musim cuti sekolah

Posted by sazali

Yes.. musim cuti sekolah datang lagi. Mengikut jadual awal ... ada 14 hari cuti untuk anak-anak bercuti dengan keluarga untuk melepaskan penat lelah belajar, pergi kokorikulum , kelas tambahan, pergi pertandingan wakil sekolah dan macam2. lagi tapi .. sekarang kebanyakan sekolah gila ..nak kejar jadi sekolah cluster, sekolah cemerlang lah dan macam2 mengikut definasi Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing dan PPD. Yang penat is pelajar-pelajar dan ibu bapa. Sekarang nak bercuti pun kena rujuk kepada jadual aktiviti sekolah masa cuti. If anak ada kelas tambahan maka all the planning nak gi Bandung, Acheh, Surabaya ..tiba tiba stop lah. Apa leh buat?

2) If kita nak ajar anak anak sekarang kenal-kenal sedikit saudara mara tua dan muda di kampung jauh dari sekolahnya pun tiba-tiba terbantut begitu sahaja. Alangkah bagus if cuti sekolah , semua pelajar dibenarkan bercuti bersama-sama dengan ibu bapa. kan ker sekarang ni ..musim orang kawin buat kenduri kendara. Ini lah masa terbaik untuk berjumpa tok nenek yang sudah lama tidak dilawati, jumpa bapa dan emak saudara, sepupu-sepupu dan dua pupu , tiga pupu semasa ramai kita orang berkumpul di bawah khemah rewang rewang dan bermacam-macam lagi aktiviti bila berjumpa mata. Tidak ada silibus yang dapat mewujudkan keadaan di mana anak-anak orang senang dapat berjumpa dengan saudara mereka yang susah sedikit .. jika tidak dibawa ke tempat kenduri kendara di kampung halaman yang jauh di mata. Sekarang pihak kerajaan sibuk menggalakkan cuti di dalam negara ..seperti melancung ke Langkawi, Pulau Perhentian dan Kota Bharu. Tetapi galakan tersebut tiba-tiba mati begitu sahaja disebabkan .. sekolah gila sangat nak capai 100% kecemerlangan di dalam keputusan peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM masing-masing. Kadang-kadang sekarang bukan budak sahaja yang susah , ibu dan bapa jugak yang susah. Tengok sahaja bilangan kereta kereta dan motosikal motosikal di luar pagar sekolah waktu 1300 tengah hari. If anak pi kelas tambahan , mak ayah pun terpaksa pergi kelas tambahan di waktu cuti begini. Kan ker gila namanya.

Time cuti time terbaik untuk anak-anak kita ambik tahu saudara-saudaranya yang terlantar sakit di kampung. Berbulan-bulan terlantar sakit dan seterusnya mati menjemput si sakit. Bila anak-anak tidak bisa meluangkan masa untuk aktiviti ziarah orang-orang tua, akan timbul satu budaya , budak-budak didedahkan dengan konsep 'happy-happy' sahaja. Oleh yyang demikian, sekarang budak budak kenal budaya hidup senang sahaja. Tengok sahaja lah program 'Akademy Pantas nafsui' mana ada pelajar bangsa cina dan india yang melompat-lompat kera nak cari glamour dari bakat nyanyian mereka. Hanya satu bangsa sahaja di negara ini yang buat demikian di waktu maghrib atau tak kira masa. Menyanyi menyanyi dan happy happy sahaja. sayang.....? Time payah, time susah mereka tidak langsung didedahkan dengan kes-kes kesakitan, kematian sanak saudara, kes kemalangan, hilang punca rezeki dan bermacam-macam lagi. Agghhh.. semua yang diajarkan di dalam masjid tidak adapt dipraktikkan oleh belia-belia kerana .. kalendar sekolah hanya target kemerlangan sahaja sepanjang masa. Wa llahu alam. Saya rasa konsep 'cemerlang' perlu ditafsirkan mengikut pandangan Nabi Besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Cemerlang bila dapat menunaikan solat berjamaah, quraan dibaca oleh ibu ayah dan anak sepanjang masa, silaturahim dipelihara sepanjang waktu .. senang ataupun susah, adab dan akhlak dijaga, cara bertutur sesama sendiri diajar oleh ibu dan ayah... suka berjihad kurban masa dan wang ringgit untuk menyebarkan agama dan .. Kita suka sangat Bulan Maulidur Rasul tetapi kita setakat menyanyi sahaja .. menyanyi , berzanji, bernashid, .. thats why kita dapat belia suka menyanyi setiap masa. Tak boleh disalahkan anak-anak jika mereka lebih suka dengan lagu semasa study, tidur, dan di mana-mana. Tengok bilangan jualan head phone, hand phones .. apa aktiviti yang mereka buat dari peralatan canggih yang sebegini ini. Cemerlang eletronik atau cemerlang berbelanja membeli alat-alat moden yang melarokan otak mereka... sahaja?

3) Sekarang disebabkan too much school based programs.. waktu raya aidil fitri pun .. anak-anak tak minat pergi melawat sanak saudara sekampung terutama saudara-saudara nya yang duduk jauh dipendalaman , melawat orang tua yang susah dan sakit , yang ada hanya memerap menonton TV sepanjang Aidil Fitri yang mulia. Jika ada saudara yang datang ke rumah berhari raya .. jika clash dengan program best best di dalam TV .. tengoklah wajah anak-anak kita dari sekolah cluster yang banyak ini .. muka masam mulut mucung macam itek serati, ada kot, ... tanda tak gembira org org datang berhari raya.. nanti after graduations di USA, UK, Australia.. jangan lah kita orang tua mengharap sangat graduan sebegini akan menjenguk kita time bila-bila masa sahaja. Kalau datanggggpun mungkin ... melawat jenazah kita yang sudah kaku. Why? kata-kata guru sudah mengatasi kehebatan kata-kata ibu dan ayah di rumah. Mereka takut guru mereka dari takut kepadaayahnya. Bila? sejak UPSR, PMR, SPM, STPM, matrikulasi, politeknik dan universiti. program-program ini lah yang akan mendahului program masjid-masjid. How to prove this? tengok sahajalah .. masjid di kampung mana ada (ramai) budak-budak lelaki (umur 17 tahun ke atas) yang rajin bersembahyang berjamaah. Agghhhhh .. untuk apa .. saya menulis ni semua? Sebagai bukti saya tidak begitu gembira program sekolah yang terlalu padat semasa waktu cuti sekolah anak-anak. Sekurang-kurangnya saya menulis sesuatu di sini. Nanti Allah akan tanya. "Engkau tak buat apa-apa kah?". Sekian. Renungi lah wahai guru-guru semua. Kita di asuh lebih baik 30 tahun dahulu dari stail program asuhan Program Sekolah Cluster. Sebab itu kita senang sensitif kepada budaya mat rempit, minah GRO dan bermacam-macam lagi masalah sosial. Ini semua berlaku bila program sekolah terlampau sangat dijadikan kayu ukur kecemerlangan hidup kita semua. Wa allahu alam dan Wasallam. maaf jika ada yang tersilap .. dlm proses menulis ini.

0 comments:

Post a Comment