Salam.
Muda datang sekali. Umur muda adalah diantara 12 hingga 29 tahun. Pada masa ini seseorang itu akan belajar seberapa banyak ilmu, praktik dan belajar lagi hingga mencapai tahap kepakaran yang tinggi di dalam sesuatu bidang. Contoh seseorang anak muda yang berminat menjadi mekanik. Dari umur 12 hingga 17 dia akan cuba menunggang sesebuah motor kapcai dan membuat berbagai-bagai inovasi ke atas bahagian motorsikalnya hinggalah ia mencapai tahap kepuasan hatinya yang tinggi. Di waktu ini dia akan belajar dari kawan-kawannya sekampung di FELDA JENGKA Pahang katakan, dan jika boleh menyambung pelajaran di SM Teknik dan Vokasional sehinggalah ke SPMV/SPM. Di tahap ini ilmu enjin motosikal yang diperolehi adalah diperingkat paling minima (basics). Selepas itu dia akan ke IKBN, Politeknik atau Kolej Komuniti dan seterusnya menjalani Latihan Industri selama 3 hingga 6 bulan di bengkel-bengkel mekanik motorsikal di sekitar rumahnya. Dengan adanya ilmu praktikal ini beliau sudah mula berkemampuan untuk membuat servis, tukar alat mesin yang rosak, bertukar-tukar idea dan mencuba (rempit) dengan rakan yang lebih berpengalaman tentang minatnya ini. Pada umur muda, jiwa ingin mencuba berbagai-bagai teknik untuk mencapai mutu kerja yang tinggi. Pada sudut positif, kita patut bangga dengan keberanian mereka ini. Syabah saya ucapkan.Jika kita tidak berani bagaimanakah kita mampu menandingi keberanian orang-orang jepun , eropah dan amerika yang lain.
Dari umur 30 hingga 55 tahun ini adalah peringkat umur dewasa dan seterusnya dipanggil matang. Kebanyakan orang , mereka sudah mempunyai keluarga masing-masing. Bila berkeluarga berbagai bagai cabaran perlulah kita tempuhi. Ada tuhan mencuba kita dengan kesenangan dan ada juga yang dicuba dengan berbagai-bagai dugaan seperti mendapat anak yang cacat, terencat akal dan bermacam-macam lagi rintangan membesarkan anak dan mendidik mereka dengan pelajaran dan unsur-unsur insaniah dan nilai kehidupan agama yang mulia.
Selepas umur 55 tahun ke atas , seseorang yang menjawat pekerjaan di sektor kerajaan akan berhadapan dengan era pencen dan selalunya penyakit sudah mula menjenguk kita. Ada yang didatangkan dengan 3P - penyakit darah tinggi - hypertenson, penyakit kencing manis diabetes dan penyakit jantung heart attack, stroke, collapse and terus dijemput oleh Allah yang Esa. Oleh itu era 55 tahun ke atas adalah era 'matahari sudah mula menyingsing di ufuk Barat.. kaki langit semakin merah oren dan terus gelap hitam pekat.. '. Tetapi jika dilihat dengan stail hidup orang-orang barat (eropah) masa inilah mereka merantau, holiday jauh jauh dari kampung halaman mereka. Setengah-tengah mereka berkebolehan menulis buku dan novel dan seterusnya buku-buku ini diadaptasikan menjadi filem yang hebat seperti 'The Roots- Kunta Kinte'. Dikalangan orang-orang islam pula peringkat umur ini dihabiskan dengan program agama seperti bersembahyang berjamaah, bertahlil di sana-sini dan menghadhiri upacara perkhawinan dan kematian sahabat handai jauh dan dekat. Ada juga segelintir dari mereka ini dapat hidup dengan anak-anak yang masih mempunyai perasaan halus dengan menjaga kebajikan ibu bapa mereka dengan baik sehinggalah ke akhir hayat mereka. Beruntung besarlah orang-orang yang sebegini. Jika tidak, dari laporan akhbar dan television, setengah-tengah kita dihantar oleh anak ke rumah orang-orang tua kerana anak-anak berfikiran bahawa mereka terlalu sibuk untuk memberi perhatian kepada keadaan ibu ayah yang mempunyai 3P di atas. Sebenarnya, ini pun sudah bagus kerana selalunya anak-anak ini lah yang akan membayar kos penjagaan dan rawatan ibu bapa mereka di sana. Jika kita lihat pada satu kesah lain pula, sesetengah anak-anak tidak mahu pun mengambil tahu sedikit pun tentang kebajikan ibu ayah mereka kerana berbagai-bagai faktor seperti ekonomi, status, dan .. akhlak agamanya masing-masing. Malang sungguhlah kita jika kita menjadi seorang insan yang tua di mana tidak ada seorang pun anak yang sudi mengaku sipulan bin sipulan yang tiba-tiba terbaring di atas kaki lima adalah ayah dan ibu mereka yang sebenarnya. Oleh itu marilah kita sama-sama menjaga anak anak kita supaya mereka faham bahawa selepas muda akan datangnya waktu tua di mana agama islam menuntut supaya mereka bertanggungjawab menjaga ibu ayah mereka sebaik baiknya seperti mana si ayah dan ibu mereka telah menjaga mereka di waktu kecil dahulu terbaik yang mereka mampu. Dari jagaan itu lah kita dapat menjadi mekanik PETRONAS yang handal di Sepang F1, profesor gred A yang agung di Harvard Universiti , Akauntan Bank Negara dan Pilot British Airways dan bermacam2 lagi jawatan yang glamur ataupun tidak. Sesungguhnya hidup kita berkat jika kita menjaga ibu ayah kita di waktu mereka sudak kembali menjadi kanak-kanak semula. Wa llahu alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment