Adush sakitnya hati dan mata aku dgn hasil kerja LI ini

Posted by sazali

Salam.

Sah apa yang saya dah teka dan jangkakan.

2)  Hasil kerja LI pelatih di Kelantan tidak secanggihmana pun setanding dgn hasil kerja LI pelatih pelatih dari UTM, UM dan MMU.

3)  Salah satu projek yg saya lihat ialah :

sistem data base buku buku library.

Pelatih hanya tunjukkan senarai 3 buah buku dalam systemnya.  Selepas itu dia nak tunjuk mekanisma 'search' dari sistemnya.

Saya pun komen.  Kalau ada 3 buah buku .. buat apa nak search/carikan.  Buku buku tu dah ada depan mata.  Search hanya berguna if database awak ada 10,000 buku dan awak gunakan 'teknik search'.  Baru logik.

Keputusan :  FAIL.    Why?  tak payah buat degree IT nak buat sepayah sistem dgn 3 buah buku library ini.  Buat gelak ker Hang Jebat dan Hang Lekir sahaja jika sistem ini cuba dijual di Melaka.

Sistem kedua di sebuah organisasi kerajaan Kelantan.

Pelajar ini tunjjukam sistem data base STOCK.  Saya minta dia tunjukkan apa yang tersimpan dalam databasenya.

Nah hanya 7 buah item dalam STOCK .  sampul surat, pen, pensil, dakwat, stepler, gam dan apa entah.

Komen pedas saya:  Awak tak test ..sebanyak mana stock yang awak boleh simpan dalam sistem awak?

Ada awak cetak apa apa output dari hasil kerja awak?

Jawapan kedua-dua dari soalan saya ....  pelatih pun menjawab.  TIDAK.

Soalan akhir:  Mengapa jadi begini?

Pelatih:  Penyelia Industri minta saya tunggu dahulu .. specifikasi ..fail .. tak confirm lagi.

Soalan saya:  Kenapa itu? bukankah awak diminta memberi idea kpd organisasi awak ..apa sistem ini  boleh sumbangkan kpd organisasinya selepas awak selesai tempoh latihan LI awak pada hujung bulan Januari 2012?

Jawapan pelath:  He..he... (gelak ketawa) .. Penyelia Industri saya mintak saya .. tunggu dahulu ..sistem tak confirm lagi.

KEPUTUSAN:  Projek ini FAIL.  Tidak mencapai tahap projek LI di peringkat DEGREE IT.  IPTA Malaysia 2011.

Sistem ini - tidak ada -  menunjukkan bahawa pelatiah membuat sebarang kajian.  Research findings apa apa.  Tidak ada kecanggihan .. langsung .. saya merasakan bahawa projek begini adalah setanding dgn projek Sijil / Diploma IT Politeknik KPTM sahaja sistem ini.  Adush.

Keputusan:  Fail.

Rumusan: 

Berlatih LI di tempat sendiri ada banyak kebaikan dan keburukan nya.  Di sini saya nak tulis ..keburukannya sahaja.  Salah satu nya ialah:

tidak nampak kepentingan membina sistem IT yang secanggih pelajar yang menjalani LI di Kuala Lumpur seperti bekerja dgn TOSHIBA Banting, Selangor atau APPLES Malaysia, di Megamall dekat dgn Universiti Malaya.

dengan cara ini .. saya tak nampak ..pelatih seperti ini iaitu dari universiti saya jika saya berikan gred LULUS Latihan Industri  .. mampu bersaing secara kompetitif untuk mencari kerja IT seperti jawatan System Analyst, Programmer .. atau apa-apa dengan graduan graduan dari IPTA/IPTS lain dari seluruh tanah air .

Kenapa?  tidak ada .. cabaran yg tinggi .. semasa di Kelantan. 

Mana nak mencabarnya ...   banyak masa digunakan untuk jadi kerani mesyuarat SBPA di tempat LI mereka .

Rumusan Kedua:  Ilmu yang dicurahkan oleh pensyarah pensyarah di universiti  termasuklah dengan  diri saya sendiri masih gagal memberi sebarang impak / kesan kepada pelatih pelatih ini .. untuk merasa mereka adalah duta UNIVERSITI mereka.  Mereka tidak memberi kesungguhan membina apa produk yang terbaik.. kerana mungkin environmen kerja tidak memaksa mereka berbuat demikian.  Mereka tak nampak ..  Jika mereka menhhasilkan produk yang bagus ..maka harumlah nama baik UNIVERSITI dan begitulah disebaliknya.   Saya terasa teramat kecewa .. dengan sikap .. mereka tidak mahu ..memberi usaha yang lebih untuk membuat kajian yang serapi-rapinya ..sebelum membina sistem I.S   di tempat kerja yang baru.  Mungkin sikap beginilah yang menyebabkan .. banyak projek kerajaan terpaksa di OUT SOURCE saja kepada pihak luar ..walaupun .. organisasi kerajaan Malaysia  masing-masing sudah ada beberapa orang pegawai IT nya yang hebat dan nampak bermutu tinggi dari transkrip yang mereka bawa ke sesi temuduga jawatan.   Lagipun ..sekarang pihak kerajaan sudah meluluskan markah terendah prestasi pegawai kerajaan sebanyak 65% sahaja .. selama 3 tahun berturut-turut ..barulah diambik ..langkah menyingkirkan pegawai yang tidak cekap ..  dan 'malas' ini.

Sehingga ini ..setelah memberi perkhidmatan hampir 25 tahun ..  saya belum nampak mana mana pegawai kerajaan yang disingkir kes dari kualiti kerja mereka tahun demi tahun.  Pegawai yang kena singkir hanya lah terdiri dari mereka yang dikenakan tindakan undang undang seperti menerima rasuah, menipu, membunuh, meletupkan .. dan sebagainya.  Tidak kerana sistem I.S yang bermutu KURANG CEMERLANG.

Kasihan mereka.

Sekian buat renungan pembaca budiman/ tuan puan .. sekalian.  Ini terkena jugak atas junjung kepala patik .. tuanku.

Maaf saya pinta. 

Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment