiga, nak ikut mak atau nak dengar kata isteri.  Mengikut kitab,  pilih antara syurga atau neraka.  Disokong pula oleh cerita-cerita org org tua, bini boleh dicari antara 7 benua dunia tetapi ibu mu ..  itu se orang  jer jali

keempat, nak pergi haji atau tidak?  Hutang orang kampung tak beres beres lagi termasuk hutang dgn kedai Ah Seng tu ..  kedai runcit ..kedai cina 1 tu jer dlm kampung melayu jawa.  Hutang tak 100% bayar, tak leh gi haji.  Tak sah ..aku dengar ustaz cakap?  Ygg aku dengar dari mulut Ah Seng ..dio kata ..if mu cayo Allah itu ada, mu bayarlah hutang mu itu haji.

--

Banyak dilema bukan?

He..he..he..

-------

Ada orang cuba sedaya mungkin menyelesaikan masalah antara 2 perkara di atas. Ada yang berjaya dan ada yg tidak.  Kasihan.  Yang tak berjaya ..ada yg mati atas jalanraya ..putus kepala, terhempap dgn muatan lori seberat gunung Fuji (Jepun) dan ada yang mati kena petir , kilat sambung menyambung dan  kes kapal terbang yg hilang itu, entah ke mana tubuh tubuh org org kita itu yer brother?


---

Apa apa pun .. kita kena cerdik.  Kita buat apa yg termampu sudahlah.  Jangan berat sebelah.  Dunia kita cari, akhirat pun kita kena cari jugak.  50 50.

Idea 50 , 50 ini kita kena faham molek. If satu hari kita bekerja di opis cina tak sembahyang zohor, tak sembahyang asar, miss maghrib kerana trafik jam kumpur ..dan pulang pulak bergaduh dengan bini/ suami .. mana ada 50 50 dunia dan akhirat ini.  Entah entah dunia 100: akhirat 0. So no such thing as moderates ma.

Yang bagus ialah kita ke sekolah sebagai guru .  Mengajar anak anak orang hingga pandai dari kita sendiri.  Bila pulang ..cakap elok elok dgn partner baik baik ..jgn melenting tak tentu pasal ..kerana mak mertua kita ada tu.  Buruk imej kita maklumlah sekarang handphone ada. Dia ambik aksi kita dan facebook dgn anak anaknya...nahas kita bang.  Sekelip mata semua badang-badang badan besar macam Mike Tyson semua dah  ada di hadapan rumah untuk kerjakan kita hidup-hidup.  Dekat nak mati dikerjakan itu ..mana ada 50 50.  Bukan?  Wal hasil kau dicop  mati sebagai orang bodoh.

Kita keno cerdik bukan sekali ..tetapi all the kali.

Cerdik tak mari dari buku buku.  Cerdik mari dari .. pembacaan, pemerhatian dan pandai jaga mulut mu .. if tak boleh jugak ..jahit sendiri mulut itu 8 jam sehari.  Boleh mu?

Mulut kamu dan saya membawa banyak faedah. Ada yg bagus dan ada jua ..yg merosakkan badan ..contoh kes bercerai berai.  Semua datang dari mulut yg jahat itu.  He..he.. dah lah mulut ini busuk musim puasa ..jahat pulak tu.

So kena cerdik sepanjang masa.

Sekian.  Cerdik ngaji degree,  masters dan Ph.D.  Cerdik cari bini dan cerdik hidup sampai mati.  Insya allah nyaman bah.

Wasallam


0 comments:

Post a Comment