salam
Dah tinggal 10 hari lagi ..tahun 2010 ini. So far, I tak habis-habis menghadhiri majlis kenduri-khawin. Ada yang best dan ada yang tak best. He..he..
2) yang best-best
Dapat jumpa kawan-kawan lama dan sanak saudara. yang hebatnya, satu majlis itu ..pengantin adalah bekas pelajar saya dan ibu mertua dia adalah mantan guru-guru saya di Tengku mahmud School, Besut Trengganu. macam-macam boleh jadi kan? Dunia ni kecil sangatlah.
3) yang tak best ..
ialah .. musim ni kan musim tengkujuh. Banyak sangat hari yang hujan lebat dan kurang sangat hari yang mana mentari senyum ceria dari pagi ke petang. He..he.. satu lagi .. jarak perjalanan sangatlah jauh. Yang menjadi masalah ialah .. kita jer yang jadi pemandu kereta. Sakit urat mata dan badan dikerjakan kita. sebagai pemandu, kita kena bukak biji mata luas-luas... sedangkan penumpang tidur jer memanjang.. ada yang tidur sambil tersenyum lebar jer. Mungkin dia happay sangat dapat jumpa sanak saudara dia lah tu. sakit urat adalah kerana .. badan kita pun makin hari makin tua. nak suruh dia tolong picitkan ... banyak mulut dari tangan dan jari untuk mengurut badan kita yang tersangatlah penat. Cuba tanya ..pemandu bas dan lori .. sedap tak memandu kereta/bas/lori bagi jarak yang jauh ..?
Itu sajalah buat kali ini. kalau ditulis panjang-panjang ,,nanti ada orang yang sakit hati.
ha..ha..
Sekian. Wallah hukaklam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment