Salam.
Mengikut hadith " malu itu .. sebahagian lagi iman..". Malu untuk melakukan dosa
penipuan, khalwat, khianat, zalim dan ..macam-macam lagi.
2) Umat islam mementingkan malu dalam semua aspek kehidupan termasuklah dalam proses belajar dan mengajar. Di sekolah agama seperti Maahad , pelajar yang malu mempunyai ciri kelakuan seperti berikut:
2.1 malu bertanya
2.2 malu menjawab
2.3 malu berbahas mengenai apa-apa sama ada isu yang betul terang atau salah gelap terutama dengan guru , ustaznya
2.4 malu makan dengan bersungguh-sungguh hati
2.5 malu bersuara ( suara wanita itu aurat?)
2.6 dan banyak lagi malunya.
3) Hasil dari malu yang kadang kadang pada tahap melampau itu .. kita akan berhadapan kes di mana:
3.1 pelajar menangis kerana ditegur secara lantang oleh panel-panel .. kerana projek sarjana mudanya ..berstatus fail
3.2 pelajar tidak dapat menjawab soalan dgn baik dan memuaskan bila ditanya oleh panel PSM. Bila ditanya ..payah nak nampak giginya ..sama ada giginya cantik atau berkarat (laugh)
3.3 pelajar akan lapar kerana semua makanan sudah habis dimakan oleh rakan-rakannya terlebih dahulu
3.4 keadaan menjadi tension bila pertemuan pelajar dan penyelia projeknya berlaku setelah PSM2 selesai
3.5 penyelia akan serang tuteenya tetapi pelajar tunduk malu ..segan kerana proses kerja PSM nya tidak menjadi
So wal hasilnya ..macam mana itu? Adakah patut kita buang 'malu' jauh jauh agar kita menjadi sebuah negara yang maju dan bertambah maju setanding dgn dunia orang kafir. Kalau kat rumah , cuba tengok ..suri rumah berumur 40 ke atas , ..antara ayah dan emaknya ..siapa yg lebih lantang bersuara? he..he.. mengapa yer?
Entah. Cuba jawab tuan/puan hamba?
Wallahu aklam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Prof,
Saya setuju dengan apa yg prof tulis ni.mmg ini yg berlaku dikalangan pelajar di Malaysia dan diakui oleh kawan sy dari Pakistan.Saya bersetuju dgn pendapat beliau yg pelajar kt malu untuk bertanya, mengutarakan pendapat etc sbb mereka takut di 'condemn' oleh kawan-kawan. itu pun 1 lagi masalah student Malaysia yang suka condemn.
Apa pendapat Prof cara untuk mengatasi perkara ini?