Bagus masak sendiri untuk makan malam dari keluar ke kedai mamaks

Posted by sazali

Salam

Sekarang saya tinggal seorang diri jer di rumah.  Saya benarkan isteri dan anak-anak bercuti dan bertuisyen intensif di Kota Bharu.

2)  Oleh itu dilema utama saya ialah memasak kerana saya percaya masakan di rumah sendiri lebih baik dari makan di luar terutama di waktu malam hari selepas maghrib atau isya'.  Kenapa saya berkata begitu?  Ada 2 3 hujah saya tersendiri dan saya percaya tak semua orang setuju 100%  dengan pendapat saya.

2.1  memasak sendiri baru tahu susah payah isteri memasak untuk kita selama 30 tahun yang lalu

Dengan cara ini , sang suami seperti saya ini akan menghormati segala penat lelah isteri di dapur selama ini.  He..he.. payah jugak nak masak gulai ayam kerutuk yer? Jadi bila bergaduh dalam mana mana bab .. tak leh over over kerana .. payah hendak cari tukang masak serba boleh ini.  So tempoh masa 'hot tempered' adalah sekejap sahaja memandangkan .. skil isteri memasak apa apa yang kita suka makan tidak ada kat mana mana pun di luar sana.  Puji sedikit isteri ..apa salahnya bukan?

2.2  memasak sendiri adalah lebih baik kerana kualiti masakan adalah lebih segar, sedap dan bermutu tinggi

Saya percaya sedikit sebanyak kebenarannya bahawa masakan kedai mamak .. adalah berbentuk kitar semula.  Makin lama dikitar makin sedap lah ia.  Lagipun .. makanan dihidangkan kepada kita ..tetapi  jika duduk di sudut yang gelap .. kita tak akan nampak sama ada mata ikan, status kekenyalan tubuh ikan berkari  itu segar, eanak dimakan ataupun tidak. Ramai yang pakai makan sahaja kerana mereka sudah lapar dan penat.  Oleh itu adalah pelanggan yang tiba-tiba jatuh sakit kerana apa apa yang masuk ke dalam perut kita .. mempunyai potensi membawa racun bahaya dek keracunan makanan atau pun khasiat yang baik seperti vitamin, protein, karbohidrat dll

2.3  memasak sendiri adalah lebih mahal sedikit dari harga makanan di luar

Tidak apa.  Bukan mahal sangat pun.  Sekitar RM 3 - RM10 lebih mahal sahaja.  Yang gurantee nya .. makanan kita itu segar dan sedap.  Kalau tak sedap pun , makan jer ..settle bukan?  U yang masak ..makan jer lah.  (he..he.) Lagipun .. yang paling sedap ialah kita boleh duduk macam macam stail kat umah depan ASTRO sambil menonton EPL  ..termasuk tak payah pakai baju apa pa bila makan di rumah se orang diri.  Mana hendak dapat keenakan makan sebegini rupa .. jika di luar sana terutama kedai mamak kita itu.

Penutup

Memasak adalah satu skil yang istemewa kepada sesiapa saja yang malas nak bersiap.  Lagi pun untuk makan di kedai mamak lagi pun di luar sana itu sudah tentu  ramai students yang masing-masing lapar dan penat sedang menunggu.  Tidak elok jika pensyarah, guru, atau mana-mana pegawai berebut-rebut makan di luar sana .. bersama-sama dengan pelajar nya.  Dah lah waktu siang kita nampak mereka bergegas ke kuliah ..ni waktu malam pun .. kita nak berjumpa lagi dgn mereka .. masing masing menunggu giliran di layan oleh mamak yang budiman.  Awas tuan hamba .. makanan kitar semula ini bahaya untuk perut-perut melayu yang manja sedikit dari mereka itu.

Sekian.  Selamat Menjamu Selera di rumah .  He..he..

Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment