Bila melawat orang tua mu

Posted by sazali

Salam.

Ada beberapa petua kita perlu amalkan jika hendak melawat orang tua mu (ibu ayah, nenek , datuk atau guru-guru / ustaz, ustazah )

Petuanya adalah seperti berikut:

(1) bawalah sedikit buah tangan seperti biskut kering/ buah kayu iaitu ubi kayu yang telah direbus dengan sempurna dicampurkan sedikit kelapa n garam ... Tidak menjadi satu kesalahan jika buah tangan itu .. kek coklat bertingkat, buah oren sunkist, buah anggur, cempedak, nangka, duku, durian, .. namakan saja. yang penting kau bawak.

(2) cakap elok-elok dengan mereka. banyakkan masa mendengar cerita dari mulut mereka dan jika boleh .. kamu tak yah cerita banyak sangatlah pasal dirimu contoh .. kamu dapat hadiah best paper dalam konferen Fizik Atom di United Kingdom dan lain-lain. Mungkin mereka tidak faham apa itu .. best paper award.

(3) jangan terlampau lama sangat berkunjung dan jangan terlampau ringkas/cepat. Bersederhanalah. Jika kamu sudah memandu 2 jam dari rumah di bandar ke rumah ibu mu .. mungkin menjenguk mereka selama 2 jam pun sudah memadai .tetapi .. jika kau tidur di sana pun bagus juga kerana .. datuk dan nenek mana tak suka ..dengan kehadhiran cucu-cucu mereka dari bandar raya/ metropolitan. Mereka cukup gembira dan riang ria mendengar cucu-cucunya bergaduh .. kecil-kecilan. Kenakalan cucu mengubat hati datuk dan nenekmu.

(4) bersembahyanglah berjamaah dengan ayahmu. Jika keadaannya mengizinkan .. bawa dia ke masjid besar bandarnya seperti Masjid Muhammadi Kota Bharu, Kelantan. Banyak fadhilat sembahyang berjamaah.

(5) jika ibu ayah mengajak mu ke rumah saudara mara yang sedang sakit tua, pergilah bersama-sama mereka. layan mereka dengan baik sebagaimana mereka melayan kerenah mu semasa kamu kecil-kecil lagi. Semua layanan baik itu akan diikuti oleh anak-anak mu di kemudian hari. Allah maha adil dalam perkara ini.

(6) bila nak berangkat pulang .. berilah kepada ibu ayahmu sedikit wang ringgit mengikut kemampuanmu. Jika kamu berpendapatan sejumlah RM10000 sebulan tak kan lah nak beri kat ayahmu RM25/= .? Beri lebih lah sedikit. Sekitar RM300 ker? Beri dgn ikhlas dan rasa penuh riang gembira. Insyallah Allah akan memberi kehidupanmu keberkatan dan kerahmatan jua. Yakinlah. Yang pasti mengikut hadith : Jika kamu berbuat baik kepada ibu bapamu sendiri .. Allah akan panjangkan umur mu ..

Nah mana nak ganti ? wang ringgit atau sedikit umur yang panjang lagi dan lagi. Umur panjang untuk melakukan amal ibadat yang diredai oleh tuhanmu.

Itu sajalah petua ayahmu kali ini wahai anak-anakku. yang baik dari Allah dan yang tidak bagus ..kelemahan ayahmu sendiri. Doa untuk ayahmu.

Wasallam. Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment