Hasil perjalanan yang jauh

Posted by sazali

Salam.

saya ingin berkongsi satu ayat yang indah

'budi yang indah itu datangnya dari hati yang suci'.

Ringkaskan? tetapi .. banyak lapisan ilmu itu jika hendak dihuraikan.

2) Bukan senang mendapat budi yang indah. Budi? sekarang orang tak suka berbuat budi. hanya orang-orang tertentu sahaja yang mana Allah gerakkan hati mereka .. mereka akan menolong orang tak kira warna kulit, tahap pendidikan dan status kaya taupun tidak. Contoh budi ialah .. melawat ibu bapa kepada seorang murid yang dhaif (miskin). Terlantar sakit bertahun-tahun lamanya. Apa yang dilihat disekeliling kita ialah ..orang ramai akan melawat .. saudara mara mereka yang kaya raya sahaja. Tak caya? tengoklah ..ward ward hospital .. siapa pesakitnya?

3) hati yang suci? Oshh. ini lagi susah. Mana kita nak ukur hati siapa yang suci ini. Adakah suci ini sama klas dgn suci yang dinyanyikan oleh Salim ( kumpulan rock apa tu ) Suci dalam debu!

Hati yang suci = hati yang ikhlas. Ada ustaz tersohor di Kelantan berceramah tentang keikhlasan. Tetapi yang bagusnya .. dia ingatkan .. orang boleh bercakap pasal keikhlasan ..tetapi sifat itu tidak semestinya ada dgn saya yang bercakap ini. hanya Allah yang mana jika ia sayang kepada kita .. Dia akan campakkan sifat itu ke dalam hati kita.

Sebagai penutup .. bukan senang mendapat budi yang indah.. hati yang suci ..tanpa kita bersusah payah .. mencari dan menanamkan sifat itu ke dalam diri dan keluarga kita tanpa rasa jemu-jemu dari sekarang hinggalah kita mati. Bolehkah kita menolong (berbudi) kepada orang bukan islam .. tetapi dalam sembahyang tahajud kita .. kita senyap-senyap berdoa muga-muga Allah memberinya hidayah .. dan taufik bersama-sama dgn kita .. sepanjang masa? Jika kita seorang doktor (hospital) .. dalam kita berkhidmat merawat ramai org sakit .. kita berdoalah .. dalam diam .. semasa tahajud .. biarlah Allah kurniakan pesakit-pesakit kita taufik dan hidayah. Ameen yar raball alameen. banyak cerita dalam kitab-kitab lama .. tentang keindahan budi para-para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. hasil dari budi-budi ini .. tiga per empat dunia orang islam menaaluki dunia. Nah itu dia ... cerita indah nya budi dan indahnya hati yang suci.

Sekian. Wasallam. Jom kita sama-sama amalkan .. ayuh ..

Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment