Salam
Bila kita bergelar bapa atau mak.. kita hendaklah mendidik anak-anak bersembahyang, mentelaah pelajaran, bersifat sopan dan macam-macam lagi.
Kadang-kadang tuhan memberi kita dugaan. Seperti diberinya kita anak-anak yang degil seperti ..kuat tidur di waktu pagi sehingga ke tengah hari. Oleh itu kita hendaklah bersabar membimbing budak-budak ni. nak marah pun susah ..kerana dah ada anak-anak yang terus lari dari rumah ibu dan ayah dan mula berkawan dengan orang-orang asing di luar sana. Bukan kah itu lagi menyusahkan kepala kita?
Nak tak nak ..kita tunjukkan lah dulu ..tabiat ..suka bangun pagi (sembahyang subuh) dan terus mengaji Quraan dari pagi hingga mata hari naik ..jam 0730 pagi. Jika diamalkan selalu - katakan 10 tahun lamanya - barulah nasihat kita ada bisanya.
Jangan kita berleter panjang kepada anak-anak suruh mmereka bangun awal pagi sedangkan kita jugak ..tumpang sekaki. Parah padahnya.
Amalan yang baik semua bermula di rumah tangga kita dahulu. nak mulakan tabiat yang baik .. kita bijak jika ..mengikuti jamaah dakwah tabligh. Tengoklah berapa ramai orang yang mana hidup mereka sudah berubah dari baik kepada yang lebih baik. Sebenarnya ..jamaah dakwah tabligh adalah sebuah sekolah madrasah yang terus terbuka kepada sesiapa saja. Tak kira berkulit cerah ataupun gelap pekat macam .. punggung kuali asura di surau kampung kita itu. Ayuh ..ikutlah tuan. tak rugi kita. satu ayat dari surah Yassen ada mengatakan ".. ikutlah jamaah agama yang datang kepada mu tanpa meminta apa-apa balasan sedikit pun dari mu.."
Banyak kebaikannya. Renungkanlah.
Sekian. Wasalllam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment