Jaga status kita pensyarah

Posted by sazali

Salam

Baru pulang dari cafeteria. Sembang dengan 2 orang professors. Borak-borak punya borak keluar 1 isu - jaga status kita pensyarah.

How?

* pakai kereta mahal-mahal punya seperti BMW, Honda, Merx

he..he.. tergelak hati saya. Dia orang kata '..students now are driving expensive cars into the university... tak kan kita nak drive Kelisa pulak ? ..'

Saya setuju sangat kata-kata dia orang. Kenapa tidaknya. kan kita lebih bagus / tua dari students kita. Tetapi Profs ni ..tak nampak satu fakta lah.. that students are driving their parents' cars. Mereka bergaya lebih dan hidup serba mewah. So what?

* pakai pakaian yang eksklusif. Jangan pakai ala-pakistan; bollywood tahun 1960an

he..he..he.. tergelak lagi saya. Macam perli saya jer ..Profs ini. Tak nak minum lagi-lah dengan dia orang ..next time. Bukankah students kita ramai yang datang dari keluarga orang-org senang-senang. Sudah tentu mereka mampu ..membeli baju-baju yang eksklusif dan mahal-mahal. Saya tidak mampu sangatlah? Why? ada tanggungan yang ramai. Anak-anak dan ibu uzur dan adik yg uzur juga. Saya ..jika nak beli pakaian yang mahal-mahal di Paris, London dan New York .. terbayang wajah ibu dan adik saya itu. Sudah tentu .. bila beli pakaian kita yang mahal .. sudah tentu budget kita untuk ibu dan adik terenchat .. sana dan sini.. mahukah kita ..pakai pakaian yang mahal sedangkan ibu kita .. tidak dapat .. elaun bulanan yang selalu kita agihkan untuk mereka? Aghhhh .. itulah kehidupan bila ada tanggungan kiri dan kanan. Belum masuk fael anak-anak dan isteri di rumah lagi itu.

* makan lunch dan breakfast tempat yang class-class

Aghhh untung you Profs. Silakan lah.. untung bagi saya pula ..ialah history kehidupan saya sejak muda sampai ke hari ini ialah ..saya ikut jamaah dakwah dan tabligh. Nabi Muhammad s.a.w suka hidup ' ..kenyang satu hari ..lapar satu hari ..'. Lagipun baginda selalu doakan muga-muga dia hidup di kalangan orang-orang miskin .. dan dibangkitkan dengan orang-orang miskin jugak di akhirat kelak. Dengan stail kehidupan begini nabi muhammad s.a.w dan para-para sahabahs ..mampu menaaluki 3/4 dunia dari China hinggalah ke Sepanyol. Rata-rata perpustakaan dunia dahulu memiliki buku-buku tulisan para-para ilmuan arab yang hebat-hebat seperti Kharusazmi (algebra) dan .. Kehidupan mereka serba kurang ..tetapi .. wajah dan akhlak mereka .. sekali berdampingan dengan mereka ..org2 kafir mampu melihat indahnya islam dan terus masuk Islam ..dan dapat hidayah .. Kita how? pakai baju mahal2, bawa kereta mahal-mahal ke hulu hilir, makan .. minum semua mahal dan western konon-kononnya.. ada tak kawan-kawan kita dari Barat / Timur Leste / Utara Khutub Finland, Greenland dan Selatan Kutub Penguin .. yang telah mendapat hidayah ..dan terima islam sebagai ad-deen mereka? Itulah impaknya bila ikut jamaah dakwah .. kita pakai spek mata lain dari orang lain. Duit kita akan ditanya tau? kemana dibelanjakan? mengapa beli terlampau banyak baju sedangkan ..di rumah sudah ada 15 buah almari yang mengandungi beribu-ribu helai baju tetapi saiz baju yang sama .. bukankah itu membazir namanya? Aghh ..entahlah Prof. mana satu betol ni? Nak ikut hati kita Prof atau nak lawan dengan budak-budak universiti yang menggunakan harta mak bapak mereka ke universiti.

Wa lllahu aklam.

Sekian. Maaf jika terkasar bahasa. Indah budi kerana bahasa. Habis duit kerana terpaksa. laugh.

1 comments:

  1. HUSSAIN BIN TAHIR said...

    Doc..well said...in US some of the Professor really down to the earth..pakai motor...naik basikal...

Post a Comment